omniture

WAIC 2025: Shanghai Electric Perkenal Julung Kali Robot Humanoid Industri Pertama "SUYUAN," Majukan Pembuatan Pintar Generasi Akan Datang melalui Susun Atur Rantaian Nilai Holistik

Shanghai Electric
2025-07-30 00:03 13

Membawakan keupayaan industri spektrum penuh bermula daripada pembangunan teknologi teras hinggalah penyelesaian bersepadu, penginovasi China yang terkemuka memacu revolusi perindustrian generasi akan datang melalui strategi rantaian industri yang komprehensif

SHANGHAI, 30 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK: 2727, SSE: 601727) dengan bangganya memperkenalkan robot humanoid industri pertama yang dibangunkan sendiri, "SUYUAN," semasa penampilan sulung globalnya di Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia pada 26 Julai di Shanghai.

Dengan 38 darjah kebebasan (DoF) dan 275 TOPS kuasa pengkomputeran pada peranti, SUYUAN menyampaikan operasi yang tepat dan pergerakan dinamik, lantas menjadikannya boleh disesuaikan dengan beraneka jenis senario aplikasi industri. Pelancaran ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan robotik humanoid Shanghai Electric, seterusnya mengukuhkan lagi rantaian nilainya yang komprehensif untuk penyelesaian humanoid industri.

Direka dengan perkadaran seakan-akan manusia—dengan ketinggian 167 cm dan berat 50 kg—SUYUAN direkayasa untuk mengemudi persekitaran industri yang kompleks dengan mudah. Artikulasi 38-DoFnya memberikan ketangkasan yang luar biasa, mengupayakan manipulasi halus dan juga gerakan meluas. Berupaya mengendalikan sehingga 10 kg jumlah kargo dan mengangkat objek seberat 2 kg dengan satu lengan, SUYUAN benar-benar sesuai untuk tugas logistik dan barisan pemasangan, beroperasi dengan cekap pada kelajuan pergerakan 5 km/j.

SUYUAN memanfaatkan lakuran LiDAR dan teknologi penglihatan binokular bagi mencapai mobiliti pandu kendiri. Pemproses AI pada peranti 275-TOPS menguasakan analisis data yang segera dan integrasi LLM, seterusnya membolehkan interpretasi tugas sejadi dan pengendalian objek adaptif.

Dalam ujian rintis, SUYUAN secara autonomi mengenal pasti, meletakkan, memilih dan menempatkan semula peti saiz bercampur, menggunakan penglihatan komputer termaju dan kawalan bersama segerak, lalu meningkatkan produktiviti gudang dengan ketara.

Menggiatkan Revolusi Perindustrian: Pembuatan Pintar Dikuasakan oleh Kejituan Humanoid

Kemajuan pembuatan peralatan berkualiti tertinggi yang didorong oleh inovasi bergantung pada aplikasi dunia sebenar. Di WAIC 2025, robot dwilengan "LINGKE" Shanghai Electric turut mengagumkan audiens di sebuah pameran kemahiran, menangani cabaran pembuatan yang kompleks dengan operasi ketepatan tinggi, kolaborasi adaptif dan keupayaan data gelung tertutup.

LINGKE adalah lebih daripada pengganti tenaga manusia. Ia menggunakan koordinasi bimanual dan kawalan daya patuh untuk membebaskan pekerja daripada tugasan berulang dan berintensiti tinggi, seterusnya meningkatkan kecekapan sebanyak lima kali ganda. Kecekapan teras terletak pada teknologi gelung tertutup Data-Model-Penggunaannya. Dengan data operasi sebagai titik permulaan, LINGKE mencipta aliran kerja pengoptimuman kendiri melalui penghapusan dan anotasi data, latihan model, penggunaan langsung dan pengoptimuman berasaskan maklum balas, bagi mencapai peralihan daripada "pelaksana pasif" kepada "pelajar aktif."

Mempelopori Automasi Lebih Pintar 

Di WAIC 2025, usaha sama antara Shanghai Electric dan Johnson Electric membuat kemunculan sulung menerusi pameran robot humanoid revolusioner, modul perkakasan utama dan penyelesaian integrasi sistem. Usaha ini turut memperkenalkan sambungan berputar, sambungan linear dan sambungan jari yang cekap untuk robot generasi akan datang, memberikan prestasi gerakan yang tepat, lancar, senyap dan pintar.

Usaha sama ini mengukuhkan lagi usahanya untuk meluaskan aplikasi produk dengan menjalin dua perkongsian utama: perjanjian pembekalan unit pertama dengan National and Local Co-Built Humanoid Robotics Innovation Center (Qinglong Project) dan memorandum kerjasama produk dengan Fourier Robotics.

Dengan 189 permohonan paten (termasuk 120 yang diluluskan) bagi robotik humanoid, Shanghai Electric mengorak kemajuan yang ketara dalam inovasi industri dipacu AI. Melangkah ke hadapan, Shanghai Electric akan meluaskan penyelesaian kolaboratif "manusia-mesin" dan "antara-mesin" merentas persekitaran industri berbilang fungsi. Keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang komprehensif—merangkum komponen kritikal hinggalah robot fungsian sepenuhnya—mempercepat pembangunan ekosistem AI yang bertaraf dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/.

 

 

 

 

 

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Broadcast Technology Computer Hardware Computer/Electronics Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things