![]() |
PULAU PHU QUOC, Vietnam, 23 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Sungrow, penyedia bagi penyongsang PV dan sistem storan tenaga yang terkemuka di dunia, menutup Sidang Kemuncak Pengedaran Asia Tenggara 2025 dengan jayanya yang diadakan mulai 17 hingga 19 Julai di Pulau Phu Quoc, Vietnam. Sidang kemuncak ini menghimpunkan lebih 100 rakan pengedaran, penyedia perkhidmatan, pakar industri dan wakil media dari seluruh rantau ini bagi memperkukuh kolaborasi dan meneroka landskap tenaga boleh baharu yang kian berkembang di Asia Tenggara.
Sepanjang berlangsungnya sidang kemuncak selama tiga hari ini, Sungrow mengesahkan sekali lagi tema "Masa Depan Teguh Kuasa Teguh" dan komitmen jangka panjang terhadap Asia Tenggara melalui portfolio produk liputan penuh, strategi yang disesuaikan, perkhidmatan setempat dan keterlibatan pengedar yang lebih mendalam. Para hadirin mengambil bahagian dalam satu siri perjumpaan tertutup, bengkel interaktif dan sesi gambaran pasaran—memfokuskan pada peluang serantau, kemas kini dasar dan model pertumbuhan kolaboratif.
Menjana Kuasa untuk Rumah: Pelancaran Siri ESS Kediaman Baharu: MG5/6/8/10RL & MGL060
Di sidang kemuncak ini, Sungrow melancarkan secara rasmi siri ESS Kediaman MG5/6/8/10RLnya. Memandangkan rantau ini mengalami urbanisasi yang pesat dan kos tenaga yang semakin meningkat, terdapat peralihan yang jelas ke arah penyelesaian solar-tambah-storan kediaman yang menawarkan kebebasan, keandalan dan kecekapan yang lebih tinggi. Membawakan penyongsang dan bateri MG Series yang dipertingkat, penyelesaian serba baharu Sungrow meliputi julat kuasa bermula daripada 5 kW hingga 10 kW bagi setiap unit. Dengan ciri-ciri yang utama dalam industri seperti operasi kuasa penuh pada suhu 45°C, pemulihan PID aktif dan pensuisan kuasa sandaran yang lancar dalam 4ms, penyelesaian baharu ini memastikan isi rumah kekal mendapat kuasa walaupun dalam iklim yang melampau atau keadaan grid yang tidak stabil, direka untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kebebasan tenaga isi rumah di seluruh rantau ini. Ketahui lebih lanjut: Sungrow Memperkenalkan ESS Kediaman Generasi Akan Datang Direka untuk Kuasa Sandaran Andal | SUNGROW
Memperkasakan Penyelesaian PV C&I Bersepadu: Penyongsang C&I + Peranti Tutup Pantas SR20D-M/Pengoptimum SP1400D
Bagi memenuhi standard keselamatan yang kian berkembang dan mengatasi cabaran praktikal melibatkan pemasangan bumbungan komersial dan industri (C&I), Sungrow menawarkan penyelesaian bersepadu yang menggabungkan penyongsang C&I dengan Peranti Tutup Pantas SR20D-M dan Pengoptimum SP1400D. SR20D-M/SP1400D mematuhi standard UL1741/3741, seterusnya meningkatkan keselamatan untuk kakitangan serta harta benda. Teknologi Tutup Pantas termaju ini dapat mengurangkan voltan rentetan DC tinggi lebih rendah daripada 30V dalam masa 20s. Disokong oleh jaminan 25-tahun, SR20D-M/SP1400D dibina bagi tujuan ketahanan dan integrasi lancar dengan penyongsang Sungrow. Teknologi FHC yang dipatenkan mengurangkan suhu pintas peralatan bagi memastikan operasi yang andal dalam tempoh jangka panjang. Menyokong jarak komunikasi PLC maksimum sehingga 450m, ia mengupayakan liputan bumbung penuh tanpa peralatan tambahan. Reka Bentuk Pemasangan Pasang Lekat yang dipatenkan menjimatkan 45% masa pemasangan dan penyelenggaraan. Ketahui lebih lanjut: Penyelesaian Tutup Pantas PV SR20D-M Termaju Sungrow Memperkasakan Projek Peringkat-MW Pertama Filipina, Meningkatkan Keselamatan dan Kelestarian di Taman Logistik Utama | SUNGROW
Sungrow sudahpun mencetuskan impak di rantau ini, menerusi pelaksanaan penutupan pantas terbesarnya di Filipina. Teknologi RSD syarikat ini juga diintegrasikan ke dalam projek berbilang-megawatt di seluruh Thailand dan Malaysia. "penyelesaian sehenti' bersepadu ini—satu jenama, satu platform, satu sistem kawalan—memperkasakan pengguna C&I dengan sistem penjanaan tenaga yang lebih selamat, lebih pintar dan lebih cekap.
Memperkasakan Penyelesaian ESS C&I: PowerStack 255CS-- ESS Penyejukan Cecair C&I 125kW/257kWj
Memperluas portfolio storan tenaga komersialnya, Sungrow mempamerkan PowerStack 255CS, sistem storan tenaga C&I dengan penyejukan cecair yang disesuaikan untuk aplikasi jangka masa panjang. Dilengkapi dengan sel bateri 314Ah, PowerStack 255CS menyampaikan kapasiti 257kWj (sistem 2-jam) atau kapasiti 514kWj (sistem-4 jam) untuk satu bekas. Mengikut reka bentuk produk Blok AC Sungrow yang terkenal, sistem ini memastikan kecekapan perjalanan pergi balik (RTE) sehingga 90% dan tempoh hayat reka bentuk produk sehingga 20 tahun. PowerStack 255CS juga memenuhi pensijilan keselamatan global peringkat tertinggi, termasuk UL9540 dan NFPA855/69/68/14, lalu memastikan standard perlindungan tertinggi. Selain itu, komponen prapasang dan pratauliah mengupayakan sambungan grid yang pantas, seterusnya meningkatkan kecekapan keseluruhan. Ketahui lebih lanjut: Sungrow Melancarkan PowerStack 255CS: Sistem Storan Tenaga C&I Generasi Akan Datang Mentakrifkan Semula Kecekapan, Keselamatan dan Kemudahan | SUNGROW
Produk storan tenaga C&I Sungrow digunakan dalam lebih 1,000 projek di seluruh dunia, menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai jenis industri termasuk metalurgi, automotif dan tekstil. Penyelesaian ini diterima pakai secara meluas di seluruh Eropah—di negara-negara seperti Sepanyol, wilayah Benelux dan Itali—serta di wilayah-wilayah lain termasuk Australia, Jepun, Timur Tengah dan Afrika Selatan.
Komitmen dan Visi Serantau
"Pada masa ini, kami mewujudkan pelan perniagaan yang menyeluruh, meliputi utiliti, C&I dan senario kediaman. Ini meletakkan asas yang kukuh untuk pelaburan dan pembangunan jangka panjang kami. Disokong oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami yang berkuasa yang terdiri daripada 7,000 ahli profesional di ibu pejabat, kami akan terus berinovasi untuk produk dan teknologi, menawarkan rakan kongsi kami penyelesaian produk yang paling komprehensif dan kompetitif," kata En. James Wu, Naib Presiden Kanan Sungrow. "Kami bersama-sama membina ekosistem tenaga yang bingkas dan inklusif yang membawa kuasa bersih kepada lebih banyak komuniti serantau."
Semasa berlangsungnya sidang kemuncak ini, Sungrow mengesahkan sekali lagi nilai jenama "Pelanggan Diutamakan" dan pendekatan "Satu Jenama, Satu Penyelesaian" — menyediakan sistem bersepadu sepenuhnya yang memperkemas pemasangan, meningkatkan prestasi dan memperkukuh keandalan sistem. Setelah bertapak kukuh di SEA selama 15 tahun, Sungrow akan terus meluaskan kehadiran tempatannya bagi memberikan respons perkhidmatan yang lebih pantas, sokongan tersuai dan pertumbuhan yang mampan untuk rakan kongsinya.
Latar Belakang Sungrow
Sungrow, peneraju bertaraf global bagi teknologi tenaga boleh baharu, mempelopori penyelesaian kuasa mampan selama lebih 28 tahun. Setakat Disember 2024, Sungrow telahpun memasang 740 GW penukar elektronik kuasa di seluruh dunia. Syarikat ini diiktiraf sebagai syarikat penyongsang PV dan storan tenaga yang paling boleh dibankkan di dunia (BloombergNEF). Inovasinya memperkasakan projek-projek tenaga bersih di seluruh dunia, disokong oleh rangkaian yang meliputi 520 outlet perkhidmatan yang menjamin pengalaman pelanggan yang sangat baik. Di Sungrow, kami komited untuk merapatkan jurang demi masa depan yang lestari melalui teknologi termaju dan perkhidmatan yang tiada tandingan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.sungrowpower.com