GUANGZHOU, China, 28 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa China (Guangzhou) ke-27 (CBD Fair Guangzhou) yang diadakan seiring bersama Pameran Mandian & Peralatan Kebersihan Antarabangsa Guangzhou (CBS Fair) melabuhkan tirainya pada 11 Julai. Menjangkau keluasan 300,000 meter persegi, pameran ini menjadi tuan rumah kepada hampir 2,000 peserta pameran dan lebih 70 forum serta persidangan peringkat tinggi. Sejumlah 205,621 hadirin profesional dari 145 negara dan wilayah menyertai acara ini dengan kehadiran antarabangsa meningkat sebanyak 47.22% tahun ke tahun.
Berlatarbelakangkan landskap ekonomi global yang kompleks, CBD Fair Guangzhou memantapkan kedudukannya sebagai kuasa yang bingkas dalam sektor hiasan rumah dan bangunan. Dengan menjejaki secara teliti peralihan industri serta dinamik pasaran yang kian berkembang, pameran ini melaksanakan beberapa inovasi struktur dan penaiktarafan misi yang bertujuan untuk memajukan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam seluruh industri.
Dengan melangkaui format pameran lazim, CBD Fair Guangzhou mentakrifkan semula peranannya sebagai platform perkhidmatan sepanjang tahun, rantaian penuh dan berbilang saluran dengan pameran-pameran sebagai terasnya. Transformasi ini menggambarkan komitmennya yang diperbaharui untuk memupuk penukaran perniagaan dan menawarkan pemerkasaan industri yang komprehensif. Menjadi tumpuan evolusi ini ialah integrasi tiga ekosistem yang dipacu inovasi—Dalaman, Luaran dan Matech (teknologi pemasaran)—yang menggabungkan antara teknologi reka bentuk, produk serta bahan bagi merangsang kolaborasi silang sektor dan pertumbuhan yang mampan.
Platform ini turut memperkukuh enam saluran pasaran teras: Peniaga Pro, Pereka, Penghias Rumah, Pedagang Asing, Hiasan Komersial dan Media Baharu. Inisiatif-inisiatif berjenama seperti Dealer-Link, CBD World-Connect dan Design-Link mencipta peluang bersasar bagi tujuan keterlibatan pihak berkepentingan, sekali gus meningkatkan kualiti keseluruhan dan impak daripada penyertaan peserta pameran dan juga pelawat. Umpamanya, sebagai respons kepada cita-cita antarabangsa jenama-jenama Cina yang kian berkembang, projek CBD World-Connect memudahkan hubungan perdagangan yang bermakna dan mempercepat capaian pasaran global untuk pengeluar domestik melalui sesi pemadanan terkurasi dan delegasi perolehan daripada pasaran antarabangsa yang utama.
Lebih 70 acara berkaliber tinggi berlangsung di samping pameran ini bagi menawarkan penerokaan yang mendalam terhadap trend baru muncul seperti reka bentuk dipacu AI, amalan mampan, penggunaan semula adaptif dan strategi pengembangan global. Aktiviti-aktiviti ini menyediakan forum terbuka bagi tujuan pertukaran ilmu pengetahuan serta menetapkan agenda strategik untuk industri hiasan rumah dan bangunan global.
Memandang ke hadapan, CBD Fair Guangzhou akan terus mencapai penjajaran dengan tuntutan teras daripada transformasi industri, seterusnya memperdalam peranannya sebagai platform pemerkasaan sepanjang tahun. Dengan menyatukan pihak berkepentingan merentas rantaian nilai, pameran ini bermatlamat untuk membantu membentuk rangka tindakan yang berpandangan jauh untuk fasa pembangunan industri yang seterusnya.