Model Sewa Sedia Huni untuk memaksimumkan potensi pulangan awal
KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Setia Awan Group (SAG) hari ini memeterai Kerjasama strategik bersama COBNB Malaysia, salah satu pengendali sewaan jangka pendek terkemuka di negara ini. Kerjasama kedua-dua pihak ini adalah sebagai rakan hospitaliti baharu bagi projek Transit-Oriented Development (TOD) unggulan SAG iaitu Astrum Ampang.
Dato Sri Ahmad Azizi, Ketua Strategi Korporat dan Prestasi, Setia Awan Group, bersama Glenn Wong, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama COBNB Malaysia di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di Galeri Jualan Astrum Ampang Gallery pada 28 Julai 2025
Menerusi kerjasama ini, COBNB akan mengendalikan unit dupleks di Menara M sebagai salah satu daripada dua pengurus hartanah rasmi projek Astrum Ampng. Menara M adalah Menara terakhir yang menjadi perkara yang dinanti-nantikan dalam pembangunan ini.
Berbeza daripada model pengendali sewaan jangka pendek konvensional, COBNB tampil dengan komitmen kewangan bagi menjamin dan menguruskan unit dupleks tersebut, sekaligus menawarkan kontrak sewaan serta-merta kepada pembeli terpilih.
"Kerjasama ini menawarkan nilai tambah kepada pembeli kami khususnya mereka yang mencari unit pelaburan yang terus menghasilkan pulangan sewaan dengan jaminan pengendali," kata Dato Sri Ahmad Azizi, Ketua Strategi Korporat dan Prestasi di SAG, di majlis menandatangani memorandum persefahaman di Galeri Jualan Astrum Ampang.
"Ini dapat meningkatkan ekosistem hospitaliti sedia ada di Astrum Ampang dan meningkatkan potensi pelaburannya. Sokongan pengendali jangka pendek yang berwibawa seperti COBNB turut memberi keyakinan tambahan kepada pelabur serta mengukuhkan kedudukan Astrum Ampang sebagai antara pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang paling menarik perhatian pelabur di Malaysia." tambah beliau.
Menara M terletak hanya 150-meter dari Stesen LRT Jelatek. Lokasi yang strategik ini membolehkan akses mudah ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dalam hanya beberapa minit. Unit dupleks di Menara M direka khas untuk memenuhi gaya hidup profesional muda, pengembara digital dan pelancong antarabangsa, dan kini dipertingkatkan lagi dengan kemudahan hospitaliti sedia ada dalam unit.
Menurut Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama COBNB Malaysia, Glenn Wong, pelaburan COBNB dalam projek ini mencerminkan keyakinan terhadap permintaan kukuh untuk penginapan jangka pendek berhampiran pusat bandar.
"Kami berasa bangga dapat membawa kepakaran hospitaliti kami ke Astrum Ampang," kata Wong. "Kami percaya kerjasama ini akan menguntungkan kedua-dua pihak, malah pembeli juga dapat menikmati laluan sewaan yang jelas dan terjamin sekali gus kami boleh mengembangkan penawaran penginapan berkualiti tinggi di lokasi yang berpotensi jangka panjang. Ini sebahagian daripada strategi masa depan kami di dalam sektor TOD dan hospitaliti bandar."
Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam sektor pelancongan di peringkat antarabangsa, malah mengatasi Thailand sebagai destinasi yang paling ramai dikunjungi di Asia Tenggara pada separuh pertama 2025. Dengan ini, permintaan terhadap penginapan di lokasi strategik yang ada pengangkutan awan turut meningkat.
Projek berorientasikan transit seperti Astrum Ampang berada dalam posisi terbaik untuk memenuhi permintaan pasaran ini malah selari dengan agenda nasional di bawah Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 dan kempen Visit Malaysia 2026 yang menekankan pengalaman penginapan pintar dan berinovasi.
Model sewaan sedia huni ini akan ditawarkan kepada pembeli melalui rangkaian pelanggan COBNB dan saluran jualan terpilih – sejajar dengan matlamat Kerjasama ini untuk menarik pelabur sasaran yang mahukan unit penginapan pelaburan lengkap dan diurus sepenuhnya.
Seterusnya, SAG dan COBNB akan melaksanakan siri pemasaran dan sesi libat urus pelabur, termasuk webinar, program jangkauan antarabangsa dan sesi perkongsian fizikal bagi tujuan meningkatkan kesedaran serta menarik minat pembeli dengan asas pelaburan yang kukuh.
Untuk maklumat lanjut mengenai Astrum Ampang, layari www.astrumampang.com.my.
Mengenai Astrum Ampang
Astrum Ampang merupakan pembangunan berorientasikan transit (TOD) seluas 6.85 ekar yang terletak hanya 4km dari KLCC. Mempunyai nilai pembangunan kasar kira-kira RM1.6bilion, projek ini menawarkan gaya hidup bandar mampu milik dengan sambungan lancar ke lebuh raya utama seperti AKLEH, DUKE 1, MRR2 dan SPE selain laluan berbumbung yang dirancang ke Stesen LRT Jelatek. Pilihan kediaman pula termasuklah SOHO Transit (studio), SOHO Suite dan Servis Residensi. Dengan lebih 62 kemudahan eksklusif seperti gim pintar, kolam renang, teater terbuka dan ruang komersial, Astrum Ampang mendefinisikan semula kehidupan bandar. Kadar pengambilan semasa kini mencecah 95%. Layari www.astrumampang.com.my untuk maklumat lanjut.
Mengenai Setia Awan
Setia Awan Group merupakan pemaju hartanah berpengalaman lebih 30 tahun di Semenanjung dan Malaysia Timur dengan portfolio pembangunan yang pelbagai, terutamanya pembangunan berorientasikan transit (TOD). Visi kita adalah untuk merealisasikan rumah impian yang mampu dimiliki oleh semua, dan juga memenuhi gaya hidup masa kini. Dengan projek-projeknya di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan, Setia Awan bertekad untuk menjadi pembina yang telus dan prihatin untuk seluruh rakyat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.setiaawan.com.
Mengenai COBNB Malaysia
COBNB merupakan salah satu pengendali sewa jangka pendek premium terbesar di Malaysia yang menguruskan lebih 1,000 hartanah individu di seluruh negara. Berfokus kepada kualiti, pematuhan dan automasi, COBNB membantu pemilik aset membuka kunci hasil yang lebih tinggi melalui penginapan jangka pendek pilihan pakar di platform seperti Airbnb dan Booking.com. Layari www.cobnb.com.my untuk maklumat lanjut.