ASHBURN, Va., 29 Julai 2025 /PRNewswire/ -- DXC Technology (NYSE: DXC), penyedia perkhidmatan teknologi global Fortune 500 yang terkemuka hari ini mengumumkan pelancaran DXC Assure Risk Management, penyelesaian generasi baharu yang menggabungkan AI dengan kepakaran manusia bagi membantu organisasi berinsurans sendiri menguruskan penjagaan pekerja dengan lebih cekap, mengawal kos penjagaan kesihatan, serta mempercepatkan proses pekerja kembali bekerja.
Organisasi berinsurans sendiri menggunakan dana mereka sendiri untuk menampung tuntutan insurans pekerja, berbanding membeli insurans konvensional. Akibatnya, mereka sering menghadapi cabaran yang berbeza: memastikankan penjagaan pekerja yang berkesan dilaksanakan, menguruskan peraturan yang rumit dan memakan masa, mengawal peningkatan kos penjagaan kesihatan, serta meningkatkan proses pekerja kembali bekerja.
Boleh didapati di seluruh dunia mulai hari ini, DXC Assure Risk Management menawarkan sebuah platform yang menyeluruh dan fleksibel untuk membantu menangani cabaran ini melalui:
"Kami berbangga untuk memperkenalkan DXC Assure Risk Management, penyelesaian inovatif yang menggabungkan pakar, aliran kerja AI, dan teknologi untuk membantu majikan yang berinsurans sendiri menguruskan kitaran hayat tuntutan penuh, dari penjagaan hingga kos, untuk pekerja mereka yang tercedera," kata Ray August, Presiden, Insurance Software and BPS di DXC Technology. "Ini mencerminkan komitmen berterusan DXC terhadap inovasi, memberikan nilai sebenar kepada pelanggan kami dan mengubah masa depan insurans."
"Walaupun penjimatan kos boleh dicapai melalui pengurusan tuntutan yang diuruskan sendiri, organisasi berinsurans sendiri memerlukan proses pengurusan yang sama cekap dengan penyedia insurans penuh untuk melindungi daripada ketirisan dan memastikan pekerja berjaya kembali bekerja," kata Nathanno Golia, penganalisis kanan di Celent "Operasi pengurusan risiko boleh meraih manfaat dengan memanfaatkan AI untuk meningkatkan kecekapan serta menggunakan kepakaran penjagaan yang dapat membantu pekerja kembali bekerja dengan lebih cepat."
Dengan lebih 40 tahun kepakaran industri, DXC ialah rakan dipercayai pilihan utama bagi 21 daripada 25 syarikat insurans terkemuka. Sebagai penyedia utama sistem insurans teras, DXC terus berinovasi—membantu syarikat insurans mengurangkan kerumitan dan kos bagi lebih daripada 1 bilion polisi yang diproses menggunakan perisian DXC.
Untuk maklumat lanjut mengenai DXC Assure Risk Management, lawati laman web kami.
Maklumat Tentang DXC Technology
DXC Technology (NYSE: DXC) adalah penyedia perkhidmatan teknologi maklumat global yang terkemuka. Kami ialah rakan operasi yang dipercayai kepada banyak organisasi paling inovatif di dunia, membina penyelesaian yang memacu kemajuan industri dan syarikat. Pakar kejuruteraan, perundingan dan teknologi kami membantu pelanggan mempermudah, mengoptimum dan memodenkan sistem serta proses mereka, mengurus beban kerja paling kritikal, mengintegrasikan kecerdasan berkuasa AI ke dalam operasi mereka, serta menjadikan keselamatan dan kepercayaan sebagai keutamaan. Ketahui lebih lanjut di dxc.com.
Hubungan Media: Angelena Abate, Pengarah Kanan, Pemasaran & Komunikasi, +1.646.234.8060, angelena.abate@dxc.com