omniture

Tam Jai International Tampil Julung Kali di Malaysia

Tam Jai International Co. Limited
2025-07-31 18:07 59

Mendorong Pengembangan Asia Tenggara 

HONG KONG, 31 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Tam Jai International Co. Limited ("TJI" atau "Syarikat", bersama-sama subsidiarinya, "Kumpulan"; kod saham HKEX: 2217), salah satu kumpulan restoran yang terkemuka dan terkenal di Hong Kong, mengumumkan penampilan sulungnya di Malaysia menerusi pembukaan outlet TamJai Mixian pertamanya di Sunway Pyramid, Selangor pada 29 Julai. Dicapai melalui perkongsian strategik bersama Hextar Retail Berhad, subsidiari Hextar Group of Companies ("Hextar Group "), pelancaran kedai ini menyaksikan satu lagi pencapaian dalam pengembangan Kumpulan ini di pasaran Asia Tenggara dan penerimagunaan model perkongsian untuk pertumbuhan antarabangsanya.

Upacara pembukaan besar-besaran restoran baharu ini dirasmikan oleh En. Daren Lau, Pengerusi, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif TJI; Dato' Eddie Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Hextar Group; serta selebriti-selebriti Hong Kong yang disayangi Grace Chan dan Kevin Cheng.

Terletak secara strategik di Sunway Pyramid, iaitu salah satu destinasi gaya hidup yang paling ikonik di kawasan itu, kedai TamJai Mixian yang baharu menikmati kedudukan sangat baik yang berdekatan dengan pelbagai tempat tarikan dan institusi utama, mendapat manfaat daripada persekitaran yang rancak dan dengan trafik tinggi. Menerusi lebih 3 juta pelawat setiap bulan, pusat beli-belah ini menarik gabungan pelajar yang dinamik, golongan profesional yang bekerja, keluarga serta pelancong sepanjang hari. Kedai TamJai Mixian menempati kawasan berkeluasan kira-kira 136 meter persegi dan boleh memuatkan sehingga 57 pelanggan. Lokasi yang ideal ini memberikan kebolehlihatan jenama yang kukuh dan berperanan sebagai landas pelancaran yang sangat baik bagi tujuan pengenalan jenama ini yang selanjutnya di Malaysia.

Pembukaan ini juga merupakan kemunculan pertama Asia Tenggara bagi identiti "TamJai Mixian" yang serba baharu, menggabungkan dua jenama yang digemari (TamJai Yunnan Mixian dan TamJai SamGor Mixian) menjadi satu ekspresi moden yang disatukan bagi budaya mi ikonik Hong Kong. Kedai ini menawan hati dengan skema warna merah dan hijau yang terang, ditonjolkan dengan lampu neon "spicy clouds" dan loket berinspirasikan Mixian. Sebuah dapur terbuka memaparkan aksi masak-memasak, lalu membolehkan pengunjung restoran menyaksikan keindahan seni di sebalik setiap mangkuk sambil memberi penghormatan kepada tradisi makanan Hong Kong yang meriah dengan sentuhan kontemporari.

Pelancaran kedai ini menyusuli pemeteraian perkongsian yang strategik antara TJI dan Hextar Retail Berhad, sebuah syarikat tersenarai awam di bawah Hextar Group konglomerat Malaysia pada Ogos tahun lalu. Sebagai pengendali makanan dan minuman ("F&B") berbilang konsep dengan portfolio yang meriah mencakupi konsep kafe, santapan kasual, restoran perkhidmatan pantas dan kedai makan mewah, Hextar Retail Berhad memberikan sokongan padu demi pembangunan TamJai Mixian di Malaysia dengan memanfaatkan kepakaran dan rangkaian pasaran tempatannya.

Dato' Eddie Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Hextar Group, berkata, "Kami dengan sukacitanya memperkenalkan jenama mi Nombor 1 Hong Kong kepada bidang makanan kasual-segera yang dinamik di Malaysia. Perkongsian bersama TJI ini menggabungkan kepakaran masak-memasak mereka yang terkenal dengan ilmu pengetahuan pasaran tempatan serta kecemerlangan operasi kami, lalu memberikan konsep santapan yang menarik dan inovatif di negara tersebut. Kami bersama-sama bersedia untuk membentuk semula landskap F&B Malaysia melalui pengembangan kami yang akan datang di seluruh negara."

En. Daren Lau, Pengerusi, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif TJI, berkata, "Penampilan sulung kami di Malaysia merupakan satu langkah yang penting ke hadapan dalam pengembangan strategik TJI merentas pasaran Asia Tenggara yang kian berkembang pesat. Kami yakin bahawa konsep jenama kami yang terbukti akan disambut baik oleh pengguna tempatan, lantas membolehkan kami memanfaatkan potensi pertumbuhan yang kukuh daripada bidang masak-memasak Malaysia yang rancak dan pelbagai. Menerusi sokongan daripada perkongsian tempatan, kami berharap dapat memajukan selanjutnya misi kami untuk 'Membawakan Citarasa Tam Jai kepada Dunia'."

TamJai Mixian Sunway Pyramid 

  • LG2.137B Sunway Pyramid, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor 


 


Untuk Pertanyaan Akhbar
Strategic Financial Relations Limited
Iris Lee               Tel: (852) 2864 4829
Veron Ng            Tel: (852) 2864 4831
Carol Cheung    Tel: (852) 2114 2200
Emel: sprg_tji@sprg.com.hk 

 

Source: Tam Jai International Co. Limited
Related Stocks:
HongKong:2217
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail Corporate Expansion