omniture

Zoomlion Majukan Penyetempatan Global Melalui Tindakan Komuniti, Bina Kepercayaan dengan Teliti dan Komitmen Jangka Panjang

Zoomlion
2025-07-26 14:44 18

MANILA, Filipina, 26 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion") memperkukuh komitmen jangka panjangnya terhadap penyetempatan menerusi beberapa tindakan bermakna yang melangkaui perniagaan. Dalam inisiatifnya yang terkini, Zoomlion Philippines menganjurkan lawatan sukarelawan ke Rumah Anak Yatim Rehoboth Sampaloc di Tanay, Rizal bagi menyerahkan bekalan dan berkongsi masa dengan 27 orang kanak-kanak sebagai satu usaha yang menggambarkan misi syarikat yang lebih luas untuk berkembang bersama masyarakat, menyokong pekerja serta membina kepercayaan yang berkekalan.

Zoomlion Philippines visits Rehoboth Sampaloc Orphanage, sharing supplies and smiles as part of its commitment to community and care
Zoomlion Philippines visits Rehoboth Sampaloc Orphanage, sharing supplies and smiles as part of its commitment to community and care

Diketuai oleh Pengurus Besar Xu Jian, pasukan Zoomlion Philippines membawa susu rumusan bayi, lampin, pek makanan, mainan dan barang keperluan harian yang lain. Dipilih dengan teliti bagi memenuhi keperluan kanak-kanak, bekalan tersebut mencerminkan komitmen tulus oleh syarikat ini untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Pasukan berkenaan meluangkan masa seharian bersama kanak-kanak, berkongsi gelak ketawa dan kemesraan. Sebagai penghargaan, rumah anak yatim itu menganugerahkan sijil bagi mengiktiraf dedikasi Zoomlion sejak dahulu lagi terhadap tanggungjawab sosial dan penglibatan komuniti yang bermakna.

Inisiatif ini melangkaui lebih daripada sekadar amal kerana ia menggambarkan pendekatan Zoomlion yang lebih luas untuk berhubung dengan masyarakat tempatan. Sejak penubuhannya pada tahun 2021, subsidiari ini terus meluaskan kehadirannya di seluruh negara. Melalui pertumbuhan ini, Zoomlion menunjukkan bahawa penyetempatan bukan sahaja tentang memperluas kehadiran, tetapi juga berkenaan dengan mendapatkan kepercayaan serta mencipta nilai komuniti yang berkekalan.

Bagi William Joshua M. Cruz, pakar pemasaran di Zoomlion Philippines, perjalanan tersebut merupakan sesuatu yang sangat bersifat peribadi. Bermula daripada peranan sokongan dalam inventori, beliau berkembang hingga menyandang jawatan yang menggabungkan pemasaran, operasi dan pengurusan jenama. "Tempoh perkhidmatan saya di Zoomlion merupakan pengalaman yang sangat menarik dan mendatangkan kepuasan," kongsinya. "Saya berpeluang untuk memikul tanggungjawab yang mencabar diri saya dan membantu saya berkembang. Lebih penting lagi, saya akhirnya dapat melihat bahawa tugas kami membawa erti sebenar. Kami bukan sekadar menghantar mesin; kami membantu membentuk masyarakat."

Cruz mengimbau saat kanak-kanak menerima mainan sebagai detik yang sangat mengharukan. "Senyuman mereka menggambarkan segala-galanya. Ia merupakan peringatan tulus bahawa apa yang kita lakukan boleh membawa perubahan yang nyata. Inisiatif seperti ini dapat mengingatkan kita bahawa kita tergolong dalam masyarakat dan tidak terkecuali daripadanya."

Tatkala Zoomlion terus memajukan strategi globalnya, ia tetap komited untuk mencipta nilai bersama dalam setiap pasaran yang mendapat khidmatnya. Di Filipina, ini bermakna memupuk hubungan, berkembang seiring bersama masyarakat setempat dan membina jenama yang berakar umbi dalam aspek penjagaan dan tanggungjawab. Melalui setiap tindakan sejati, Zoomlion membentuk masa depan lestari dan mendapat kepercayaan yang mengubah kehadiran menjadi perkongsian.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Machinery Transportation Corporate Expansion Corporate Social Responsibility