![]() |
BEIJING, 25 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) kali ketiga telahpun diadakan mulai 16 hingga 20 Julai di Beijing yang menyediakan platform ulung untuk komunikasi dan kerjasama global dalam pembangunan rantaian bekalan dan menyaksikan peningkatan 15% bilangan peserta pameran A.S. berbanding tahun lalu, lantas mengesahkan sekali lagi kedudukan sebagai kumpulan terbesar bagi peserta antarabangsa.
Michael Hart, Presiden AmCham China memuji CISCE kerana memupuk kolaborasi dan inovasi merentas sempadan. "Ekspo Rantaian Bekalan ini menyediakan platform yang hebat untuk komunikasi dan kerjasama," kata Hart. "Saya dengan sukacitanya ingin berkongsi bahawa peserta pameran A.S. meningkat dengan ketara pada tahun ini, dengan 60% daripadanya merupakan syarikat-syarikat Fortune Global 500. Selain itu, kami teruja untuk mengalu-alukan NVIDIA, peneraju bagi teknologi Amerika yang membuat penampilan sulungnya di CISCE."
Yu Jianlong, Naib Pengerusi Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), menekankan kepentingan acara ini dalam memajukan hubungan ekonomi dua hala. "Asas hubungan China-A.S. terletak pada hubungan sesama rakyat," kata Yu. "Pada saat yang kritikal ini, perniagaan Cina dan Amerika mengambil tindakan konkrit untuk memperkukuh kerjasama rantaian bekalan bagi memastikan rantaian bekalan global yang stabil dan tanpa halangan."
Tahun ini turut menyaksikan penyertaan pertama AmCham China di CISCE dengan reruai pamerannya sendiri dan turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat ahli bagi mempamerkan penyelesaian inovatif dan memupuk perkongsian. Hart menekankan mengenai Navigator Program 2025 AmCham China yang dilancarkan semasa ekspo tahun lalu yang memfokuskan untuk memupuk kepimpinan rantaian bekalan dan kolaborasi dengan hab Cina.
Peranan Shandong dalam Kebingkasan Rantaian Bekalan
Hart turut menonjolkan Wilayah Shandong sebagai pengusaha utama dalam kebingkasan rantaian bekalan global. Sejak pelaburan A.S. pertama di Shandong pada tahun 1986, hampir 1,000 syarikat Amerika telah melabur di wilayah berkenaan, lalu mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi utama dalam perdagangan dua hala.
"Shandong ialah salah satu wilayah China yang paling dinamik, cemerlang dalam pembuatan, pertanian, logistik pelabuhan dan tenaga baharu," kata Hart. Ekosistem industri yang kukuh, infrastruktur yang cekap dan tenaga kerja mahir menarik minat banyak syarikat ahli AmCham China untuk menubuhkan pangkalan pengeluaran dan hab serantau.
CISCE terus berperanan sebagai platform penting bagi tujuan kerjasama rantaian bekalan global, menyediakan peluang kepada perusahaan untuk meneroka kolaborasi baharu dan memacu pertumbuhan ekonomi. Ekspo ini turut mempamerkan kemajuan dalam inovasi rantaian bekalan dan memupuk perkongsian yang lebih kukuh merentas sempadan.
Untuk lebih banyak sorotan mengenai acara ini, sila kunjungi https://en.cisce.org.cn/.