DALIAN, China, 26 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau, dengan bangganya mengumumkan bahawa bahan api ammonia hijau yang dihasilkan daripada loji hidrogen dan ammonia hijau terbesar di dunia bertempat di Chifeng berjaya membekalkan kuasa untuk operasi bunkering ammonia marin hijau pertama di dunia. Acara penting ini berlangsung di terminal COSCO Shipping Heavy Industry di Dalian yang mana China Shipping & Sinopec Suppliers Co., Limited menyempurnakan bunkering sulung bahan api ammonia hijau untuk kapal pelabuhan berbekalkan bahan api ammonia 5,500 HP. Pencapaian yang bersejarah ini menunjukkan bahawa seluruh rantaian nilai, bermula daripada penghasilan ammonia hijau kepada pengangkutan, bunkering dan operasi kapal berkuasa ammonia, kini bertapak kukuh sepenuhnya dan menyaksikan satu langkah konkrit oleh Envision dalam merintis era "Minyak Baharu", seterusnya menunjukkan kepimpinan Envision dalam memajukan bahan api sifar bersih untuk industri perkapalan global.
"Kejayaan bunkering ini menunjukkan sejauh mana bahan api sifar bersih boleh berkembang daripada sektor penjanaan kuasa boleh baharu kepada sektor yang sukar dihentikan seperti perkapalan maritim - kemajuan sebenar untuk ammonia hijau," kata Frank Yu, Naib Presiden Kanan Envision Energy, "Kami berbangga kerana ammonia hijau kami dapat memperkasakan bunkering pertama di dunia seumpamanya. Ini menjadi bukti keupayaan Envision untuk menyampaikan penyelesaian sifar bersih hujung-ke-hujung yang mempercepat penggantian bahan api fosil dengan tenaga hijau dalam perkapalan serta mentakrifkan semula apa yang mungkin dicapai untuk peralihan industri yang lebih luas."
Bahan api ammonia hijau yang dibekalkan untuk bunkering ini merupakan hasil langsung daripada inovasi termaju Envision di Projek Hidrogen-Ammonia Hijau Chifeng - kemudahan terbesar dan paling berkesan kos yang seumpamanya di dunia. Dikuasakan sepenuhnya oleh sistem tenaga boleh baharu bebas dan terbesar di dunia, projek ini mengintegrasikan storan angin, solar dan tenaga dengan teknologi penghasilan hidrogen dan ammonia proprietari bagi mencapai gandingan yang dinamik antara penjanaan kuasa dan pengeluaran molekul hijau. Projek ini dianugerahkan pensijilan ISCC Plus dan menjadi projek pertama di dunia yang diperakui untuk ammonia hijau dengan jejak GHG (gas rumah hijau) disahkan. Selain itu, ammonia hijau yang dihasilkan menerima pensijilan ammonia boleh baharu daripada Bureau Veritas yang mengesahkan selanjutnya integriti alam sekitar dan kelayakan kelestariannya.
Kapal tunda pelabuhan yang menerima bahan api ammonia hijau dilengkapi dengan teknologi utama termasuk enjin dwibahan api ammonia yang dibangunkan sendiri dan sistem bekalan bahan api khusus. Kapal ini mencapai kadar penggantian ammonia sehingga 91% yang mengurangkan dengan ketara pergantungan kepada bahan api fosil tradisional dan mengurangkan emisi karbon secara berkesan semasa operasi. Kapal ini memperoleh klasifikasi "Ammonia Fuel Tug" daripada China Classification Society yang menetapkan penanda aras untuk masa depan teknologi perkapalan hijau.
Kejayaan operasi ini memberi tempat kepada Pelabuhan Dalian sebagai pelabuhan pertama di dunia yang berupaya untuk menawarkan perkhidmatan bunkering biobahan api, metanol hijau, LNG dan ammonia hijau, lalu memperkukuh statusnya sebagai hab tenaga hijau di Asia Timur Laut. Ia juga merapatkan jurang yang kritikal dalam rantaian bekalan bahan api marin ammonia hijau untuk kapal dagang antarabangsa.
Pencapaian perintis ini menyaksikan satu langkah yang kritikal dalam penyahkarbonan perkapalan global dan menetapkan pelan tindakan boleh skala untuk ekosistem bahan api hijau di seluruh dunia. Dengan mengupayakan rantaian nilai penuh ammonia hijau, bermula daripada pengeluaran hingga aplikasi, Envision memperkukuh kepimpinannya dalam menyediakan penyelesaian praktikal dan boleh skala demi masa depan tenaga yang lestari, seterusnya mempercepat transformasi hijau bagi perkapalan global dan selanjutnya.