omniture

Kolmar Korea Lancar Operasi Penuh Kilang AS ke-2, Wujudkan 'Zon Selamat Tarif' K-Beauty di Amerika

Kolmar Korea
2025-07-23 01:36 79
  • Kemudahan 17,805  baharu siap di Pennsylvania dengan kapasiti pengeluaran tahunan mencapai 300 juta unit
  • Keupayaan pengeluaran ODM penuh di AS — bermula daripada kosmetik warna hinggalah penjagaan kulit dan penjagaan daripada matahari — mengurangkan risiko tarif dan rantaian bekalan  
  • Teknologi pembuatan bertaraf dunia 'MADE BY KOLMAR' disetempatkan ke pasaran AS

OLYPHANT, Pennsylvania dan SEOUL, Korea Selatan, 23 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Kolmar Korea menyiapkan pembinaan secara rasmi dan memulakan operasi berskala penuh bagi kemudahan pembuatan keduanya di Amerika Syarikat, pasaran kosmetik yang terbesar di dunia. Terletak di Scott Township, Pennsylvania, kilang baharu ini merupakan satu langkah strategik yang utama untuk memperkukuh jejak global K-beauty sekali gus mewujudkan 'zon selamat tarif' yang berpangkalan di AS di tengah-tengah kejutan perdagangan yang kian meningkat.

Yoon Sang Hyun, Vice Chairman of Kolmar Group, delivers a commemorative speech at the opening ceremony of Kolmar USA second plant.
Yoon Sang Hyun, Vice Chairman of Kolmar Group, delivers a commemorative speech at the opening ceremony of Kolmar USA second plant.

Di upacara penyiapan kilang yang diadakan pada 16 Julai (waktu tempatan), Yoon Sang Hyun, Naib Pengerusi Kolmar Group, menggariskan cita-cita global syarikat yang lebih luas. "AS merupakan tempat perjalanan Kolmar bermula seabad yang lalu. Kilang kedua ini bukan semata-mata sebuah tapak pengeluaran tetapi titik permulaan untuk visi baharu kolaborasi dan pertumbuhan. Kami akan membina ekosistem inovasi seiring bersama rakan kongsi rantaian nilai yang pelbagai bagi mewujudkan hab pembuatan kosmetik yang terbesar di Amerika Utara," katanya.

Upacara ini dihadiri oleh Naib Pengerusi Yoon, Wakil Negeri Pennsylvania Bridget Kosierowski, pegawai kerajaan negeri dan juga organisasi gabungan — dengan kira-kira 100 peserta hadir.

Kemudahan yang baru siap ini menjangkau keluasan 17,805㎡ (191,651 kaki persegi) dengan kapasiti pengeluaran tahunan mencapai 120 juta unit. Digabungkan dengan kilang pertama Kolmar USA, kini syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran AS sebanyak 300 juta unit setiap tahun. Termasuk operasi Kanadanya, Kolmar Korea menguasai jumlah kapasiti pengeluaran sebanyak 470 juta unit di seluruh Amerika Utara — yang terbesar antara ODM kosmetik (Pengilang Pembangunan Tulen) di benua ini.

Mengkhusus dalam produk penjagaan kulit dan penjagaan daripada matahari — kategori-kategori yang menyaksikan permintaan yang semakin melonjak di AS — kilang kedua melengkapkan keupayaan kosmetik warna bagi kilang pertama. Kolmar Korea juga kini diperakui oleh FDA AS dengan lesen OTC (Over-the-Counter) untuk pembuatan pelindung suria, bagi membolehkan syarikat ini bertindak balas dengan pantas kepada trend pelindung suria Korea yang semakin berkembang di pasaran AS.

Apa yang penting, Kolmar Korea memindahkan kepakaran pembuatan 'MADE BY KOLMAR' termaju, diasah di Kilang Sejong di Korea dan diiktiraf oleh lebih 4,300 pelanggan global, ke kemudahan AS yang baharu. Kilang ini direka untuk mengulangi standard tinggi Sejong, dengan zon-zon khusus untuk pembuatan, pengisian dan pembungkusan. Integrasi pemantauan kualiti dikuasakan AI yang canggih dan pengoptimuman proses memastikan kadar cacat yang minimum, manakala 80% pengeluaran berciri automatik sepenuhnya. Sistem logistik dan laluan pergerakan pekerja juga dimodelkan mengikut kemudahan Sejong bagi memaksimumkan aspek kecekapan dan juga keselamatan.

Kolmar Korea menjangkakan kilang kedua akan berfungsi sebagai pangkalan yang kritikal untuk mengelakkan tarif AS ke atas kosmetik import, seterusnya menyediakan pilihan pengeluaran tempatan yang mantap untuk jenama-jenama Korea dan juga jenama-jenama global yang ingin berkembang di pasaran AS.

Seorang jurucakap Kolmar Korea menyatakan, "Ini merupakan kali pertama sebuah syarikat kosmetik Korea membina kemudahan pengeluaran secara langsung di AS dan bukannya melaksanakan pemerolehan, lalu menjadikannya satu pencapaian yang penting. Kami bersedia untuk menyokong jenama-jenama K-beauty yang ingin menembusi pasaran AS tanpa bimbang mengenai tarif, serta pelanggan global yang menyasarkan pasaran Amerika Utara, Eropah dan Amerika Selatan. Ekosistem kolaborasi kami dijangka akan mencapai pengembangan yang pesat."

Hubungan Media
Kolmar Holdings
Jang-Woo Lee
jay.lee@kolmar.co.kr

Kolmar USA’s first plant and second plant (on the right)
Kolmar USA’s first plant and second plant (on the right)

 

 

Source: Kolmar Korea
Related Stocks:
Korea:161890
Keywords: Banking/Financial Service Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Mining/Metals Retail Corporate Expansion General Manufacturing