omniture

Envision Energy Dikontrak Serahkan Dua Projek Storan Tenaga Bateri 100 MWj untuk Field di Scotland

Envision Energy
2025-07-23 01:07 19

EDINBURGH, Scotland, 23 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau, mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah melaksanakan dua perjanjian pembekalan bagi menyediakan sistem storan tenaga bateri (BESS) bekas Litium Besi Fosfat (LFP) untuk projek-projek Holmston dan Drum Farm Field di Scotland. Setiap kemudahan akan menyediakan kapasiti 50 MW / 100 MWj bagi menyalurkan tenaga elektrik ke grid, menyediakan perkhidmatan fleksibiliti yang penting dalam sebahagian daripada grid tertakluk kepada kekangan yang ketara untuk terus mempercepat peralihan tenaga boleh baharu U.K.

Kerja-kerja pembinaan bagi projek Holmston Field bermula pada musim panas ini dan pembinaan di Drum Farm Field akan dimulakan pada awal musim luruh, dengan kedua-dua projek dijangka siap menjelang akhir tahun 2026.

Henry Peng, Naib Presiden Kanan dan Presiden Amerika Latin dan Rantau Eropah, Envision Energy, berkata: "Scotland merupakan pasaran yang utama untuk Envision Energy dan kolaborasi kami bersama Field menunjukkan kepercayaan terhadap kepakaran teknikal kami dan penyelesaian terbukti merentas storan tenaga bateri. Kedua-dua projek ini adalah berasaskan portfolio kami yang semakin berkembang di United Kingdom tatkala kami terus menyediakan penyelesaian dan kepakaran kami untuk menyampaikan penyelesaian kuasa sifar bersih. Kami berbangga dapat membawakan produk storan tenaga kami yang disesuaikan dengan perjanjian perkhidmatan jangka panjang dalam tempoh 15 tahun ke Scotland. Kedua-dua projek ini menunjukkan komitmen mendalam kami untuk menyokong kestabilan grid dan mempercepat peralihan kepada tenaga boleh baharu dengan penyelesaian tenaga yang selamat, andal dan boleh skala."

Amit Gudka, Ketua Pegawai Eksekutif Field, berkata: "Memecah tanah di Holmston di South Ayrshire dan tidak lama lagi di Drum Farm berhampiran Keith menyaksikan satu pencapaian penting untuk Field, tatkala kami berusaha untuk mempercepat peralihan ke arah sistem tenaga yang lebih bersih dan lebih terjamin di Scotland serta UK yang lebih luas. Storan bateri dalam semua bentuknya merupakan bahagian yang amat penting dalam perjalanan berkenaan dan kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Envision Energy untuk menyampaikan penyelesaian termaju yang akan mengukuhkan grid dan menyokong pertumbuhan tenaga boleh baharu."

Storan tenaga berkembang pesat di seluruh U.K. dan Eropah, selain memainkan peranan penting dalam mengupayakan sistem tenaga yang lebih lestari. Menerusi teknologi bateri termaju dan kepakaran teknikal yang mendalam, Envision membantu mempercepat integrasi penjanaan tenaga boleh baharu sekali gus menyampaikan keupayaan penting seperti pembentukan grid, fungsian permulaan gelap dan perkhidmatan sokongan yang memperkukuh prestasi grid keseluruhan. Direka bentuk bagi tujuan keselamatan, keandalan dan nilai jangka panjang, sistem ini menyokong peralihan kepada masa depan sifar-bersih yang fleksibel dan bingkas.

Source: Envision Energy
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts