omniture

Medit Perkenal Medit i900 Mobility Baharu, Dikuasakan oleh Mobiliti Sebenar

Medit
2025-08-01 09:20 51

SEOUL, Korea Selatan, 1 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Medit (www.medit.com), peneraju bertaraf global dalam bidang pergigian digital, memperkenalkan pada hari ini Medit i900 Mobility, iaitu pengimbas intraoral generasi akan datang yang direka untuk membawakan keringkasan dan mobiliti sebenar kepada aliran kerja klinikal.

Medit to Reveal New Medit i900 Mobility, Powered by True Mobility
Medit to Reveal New Medit i900 Mobility, Powered by True Mobility

Medit i900 Mobility ialah penambahan yang terkini kepada barisan pengimbas Medit, direka dengan teliti untuk bergerak mengikut rentak sektor pergigian setiap hari, di mana-mana sahaja penjagaan diperlukan. Menjadi nadi pengalaman ini ialah empat tonggak mobiliti teras: kecekapan klinikal yang dipertingkat dan kelancaran aliran kerja yang dioptimumkan untuk penggunaan kerusi-ke-kerusi dan bilik-ke-bilik, kebolehgunaan segera dengan pemasangan ringan, interaksi pesakit yang dipertingkat semasa proses pengimbasan dan keluk pembelajaran minimum yang menjadikan penerimagunaan mudah bermula daripada imbasan pertama.

i900 Mobility mengubah cara doktor bekerja, bergerak dan berhubung bersama pesakit dengan menggabungkan kejituan berserta kemudahan penggunaan. Teras pengalaman ini ialah Medit Link Express, iaitu aplikasi pendamping natif-iPad yang pertama daripada syarikat ini, direka untuk memudahkan aliran kerja imbas-dan-hantar melalui antara muka yang intuitif dan mesra pengguna. Dengan pandangan imbasan masa nyata dan keterlibatan pesakit terbina dalam, aplikasi ini mentransformasikan iPad menjadi penghubung yang lancar antara doktor dan pesakit — segera, mudah dan mudah alih. Dibina khas untuk fleksibiliti, i900 Mobility menggandingkan perisian yang terbaik dalam kelasnya dengan perkakasan yang kompak dan responsif, bersedia untuk menyokong pengimbasan di sisi kerusi, kolaborasi berpasukan serta penjagaan di luar persekitaran klinik tradisional.

Direka untuk standard mobiliti baharu, sorotan utama i900 Mobility termasuk:

  • Integrasi natif-iPad melalui Medit Link Express — pengimbasan segera tanpa kabel
  • Reka bentuk yang seimbang dan ergonomik — mengupayakan pengimbasan yang selesa dalam sesi
  • Paparan imbasan masa nyata — meningkatkan keterlibatan pesakit semasa proses pengimbasan
  • Keluk pembelajaran minimum — intuitif daripada imbasan pertama
  • Dioptimumkan untuk kegunaan kerusi-ke-kerusi dan bilik-ke-bilik — kecekapan klinikal dan kelancaran aliran kerja yang lebih baik
  • Kedalaman imbasan 30mm dan pengimejan warna 10-bit — ketepatan klinikal yang jelas
  • Pengimbasan berterusan jangka panjang dengan sekali cas — pengurusan bateri pintar
  • Wi-Fi 6E terbina dalam — sambungan berkelajuan tinggi yang lancar

i900 Mobility dan Medit Link Express bersama-sama mentakrifkan semula erti mobiliti dalam bidang pergigian, membentuk semula bagaimana pengimbasan disesuaikan dengan amalan harian. Sama ada di sisi kerusi, antara kakitangan klinikal, mudah bergerak antara persekitaran, atau melangkah melangkaui klinik tradisional, ia merupakan cara yang lebih lancar dan responsif untuk berfungsi. Inilah pengimbasan, dikuasakan oleh mobiliti sebenar.

Prapesanan untuk Medit i900 Mobility dimulakan pada 1 Ogos 2025, dengan penghantaran dijangkakan bermula pada 1 September, ketersediaan mungkin berbeza-beza mengikut wilayah. Medit Link Express akan tersedia untuk dimuat turun daripada Apple App Store mulai 1 September. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, kunjungi www.medit.com.

Latar Belakang Medit 
Medit ialah penyedia bertaraf global bagi pengimbas intraoral 3D dan penyelesaian pergigian digital berdasarkan teknologi proprietari. Syarikat ini menyokong aliran kerja kolaboratif antara klinik pergigian dan makmal melalui penyelesaian perkakasan dan perisian yang inovatif. Beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan, sejak tahun 2000, Medit mempunyai kehadiran global yang kukuh melalui pejabatnya di benua Amerika dan Eropah serta rangkaian pengedar yang menjangkau lebih 100 negara.

Source: Medit
Related Stocks:
Korea:261200
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Medical Equipment Mobile Entertainment New products/services