omniture

SquaredFinancial menggandakan ganjaran untuk rakan kongsi affiliate dengan program CPA baharu -- sehingga $2,500 bagi setiap rujukan

SquaredFinancial
2025-07-24 14:06 126

VICTORIA, Seychelles, 24 Julai 2025 /PRNewswire/ -- SquaredFinancial meningkatkan program rakan kongsi affiliatenya dengan ganjaran luar biasa: bayaran melebihi 100% lebih tinggi berbanding sebelum ini. Model CPA baharu kini menawarkan ganjaran sehingga $2,500 kepada rakan kongsi affiliate bagi setiap deposit bernilai $5,000 atau lebih.

SquaredFinancial doubles affiliates rewards
SquaredFinancial doubles affiliates rewards

Broker itu turut memperkasakan program Introducing Broker dengan perkongsian hasil sehingga 50%, memberikan potensi pendapatan lebih tinggi kepada IB yang membawa trafik konsisten dan berskala tinggi.

Rakan kongsi affiliate boleh memilih daripada tiga program berperingkat yang direka khas mengikut saiz dan strategi perniagaan mereka. Struktur baharu yang dipertingkatkan ini bertujuan mendorong pertumbuhan pantas dan mencipta impak strategik. Ia menetapkan tanda aras baharu dalam industri, membantu rakan kongsi mencapai matlamat mereka dengan sokongan khusus, penjejakan masa nyata dan rebat segera.

"Kami telah mereka khas program-program ini untuk membantu rakan kongsi kami mengembangkan perniagaan mereka," kata Timur Konsky, Pengarah Urusan di SquaredFinancial. "Skim ini menyerlah dalam industri yang sesak dan mengukuhkan kedudukan SquaredFinancial sebagai salah satu broker forex paling lumayan untuk rakan kongsi affiliate. Kami bukan sekadar menawarkan komisen yang lumayan; kami menyediakan ekosistem sokongan yang menggalakkan kerjasama jangka panjang dan impak strategik yang lebih besar."

Rakan kongsi affiliate yang berminat untuk bekerjasama dengan SquaredFinancial dijemput melayari laman web mereka bagi mengetahui lebih lanjut dan mendaftar untuk program baharu ini.

Maklumat Tentang SquaredFinancial

Ditubuhkan pada tahun 2005, SquaredFinancial merupakan firma perdagangan fintech dan berbilang aset yang memberikan penyelesaian pelaburan yang dikawal selia dan berasaskan teknologi. Syarikat ini mempunyai pelanggan di seluruh dunia, menawarkan platform intuitif untuk pelabur dan perkhidmatan kecairan dan teknologi gred profesional untuk broker. Dengan tumpuan kepada inovasi, ketelusan dan hubungan jangka panjang, SquaredFinancial dibina untuk menyokong masa depan kewangan.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2736648/SquaredFinancial.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2736649/SquaredFinancial_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: SquaredFinancial
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology