omniture

MetroTrans 2025: Hab Global Ulung untuk Inovasi dan Kolaborasi Transit Rel

China Association of Metros
2025-07-31 21:44 47

QINGDAO, China, 31 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Menurut China Association of Metros (CAMET), menjelang akhir tahun 2024, sebanyak 58 bandar tanah besar China mengendalikan transit rel bandar (361 laluan, 12,160.77 km), dengan jumlah penumpang tahunan melebihi 30 bilion perjalanan. Sementara itu, 44 bandar mendapat laluan sepanjang 5,833.04 km yang sedang menjalani kerja-kerja pembinaan, dengan pelaburan kumulatif yang diluluskan mencecah 4.49 trilion CNY. China mengumpul pengalaman yang luas dalam smartization, greenization dan integrasi, seterusnya muncul sebagai rakan kongsi yang penting dalam kerjasama antarabangsa.

Sebagai pameran perdagangan yang paling berpengaruh dalam sektor transit rel bandar di dunia, Pameran Transit Metro Antarabangsa China 2025 (MetroTrans 2025) akan diadakan di Qingdao, China mulai 18 hingga 20 September. MetroTrans 2025 akan memberikan peluang yang penting kepada audiens profesional global untuk mendapatkan pandangan tentang industri transit rel China dan berhubung dengan sumber untuk menjalin kerjasama global yang berfungsi sebagai hab baharu untuk kolaborasi transit rel antarabangsa.

Scene of MetroTrans 2024
Scene of MetroTrans 2024

Dianjurkan oleh CAMET, MetroTrans 2025 akan diadakan di bawah tema – "Inovasi Memacu Kejayaan, Memajukan Era Baharu Rel Bandar." Acara ini akan membawakan ruang pameran seluas 80,000 meter persegi, dengan tujuh kawasan pameran profesional dan empat pavilion tematik. Acara ini turut meliputi pelbagai bidang, termasuk sistem kenderaan dan rantaian bekalan peralatan, sistem komunikasi isyarat, teknologi IT dan AI, pembinaan infrastruktur dan kejuruteraan, perkhidmatan operasi dan pengurusan, serta integrasi ekonomi altitud-rendah dengan transit rel bandar.

Lebih 500 perusahaan terkemuka global akan mempamerkan pencapaian termaju. Perusahaan ini termasuk pengendali rel bandar seperti Shanghai Metro, Nanjing Metro, Beijing Infrastructure Investment Co. (BII), Guangzhou Metro, Chongqing Rail Transit, Shenzhen Metro, Beijing Subway, Qingdao Metro, Jinan Rail Transit, Wuxi Metro, Hangzhou Metro, MTR (Hong Kong), Tianjin Rail Transit dan sebagainya. Syarikat-syarikat gergasi industri rel global yang dijangka akan mengadakan pameran termasuk CRRC, CRSC, CREC, Siemens Mobility, Alstom, Knorr-Brems dan sebagainya. Pelawat akan mendapat capaian langsung kepada teknologi yang paling canggih, produk dan penyelesaian bersepadu yang mencakupi seluruh rantaian bekalan rel global.

Sebuah program yang berlangsung serentak dan beraneka akan membawakan:

  • Forum CAMET: Menghimpunkan pemimpin industri global, penggubal dasar, ahli akademik, pakar dan eksekutif rantaian bekalan untuk mengadakan perbincangan mendalam (format hibrid) mengenai topik pembangunan yang kritikal, seterusnya memupuk kolaborasi.
  • Pameran Teknologi Tinggi Transit Metro China ke-2: Menonjolkan inovasi industri termaju.
  • Pameran Popularisasi Sains Transit Metro China ke-2: Mempamerkan sejarah pembangunan rel bandar dan pameran pendidikan yang menarik.
  • Sesi Pemadanan Kerjasama Transit Rel ASEAN: "Memudahkan hubungan perniagaan bersasar antara pembekal Cina dan keperluan pasaran ASEAN.
  • Lebih 20 seminar, bengkel dan acara perangkaian tambahan: Mewujudkan suasana karnival yang dinamik untuk semua hadirin.

MetroTrans 2025 ialah platform yang sempurna untuk perusahaan global dan golongan profesional berhubung dalam pasaran transit rel China, atau menjalin perkongsian industri. Kami mengundang komuniti transit rel global untuk menyertai kami di MetroTrans 2025 di Qingdao bagi menemui peluang yang tiada tandingan dan membentuk masa depan mobiliti rel bandar secara bersama.

Hubungi:
Ding Qiao: dingqiao@railvision.cn 
Jing Jing: jingjing@railvision.cn

 

Source: China Association of Metros
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation