SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Activeo, pengintegrasi sistem yang dipercayai bagi transformasi pengalaman pelanggan, mengumumkan pada hari ini pelancaran Activeo OneView CSM, satu integrasi berkuasa yang menyatukan platform pusat perhubungan dengan Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan (CSM) ServiceNow. Dibina dengan tujuan untuk menghapuskan silo, Activeo OneView CSM memperkasakan perusahaan untuk menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang lebih pantas, lebih diperibadikan dan lebih cekap daripada satu antara muka.
Dibangunkan dan disahkan dengan teliti di bawah program Built With ServiceNow, Activeo OneView CSM direkayasa untuk nilai perniagaan segera. Ia sejajar dengan amalan terbaik ServiceNow dalam kitaran hayat pembangunan perisian dan direka untuk menyokong hasil yang boleh diukur merentas pengalaman pelanggan dan kecekapan operasi.
Pengalaman Perkhidmatan Disatukan, Diperbaharui
Activeo OneView CSM menangani salah satu cabaran yang paling biasa dalam perkhidmatan pelanggan perusahaan: pengalaman berpecah-pecah yang disebabkan oleh platform yang terputus. Penyelesaian ini mengintegrasikan CSM ServiceNow dengan sistem pusat perhubungan yang utama, lalu memastikan ejen tidak lagi perlu bertukar-tukar antara beberapa aplikasi dan pelanggan tidak perlu lagi mengulanginya.
Keupayaan yang utama termasuk:
Keputusan Terbukti dari Mula
Pengguna awal sudahpun melihat penambahbaikan yang boleh diukur, termasuk:
Dibina untuk Masa Depan Pengalaman Pelanggan
"Di Activeo, kami bekerjasama erat dengan pasukan perkhidmatan pelanggan bagi memahami cabaran operasi mereka dan mengenal pasti cara untuk memudahkan tugas mereka," kata Jonathan Mondon, Ketua Perusahaan di Activeo. "Dengan menggabungkan kepakaran mendalam kami bagi pusat perhubungan dan teknologi pengurusan kes, kami membangunkan antara muka anak tetingkap tunggal yang lancar untuk organisasi-organisasi yang menggunakan ServiceNow, bagi membolehkan mereka meningkatkan pengalaman pelanggan dengan kelajuan, kekonsistenan dan kecekapan yang lebih tinggi."
Activeo OneView CSM kini tersedia di ServiceNow Store, lantas menjadikannya lebih mudah daripada sebelumnya untuk digunakan dan diskalakan oleh perusahaan.
Latar Belakang Activeo
Activeo memperkasakan organisasi-organisasi di seluruh APAC dan di peringkat global untuk mentransformasikan pengalaman pelanggan dan mempercepat inovasi digital. Sebagai pengintegrasi sistem yang saksama dengan kepakaran perundingan mendalam selama lebih 12 tahun serta lebih 300 projek yang berjaya, Activeo menyokong pelanggan perusahaan dan juga pelanggan kerajaan menerusi gabungan penyelesaian yang holistik merentas Pengalaman Pelanggan, Keterlibatan Pelanggan, Tempat Kerja Digital, Perundingan IT dan Data Pelanggan. Kami memilih sendiri teknologi terbaik yang sejajar dengan objektif perniagaan anda, menjamin penyelesaian yang bingkas pada masa depan dengan kekangan vendor yang minimum.