omniture

Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China Ketiga Labuh Tirai di Beijing

China International Supply Chain Expo
2025-07-23 10:12 68

 Acara Membina Momentum untuk Kerjasama Rantaian Bekalan Antarabangsa yang Lebih Mendalam

BEIJING, 23 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Edisi ketiga selama lima hari bagi Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) melabuhkan tirai di Beijing. Diadakan di bawah tema Menghubungkan Dunia demi Masa Depan Bersama, acara itu menunjukkan komitmen berterusan China untuk meluaskan capaian dan memperkukuh kolaborasi antarabangsa merentas rantaian industri dan bekalan global.

The Third China International Supply Chain Expo Concludes in Beijing
The Third China International Supply Chain Expo Concludes in Beijing

Sejak pelancarannya, CISCE meluaskan jangkauan global dan keterlibatan pihak berkepentingan secara berterusan. Ekspo pada tahun ini mengalu-alukan 651 syarikat dari China dan 74 negara dan wilayah lain, dengan peserta pameran antarabangsa menyumbang sebanyak 35%—paras tertinggi mencatat rekod. Khususnya, syarikat-syarikat A.S. merangkum bahagian peserta antarabangsa yang terbesar, mewakili peningkatan sebanyak 15% daripada tahun sebelumnya. Lebih daripada 65% peserta pameran merupakan firma-firma Fortune Global 500 atau peneraju industri yang diiktiraf, termasuk Apple, Tesla dan NVIDIA. Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA Jensen Huang hadir selama tiga hari berturut-turut dan menyifatkan rantaian bekalan Cina sebagai suatu "keajaiban."

CISCE ketiga membawakan pelancaran 152 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu, peningkatan sebanyak 67% berbanding edisi sebelumnya. Daripada angka-angka ini, 55 membuat penampilan sulungnya di acara Pelancaran Global CISCE. Peserta pameran berinteraksi dengan lebih 42,000 perniagaan huluan dan hiliran. Data awal menunjukkan bahawa lebih daripada 6,000 perjanjian dan hasrat perkongsian telahpun diformalkan semasa berlangsungnya ekspo ini.

Memandang ke hadapan, Alliance of Chinese and Foreign Exhibitors akan bekerjasama dengan China Chamber of International Commerce dan jawatankuasa industrinya untuk menawarkan sokongan berterusan kepada syarikat-syarikat domestik serta antarabangsa, dengan matlamat untuk membangunkan model keterlibatan berterusan yang berkisarkan program CISCE.

CISCE turut melancarkan model untuk "Ekspo Karbon-Sifar" yang menunjukkan kepimpinan dalam amalan acara lestari. Seluruh tempat beroperasi dengan 100% tenaga elektrik boleh baharu, lalu mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak lebih daripada 1,100 tan. Inisiatif ini menggambarkan komitmen CISCE untuk menjadi model bagi perhimpunan industri yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, neutral-karbon dan bebas plastik. Kedua-dua peserta China dan antarabangsa mempamerkan projek-projek Kilang Rumah Api Lestari (Sustainable Lighthouse Factory), menyediakan penyelesaian dipacu CISCE yang praktikal untuk memajukan kelestarian dalam seluruh rantaian bekalan global.

Kini diiktiraf sebagai forum yang utama dalam landskap rantaian bekalan global, CISCE terus menarik minat yang semakin meningkat. Pada hari terakhir, sebanyak 102 syarikat dan organisasi menandatangani perjanjian untuk mengambil bahagian dalam edisi seterusnya—menunjukkan peningkatan 50% tahun-ke-tahun bagi pendaftaran di tapak.

Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) turut mengesahkan komitmennya yang berterusan untuk menyediakan platform yang andal, berkesan dan telus bagi tujuan kolaborasi perniagaan dan rantaian bekalan global.

Sila kunjungi https://en.cisce.org.cn/ untuk butiran.

 

Source: China International Supply Chain Expo
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation Corporate Expansion Licensing/marketing agreements Trade show news Supply Chain/Logistics