omniture

Bossjob Dilancarkan di Malaysia: Cara Lebih Pintar Cari Pekerjaan melalui Padanan AI Sembang-diutamakan

Bossjob
2025-07-28 19:47 18

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Bossjob, platform pekerjaan AI berasaskan sembang Asia Tenggara, mengumumkan pada hari ini pelancaran rasminya di Malaysia, lantas memberikan cara yang lebih pantas, lebih pintar, lebih berpusatkan insan untuk berhubung kepada pencari kerja dan majikan. Platform pekerjaan baharu di Malaysia ini bertujuan untuk mentransformasikan cara rakyat Malaysia mencari pekerjaan—terutamanya dalam kalangan Gen Z dan pekerja ekonomi gig.

AI-Powered Job Platform Launches in Malaysia
AI-Powered Job Platform Launches in Malaysia

Mengapa Malaysia, Mengapa Sekarang? 

Malaysia kini berada dalam keadaan anjakan digital yang didorong oleh penduduknya yang mengutamakan fungsi mudah alih, didominasi oleh golongan belia. Memandangkan permintaan terhadap pekerjaan yang fleksibel, kolar biru dan tingkat kemasukan bertambah, Bossjob muncul dengan janji yang berani: pengambilan pekerja yang lebih pantas, pemadanan dikuasakan AI dan komunikasi segera—terus daripada telefon anda.

Namun begitu, ini bukanlah ujian rintis—ia merupakan formula terbukti. Bossjob telahpun membantu lebih 100 juta pencari kerja di peringkat global, dengan operasi tempatan yang memfokuskan untuk menawarkan perkhidmatan kepada Filipina, Singapura, Indonesia dan Jepun. Sejak tahun 2023, kami telah melihat peningkatan sebanyak 500% dalam pengguna aktif bulanan di Filipina sahaja dan dalam masa yang sama menjadi aplikasi pekerjaan sembang-diutamakan yang dimuat turun #1 di negara berkenaan. Lebih 10 juta mesej saling dihantar antara pencari kerja dan majikan, dengan purata masa respons di bawah 10 minit. Kebanyakan pengguna melengkapkan permohonan kerja mereka dalam masa kurang daripada 90 saat.

Enjin pemadanan AI kami memberikan peranan masa nyata yang relevan—83% pencari kerja menerima padanan dalam masa 24 jam dan 78% diambil bekerja dalam masa 7 hari sahaja selepas bersembang. Justeru itu, pengambilan pekerja dibuat dalam tempoh kurang daripada seminggu—tanpa perlu menunggu masa yang baik.

Apa yang Membuatkan Bossjob Berbeza?

  • Pengambilan pekerja sembang-diutamakan – Hantar mesej kepada majikan serta-merta, menghapuskan borang permohonan yang panjang dan masa menunggu yang lama.
  • Pemadanan pekerjaan dikuasakan AI – Algoritma kami memahami kemahiran pemohon, keutamaan dan gelagat sembang, memberikan padanan pekerjaan yang relevan dalam masa nyata.
  • Penciptaan profil dipermudah – Tidak perlu lagi menyusun atur mengikut format CV. Proses profil kami yang diperkemas bermakna pengguna boleh memohon dengan satu ketikan.

"Kami komited untuk menjadikan pencarian pekerjaan lebih mudah dicapai dan cekap untuk pencari kerja," kata Bernie Goh, Pengurus Negara Malaysia Bossjob. "Melalui kempen ini, kami bermatlamat untuk berhubung dengan pencari kerja secara mudah alih, memperkukuh komitmen kami untuk memudahkan proses pencarian pekerjaan dan memperkasakan pencari kerja dengan capaian yang pantas dan terus kepada majikan."

Bossjob sudahpun membantu perniagaan berkembang maju sepantas bersembang.

"Bossjob membantu kami berhubung dengan cepat dan secara bermakna dengan bakat muda Malaysia semasa pelancaran KL kami. Tidak seperti platform-platform lazim, model sembang-diutamakan mereka membolehkan kami berhubung dengan calon serta-merta—kepantasan membuatkannya cukup berbeza," kata Chevelle Tham, Pengurus Sumber Manusia & Ketua Pengambilan Pekerja di Hvala.

Hvala's Singapore Odeon store team, operations and HR with Bossjob's, poses for a group photo after discussing plans for their launch in Plaza Arkadia, Kuala Lumpur
Hvala's Singapore Odeon store team, operations and HR with Bossjob's, poses for a group photo after discussing plans for their launch in Plaza Arkadia, Kuala Lumpur

Tersedia di Seluruh Negara

Aplikasi mudah alih dan platform web Bossjob kini tersedia di seluruh negara. Dengan lokasi-lokasi pekerjaan yang pada mulanya tertumpu di Kuala Lumpur dan Johor, pencari kerja di Bossjob Malaysia boleh:

  • Berhubung segera dengan majikan F&B, logistik, runcit dan pejabat.
  • Temui jawatan terkurasi-AI yang sesuai dengan profil mereka.
  • Langkau proses pendaftaran yang panjang; persediaan profil mengambil masa kurang daripada dua minit.

"Bossjob bukan sekadar menawarkan alternatif pencarian pekerjaan baharu di Malaysia—ia melengkapkan pencari kerja dengan alatan dan teknologi Gen AI bagi mengoptimumkan profil calon mereka," tambah Goh. "Bermula daripada siswazah baharu hinggalah pekerja profesional berpengalaman, kami percaya setiap pencari kerja berhak bukan sahaja mendapatkan capaian yang pantas kepada peluang, tetapi juga cara untuk menampilkan diri terbaik mereka kepada majikan."

Visi untuk Asia Tenggara

Top row: Bossjob teams in Philippines at community events activations promoting job matching for local jobseekers. Bottom: Bossjob Japan at a recent employment tech exhibition connecting with Japanese employers on global recruitment through chat
Top row: Bossjob teams in Philippines at community events activations promoting job matching for local jobseekers. Bottom: Bossjob Japan at a recent employment tech exhibition connecting with Japanese employers on global recruitment through chat

Pelancaran Bossjob di Malaysia merupakan sebahagian daripada misinya yang lebih luas: untuk menjadikan pencarian pekerjaan segera, adil dan boleh dicapai di seluruh rantau ini. Dengan lebih 8,000 majikan aktif di seluruh Asia Tenggara—termasuk jenama-jenama seperti Jollibee, Lazada dan Uniqlo —kami sudahpun dipercayai oleh 60% PKS di Filipina dan 40% syarikat pemula berkembang yang paling pantas di Singapura. Di Jepun, kami merupakan platform berasaskan sembang pertama yang memasuki pasaran gig dan mencapai lebih 90% kepuasan dalam fasa perintis kami.

Cara Bermula 

Sertai lebih 2.5 juta pengguna di seluruh Asia Tenggara yang mengubah pencarian pekerjaan mereka dengan Bossjob. Dengan jawatan terkurasi-AI, sembang masa nyata dengan majikan dan pengambilan pekerja dalam masa kurang daripada seminggu, ini merupakan cara terpantas untuk diambil bekerja di rantau ini.

Bossjob memudahkan lebih 5 juta sambungan pekerjaan di Filipina, Singapura dan Jepun—menjadikan kami sebagai platform pemadanan pekerjaan yang berkembang paling pantas di Asia Tenggara dan Jepun.

Enjin sembang dipacu AI Bossjob mentakrifkan semula pencarian pekerjaan—menyampaikan pekerjaan yang relevan pada masa nyata dan bukannya selama berminggu-minggu.

Bossjob kini beroperasi di Malaysia. Muat turun aplikasi kami daripada App Store atau Google Play—atau daftar secara dalam talian dan mula bersembang. Tugas anda yang seterusnya mungkin hanya tinggal satu mesej sahaja.

Latar Belakang Bossjob 

Bossjob ialah platform pekerjaan dikuasakan AI dan mengutamakan sembang yang mentransformasikan pengambilan pekerja dalam sektor-sektor kolar Biru, gig dan Gen Z. Menerusi lebih 1 juta muat turun dan beribu-ribu hubungan yang berjaya di SEA, Bossjob kini mempunyai misi untuk mencipta semula cara mencari pekerjaan—satu sembang dalam satu-satu masa.

Source: Bossjob
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion New products/services Artificial Intelligence