omniture

SANY Tingkatkan Jejak Tenaga Hijau di Afrika dengan Projek Solar Rintis

SANY Group
2025-07-30 01:05 79

SHANGHAI, 30 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Pada penghujung bulan Jun, SANY memulakan secara rasmi pembinaan loji janakuasa fotovolta 10MW di Zimbabwe. Projek ini, yang dijalankan oleh sebuah Syarikat Perlombongan China, merupakan projek solar pertama SANY di Zimbabwe dan juga projek pertama di Afrika yang mengguna pakai model perniagaan "EP+F" inovatif yang mengintegrasikan kejuruteraan, perolehan serta pembiayaan ke dalam penyelesaian tersuai bagi memenuhi keperluan kewangan pelanggan.

SANY Scales Up Green Energy Footprint in Africa with Breakthrough Solar Projects
SANY Scales Up Green Energy Footprint in Africa with Breakthrough Solar Projects

Projek ini mengguna pakai modul fotovolta berkecekapan tinggi 710 yang dibangunkan sendiri oleh SANY, digandingkan dengan penyongsang termaju dan pendakap sokong berkekuatan tinggi. Dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 10MW, projek ini dijadualkan untuk disambungkan ke grid menjelang akhir tahun 2025. Sebaik sahaja beroperasi, ia dijangka akan menjana 18 juta kWj setiap tahun, lantas mengurangkan dengan ketara kekurangan bekalan kuasa Zimbabwe, menjamin bekalan elektrik untuk industri-industri tempatan dan mata pencarian rakyat, selain menyumbang kepada transformasi tenaga rendah karbon di seluruh rantau ini.

Sebagai model perniagaan "EP+F" pertama SANY Silicon Energy, projek ini menawarkan kerangka yang boleh diulang untuk kolaborasi tenaga boleh baharu antarabangsa pada masa akan datang. Dengan mengurangkan beban kewangan pelanggan dengan ketara, model ini dapat meningkatkan kebolehcapaian dan kebolehlaksanaan penggunaan tenaga bersih di pasaran-pasaran baru muncul. Pelanggan menyatakan keyakinan terhadap kerjasama masa depan bersama SANY dalam bidang-bidang yang lebih luas, termasuk mikrogrid, e-trak dan infrastruktur pengecas EV.

Ini bukanlah projek PV pertama SANY di Afrika. Pada penghujung tahun 2024, Projek Kuasa Mikrogrid Perlombongan SANY disambungkan ke grid di Zambia selepas empat bulan menjalani pembinaan yang merupakan projek "solar + storan + diesel" unit tunggal yang pertama dan terbesar di Afrika. Fasa pertama projek ini, yang sudahpun menjalankan operasinya, dapat menjana kira-kira 16 juta kWj kuasa elektrik setiap tahun, lalu dapat menjimatkan kos elektrik sebanyak lebih RMB 20 juta untuk pelanggan, menyumbang hampir 30% daripada jumlah perbelanjaan pengeluaran mereka. Susulan pencapaian ini, SANY berjaya menandatangani tiga projek mikrogrid di Zambia yang menyumbang kepada peralihan tenaga Afrika.

Setelah menjalin persahabatan selama 23 tahun dengan Afrika, kerjasama SANY dengan benua berkenaan berkembang bukan sekadar dalam perdagangan peralatan sahaja tetapi kolaborasi yang lebih mampan. Hari ini, SANY mempunyai 15 subsidiari dengan cawangan di lebih 30 negara. Disokong oleh 13 peniaga yang dipercayai, peralatan SANY beroperasi di lebih 50 negara dan wilayah. Sementara itu, SANY komited untuk menggalakkan pembangunan tempatan dan mata pencarian rakyat. Di Afrika, lebih daripada 50% tenaga kerjanya diambil bekerja di peringkat tempatan, menyumbang lebih 5,000 peluang pekerjaan tempatan. Memandang ke hadapan, SANY akan terus memanfaatkan teknologi dan kekuatan pengurusannya bagi membina rantaian bekalan tempatan yang teguh, seterusnya menyokong pertumbuhan tenaga hijau dan ekonomi Afrika.

 

Source: SANY Group
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts