omniture

GeeTest Keluarkan Kertas Putih Keselamatan Industri E-dagang 2025 Perkukuh Perlindungan Runcit Dalam Talian

GeeTest
2025-07-25 21:56 15

WUHAN, China, 25 Julai 2025 /PRNewswire/ -- GeeTest, peneraju bertaraf global bagi mitigasi bot dan keselamatan perniagaan mengeluarkan E-commerce Industry Security White Paper (Kertas Putih Keselamatan Industri E-dagang) 2025 yang menawarkan analisis komprehensif tentang ancaman keselamatan siber yang semakin meningkat yang dihadapi oleh perdagangan digital dan turut menyediakan strategi praktikal yang berasaskan senario untuk menanganinya.

Memperkasakan Platform E-dagang untuk Bertahan Menentang Ancaman yang Berubah-ubah 

Dengan pengembangan ekonomi digital yang pesat, e-dagang muncul sebagai pemacu utama bagi pertumbuhan global. Walau bagaimanapun, ia semakin terdedah kepada serangan siber automatik yang sofistikated. Pada tahun 2024, lebih 65% platform disasarkan oleh penyalahgunaan pendaftaran dipacu bot, manakala 47% kempen promosi mengalami rampasan sumber. Penipuan transaksi juga meningkat sebanyak 18% tahun ke tahun yang menurunkan prestasi platform dan kepercayaan pengguna.

Sebagai respons, GeeTest menyampaikan seni bina keselamatan dipacu kecerdasan dan laluan penuh yang direka untuk melindungi setiap fasa perjalanan pengguna—bermula daripada pendaftaran hingga pembayaran. Disokong oleh inovasi selama 13 tahun, penyelesaian GeeTest mengintegrasikan pengesahan tingkah laku, pengecaman cap peranti dan enjin keputusan peraturan perniagaan berasaskan risiko yang adaptif bagi menyokong perusahaan merentas pelbagai industri digital.

GeeTest 2025 E-commerce Industry Security White Paper
GeeTest 2025 E-commerce Industry Security White Paper

Apa yang Menanti Anda dalam Kertas Putih Ini

Kertas putih ini berfungsi sebagai panduan strategik dan juga sumber teknikal untuk pasukan keselamatan dan operasi. Sorotan utama termasuk:

  • Gambaran Keseluruhan Pasaran: Analisis sejauh mana pengembangan e-dagang yang pesat mendorong cabaran keselamatan baharu.
  • Masalah Utama & Risiko: Pandangan mengenai cabaran seperti penggondolan bot, penipuan pembayaran dan ketidakcukupan pengesahan berasaskan CAPTCHA lazim.
  • Penyelesaian Keselamatan Laluan Penuh: Perlindungan holistik GeeTest meliputi pendaftaran, log masuk, transaksi, kupon dan promosi.
  • Kajian Kes: Contoh-contoh dunia nyata penggunaan yang berjaya pada platform e-dagang global.
  • Tinjauan Masa Depan: Arah aliran baru muncul dalam keselamatan dipacu AI, pematuhan privasi dan kolaborasi ekosistem SECaaS (Keselamatan-sebagai-satu-Perkhidmatan).

Dengan menjajarkan kawalan keselamatan yang teguh dengan pengalaman pengguna dan keperluan kawal selia, GeeTest memperkasakan perniagaan dalam talian untuk mencapai pertumbuhan jangka panjang serta kebingkasan dalam persekitaran digital yang kian berkembang.

Kertas Putih Keselamatan Industri E-dagang 2025 yang lengkap boleh didapati di:  
https://www.geetest.com/en/Brochure#E-commerce

Latar Belakang GeeTest: 

Ditubuhkan pada tahun 2012, GeeTest ialah penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian CAPTCHA dan pengurusan bot. Syarikat ini melindungi laman web, aplikasi mudah alih dan API daripada ancaman automatik seperti pengambilalihan akaun (ATO), penyumbatan kelayakan dan penggondolan web. Dengan inovasi selama lebih 13 tahun dalam pengesahan bot-manusia, kini GeeTest menawarkan perkhidmatan kepada lebih 360,000 perusahaan dalam industri-industri termasuk e-dagang, blok rantai dan permainan dalam talian.

Source: GeeTest
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce High Tech Security Publishing/Information Service Survey, Polls & Research Market Research Reports