BEIJING, 23 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Kongres Antarabangsa Sains Asas (ICBS) 2025 bermula secara rasmi pada 13 Julai di Pusat Konvensyen Kebangsaan China di Beijing, menghimpunkan minda saintifik yang paling cerdas di dunia sempena persidangan selama dua minggu yang penting. Acara ini turut mengumpulkan empat Pemenang Pingat Fields, tiga Pemenang Hadiah Nobel dan dua pemenang Anugerah Turing, termasuk Shing-Tung Yau dan Andrew Chi-Chih Yao, seiring bersama lebih daripada 80 ahli akademik dan hampir 1,000 penyelidik daripada institusi-institusi global yang terkemuka.
Presiden Tsinghua University Li Luming menyambut dengan penuh mesra para saintis dari seluruh dunia. Beliau menekankan bahawa ICBS berkembang menjadi sebuah platform ulung untuk saintis global melibatkan diri dalam dialog dan memperdalam kolaborasi. Tsinghua University akan terus menyokong usaha Profesor Shing-Tung Yau untuk memajukan sains asas dan akan saling bekerjasama dengan para saintis dari semua negara bagi memperkukuh penyelidikan asas, memacu inovasi saintifik dan teknologi, menggalakkan pembangunan sosioekonomi dan bersama-sama mencipta masa depan yang lebih baik untuk umat manusia.
Shing-Tung Yau — Presiden ICBS, Pemenang Pingat Fields dan Kursi Profesor di Tsinghua University — mengetengahkan penemuan yang terkini dalam bidang matematik, fizik dan sains maklumat. Beliau percaya era baharu yang didorong oleh penemuan teori dan inovasi teknologi bakal bermula.
Enam orang saintis cemerlang—Samuel C.C. Ting, Steven Chu, David Gross, Robert Tarjan, Shigefumi Mori dan George Lusztig —diberi penghormatan menerusi Anugerah Sepanjang Hayat Sains Asas 2025, iaitu anugerah paling berprestij yang mengiktiraf sumbangan para saintis kepada sains asas.
Kongres ini turut menganugerahkan 118 Frontiers of Science Awards (FSA) dalam bidang matematik, fizik dan sains maklumat, dengan para pemenang dari lebih 20 negara. Peneraju AI Global OpenAI dan pasukan FAIR Meta juga merupakan antara penerima.
ICBS dimulakan oleh Shing-Tung Yau pada tahun 2023 dan diadakan setiap tahun dengan tema "Memajukan Sains untuk Umat Manusia". Dalam tempoh dua minggu akan datang, hampir 1,000 cendekiawan dan pelajar—termasuk lebih 400 saintis yang terkemuka di dunia—akan berkumpul di Beijing Institute of Mathematical Sciences and Applications. Lebih 500 sesi akan meliputi bidang matematik, fizik serta sains maklumat dan kejuruteraan, dengan fokus diberikan terhadap penyelidikan AI termaju, inovasi antara disiplin dan penemuan teori perbatasan. Selain daripada pertukaran akademik, ICBS menekankan keterlibatan belia melalui berbagai-bagai aktiviti, termasuk acara khas "Hari Tsinghua" pada 19 Julai.
ICBS 2025 meraikan kolaborasi antarabangsa dan pertukaran akademik dalam kemajuan saintifik global. "Sains berkembang maju melalui kolaborasi," kata Yau. "Di sinilah bermulanya era penemuan yang seterusnya."