![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 25 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Pembangun dan penerbit permainan global Smilegate mengumumkan pada hari ini (Jumaat) bahawa MMORPG baharunya "LORDNINE: INFINITE CLASS" (dibangunkan oleh NX3GAMES) akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Julai, dengan pramuat turun tersedia bermula pada 29 Julai untuk platform PC dan juga platform mudah alih.
Pengguna mudah alih boleh memuat turun lebih awal LORDNINE melalui App Store dan Google Play, manakala pengguna PC boleh berbuat demikian melalui platform STOVE. Pemain yang memuat turun lebih awal permainan ini akan dapat mula bermain pada hari pelancaran rasmi bertarikh 31hb, melalui peranti mudah alih mereka atau pelancar STOVE. Butiran seperti masa pelancaran akan diumumkan kemudian melalui saluran rasmi.
Susulan penutupan awal acara Tempahan Nama Watak yang bermula pada 14hb, Smilegate melanjutkan tempoh acara dan meluaskan pelayannya, seterusnya meningkatkan lagi jangkaan. Pada 20hb, sebuah pameran secara langsung telahpun diadakan di Thailand yang melaluinya sistem permainan utama dan falsafah pembangunan diperkenalkan. Pelakon popular Thailand, Peach Pachara turut diperkenalkan sebagai model global rasmi permainan ini, lantas mendapat sambutan yang bersemangat. Video pameran langsung boleh didapati di saluran YouTube rasmi LORDNINE.
LORDNINE membawakan sistem "Infinite Class" yang membolehkan pemain menggabungkan dengan bebas lebih 60 kelas dan lebih daripada 50 kebolehan untuk mereka bentuk watak mereka sendiri. Pemain juga boleh menentukan gaya tempur dan perkembangan watak mereka sendiri, menikmati tahap kebebasan yang tinggi serta kedalaman strategik.
Bagi memperkaya interaksi pemain merentas pelayan global, Smilegate bekerjasama dengan platform perdagangan C2C LINE, Next Market bagi mengintegrasikan sistem pasaran global ke LORDNINE. Ini membolehkan pemain di seluruh dunia memperdagangkan barangan dengan selamat dan terlibat dalam aktiviti ekonomi silang pelayan.
Sejak pelancarannya di Korea dan wilayah Taiwan pada Julai tahun lalu, LORDNINE terus mendapat populariti. Di Korea, permainan ini mengungguli carta hasil dalam kategori RPG dalam kedua-dua pasaran utama ini dan turut dianugerahkan "MMORPG Imersif Terbaik" di SensorTower APAC Awards 2024 yang memperoleh pengiktirafan atas kualiti dan juga kejayaan komersialnya.
Maklumat lanjut mengenai acara dan permainan ini boleh ditemui di laman web LORDNINE rasmi (https://l9asia.onstove.com/) dan saluran YouTube (https://www.youtube.com/@LORDNINE_GLOBAL).
Latar Belakang Smilegate
Smilegate ialah syarikat pembangunan dan penerbitan permainan global yang beribu pejabat di Korea Selatan, dengan pejabat-pejabat serantaunya terletak di Amerika Syarikat dan China. Francais unggulannya 'CROSSFIRE,' ialah salah satu francais terbesar dan paling berjaya dalam sejarah permainan. Ia mempunyai lebih daripada 1 bilion pemain berdaftar setakat ini pada platform PC dan mudah alih serta lebih 8 juta pemain serentak di peringkat global. MMORPG Lost Ark yang terkenal dikeluarkan di Korea Selatan pada tahun 2019 dan dilancarkan di Amerika Utara serta Eropah pada Februari 2021. Ketahui lebih lanjut dengan mengunjungi Smilegate.com.