omniture

PFPFA Malaysia Dilancarkan Secara Rasmi, Menandakan Fasa Baharu dalam Perkembangan Serantau SingWealth Holdings

SingWealth Holdings
2025-07-24 10:24 21

Pelancaran PFPFA Malaysia memperkukuh kehadiran serantau SingWealth Holdings serta menegaskan komitmennya untuk menawarkan perkhidmatan nasihat kewangan yang dipercayai dan berfokus pada pelanggan di Singapura, Malaysia dan Hong Kong.

SINGAPURA, 24 Julai 2025 /PRNewswire/ — SingWealth Holdings hari ini mengumumkan pelancaran rasmi PFPFA (Malaysia) Sdn Bhd ("PFPFA Malaysia"), yang sekali lagi menegaskan komitmennya untuk menawarkan perkhidmatan nasihat kewangan bersepadu di seluruh Asia.

Majlis pelancaran yang berlangsung semalam di Grand Hyatt Kuala Lumpur telah menghimpunkan pihak berkepentingan utama, pemimpin industri dan rakan kongsi serantau untuk meraikan detik penting ini.

Pengembangan ke Malaysia ini merupakan satu langkah strategik dalam rancangan pertumbuhan serantau SingWealth Holdings yang lebih menyeluruh, sekali gus mencerminkan falsafah SingWealth, iaitu "Sentiasa Bersama Anda" ("Here For You"), yang mengutamakan pelanggan melalui penyelesaian holistik untuk setiap pasaran.

Acara ini dihadiri oleh En Jeffrey Chow, Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SingWealth Holdings, bersama barisan kepimpinan kanan daripada PFP Group Services Pte Ltd serta tetamu kehormat dari seluruh rantau ini.

Meraikan pelancaran rasmi PFPFA (Malaysia) Sdn. Bhd. bersama para pemimpin utama daripada SingWealth Holdings, PFP Group Services dan PFPFA Malaysia — Eric Cheong, Shawn Lim, Jeffrey Chow, William Ng, Simon Ng dan Henry Koh.
Meraikan pelancaran rasmi PFPFA (Malaysia) Sdn. Bhd. bersama para pemimpin utama daripada SingWealth Holdings, PFP Group Services dan PFPFA Malaysia — Eric Cheong, Shawn Lim, Jeffrey Chow, William Ng, Simon Ng dan Henry Koh.

Antara sorotan majlis pelancaran ini ialah penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Realion Group, syarikat induk kepada Edmund Tie & Company (ETC) Singapore dan OrangeTee & Tie Pte Ltd. Kolaborasi ini menyatukan dua kumpulan dengan kehadiran serantau yang saling melengkapi, dengan itu membolehkan kedua-dua Kumpulan ini memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelanggan yang mempunyai keperluan yang sepunya.

En Desmond Sim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Realion Group, berkata: "Kekuatan kami di Realion terletak pada keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian hartanah bersepadu dari awal hingga akhir di Singapura dan seluruh rantau ini. Kami percaya bahawa padanan strategik yang erat bersama SingWealth Holdings, yang memiliki kepakaran luas dalam pengurusan kekayaan, melengkapi tumpuan kami dalam bidang hartanah dan nasihat aset. Perkongsian ini menghimpunkan dua tonggak utama kesejahteraan kewangan — kekayaan dan aset — untuk menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh dan lancar kepada pelanggan yang ingin membina, mengurus dan memelihara kekayaan mereka merentas generasi dan sempadan."

"Pengembangan kami ke Malaysia bukan sekadar pertumbuhan pasaran, tetapi juga mencerminkan komitmen kami yang berterusan. Kami kekal komited untuk terus menyampaikan khidmat nasihat yang diperibadikan dan berkualiti tinggi, sepadan dengan identiti jenama kami," kata En Jeffrey Chow. "Penandatanganan MOU dengan Realion Group merupakan langkah penting. Kedua-dua organisasi berkongsi liputan geografi yang serupa, dan melalui perkongsian ini, kami dapat memanfaatkan kekuatan pelengkap untuk menyampaikan penyelesaian bersepadu serta nilai tambah yang lebih tinggi kepada pelanggan di seluruh rangkaian kami."

Penubuhan PFPFA Malaysia meletakkan SingWealth Holdings pada kedudukan kukuh untuk menyokong perniagaan dan individu tempatan, termasuk syarikat yang terlibat dalam inisiatif Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura. Kehadiran strategik ini memperluas keupayaan SingWealth dalam menawarkan penyelesaian perlindungan dan pengurusan kekayaan yang disesuaikan, lalu memperteguh visinya terhadap pertumbuhan serantau jangka panjang.

En. Jeffrey Chow, Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SingWealth Holdings (kiri) dan En. Desmond Sim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Realion Group (kanan), di majlis menandatangani MOU.
En. Jeffrey Chow, Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SingWealth Holdings (kiri) dan En. Desmond Sim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Realion Group (kanan), di majlis menandatangani MOU.

Latar Belakang SingWealth Holdings

SingWealth Holdings ialah sebuah syarikat pemegangan dinamik dengan kehadiran strategik di Singapura, Thailand, Malaysia, tanah besar China dan Hong Kong. Menerusi entity anak syarikatnya, SingWealth menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh dan disesuaikan mengikut keperluan individu dan perniagaan yang sentiasa berkembang, merangkumi nasihat kewangan, pengantara insurans dan perancangan harta pusaka.

Portfolio perkhidmatan kewangan SingWealth terdiri daripada PFPFA Pte Ltd (Singapore), PFPFA HK Ltd (Hong Kong) dan PFPFA (Malaysia) Sdn Bhd, yang menyediakan kepakaran kewangan yang dipercayai serta nasihat strategik kepada pelanggan di pasaran tempatan masing-masing.

SingWealth Holdings turut menyokong entiti-entiti PFP Legacy di seluruh rantau ini dengan menyediakan perkhidmatan wasiat dan amanah di Singapura, Thailand, Malaysia, Hong Kong dan Shanghai. Perkhidmatan ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan golongan mewah yang sedang meningkat, khususnya dalam perancangan legasi. Ia direka bentuk untuk melindungi kekayaan dan memastikan peralihan aset yang lancar untuk individu dan keluarga.

Di Singapura, SingWealth Holdings mengendalikan Assure Healthcare Holdings, sebuah jenama penjagaan kesihatan yang komited untuk menyediakan rawatan yang mudah diakses dan berfokus pada pesakit. Assure Healthcare menawarkan perkhidmatan perubatan am, rawatan pencegahan, rawatan estetik dan sokongan bagi pelaksanaan Arahan Perubatan Awal (AMD).

Didorong oleh inovasi dan kecemerlangan, SingWealth Holdings terus memperkasakan komuniti di seluruh Asia melalui kestabilan kewangan dan peningkatan kualiti hidup.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://singwealthholdings.com.

Source: SingWealth Holdings
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology