omniture

Vantage Diberi Penghormatan dengan "Platform Perdagangan Terkawal Terbaik" di Wealth Expo Ecuador 2025

Vantage
2025-08-01 11:25 64

PORT VILA, Vanuatu, 1 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets dengan bangganya membuat penampilan sulung yang berjaya di Wealth Expo Ecuador 2025 yang diadakan pada 19 Julai di Quorum Convention Center di Quito. Sebagai penaja utama acara ini, Vantage memaparkan kehadirannya di acara ini dan diberi penghormatan menerusi anugerah "Platform Perdagangan Terkawal Terbaik" oleh Wealth Expo Ecuador 2025* yang mengesahkan sekali lagi komitmennya terhadap standard perdagangan global dan perkhidmatan pelanggan.

Vantage Honored with Best Regulated Trading Platform at Wealth Expo Ecuador 2025
Vantage Honored with Best Regulated Trading Platform at Wealth Expo Ecuador 2025

Acara ini menghimpunkan ratusan pedagang, pelabur dan ahli profesional teknologi kewangan (fintech) di seluruh rantau ini, menawarkan platform untuk perkongsian pengetahuan dan perangkaian industri. Pada sebelah malam sebelum berlangsungnya ekspo ini, Vantage menganjurkan majlis koktel eksklusif di mana pelanggan, rakan kongsi dan pihak berkepentingan berkumpul untuk sebuah malam perbualan santai dan membina hubungan yang utuh dalam ekosistem kewangan Ecuador.

Vantage merancakkan suasana dengan pengaktifan di-reruai interaktif yang menarik aliran pengunjung yang berterusan. Bahagian tengah: mesin rafel udara yang dipenuhi dengan tiket berkibar-kibar. Peserta berlumba melawan masa untuk merebut tiket yang memenangi hadiah. Lebih 150 hadirin pulang dengan kit barangan Vantage edisi terhad, manakala tiga pemenang bertuah mendapat tiket emas yang boleh ditebus untuk pengalaman kelas koktel yang eksklusif dan setiap seorang boleh mengundang tetamu pilihan mereka.

Vantage brought the Energy with an Interactive In-booth Activation
Vantage brought the Energy with an Interactive In-booth Activation

Rodrigo Martínez, Ketua Pasukan Pembangunan Perniagaan, menyampaikan ucaptama yang menarik bertajuk "Vantage: Smart Copy Trading Within Everyone's Reach" ("Vantage: Perdagangan Salinan Pintar Dalam Jangkauan Semua Orang") Ceramahnya membongkar faedah-faedah teknologi perdagangan salinan dan bagaimana Vantage menjadikan strategi-strategi termaju boleh dicapai oleh semua.

Dalam satu bengkel khusus, Juan Manuel Gonzalez, Penganalisis Pasaran Pertumbuhan Hubungan Pelanggan, mengetuai sesi mengenai pengurusan emosi dan psikologi perdagangan, memberikan pandangan praktikal kepada para hadirin untuk mengurus cabaran psikologi dan pembuatan keputusan semasa di bawah tekanan.

Juan Flores, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kanan, menyertai perbincangan panel: "How Is the World of Trading Changing? New Opportunities for Today's Investor" ("Bagaimana Dunia Perdagangan Berubah? Peluang Baharu untuk Pelabur Hari Ini.") Beliau berkongsi perspektif pakar berkaitan peralihan trend perdagangan, jangkaan pelanggan dan bagaimana Vantage membantu pelabur untuk terus mendahului perubahan.

Rodrigo Martínez, Business Development Team Lead, Delivered a Compelling Keynote
Rodrigo Martínez, Business Development Team Lead, Delivered a Compelling Keynote

Wealth Expo Ecuador terbukti merupakan platform berimpak tinggi untuk Vantage berhubung dengan komuniti pedagang yang semakin berkembang, mempamerkan inovasi produk dan menonjolkan komitmennya terhadap landskap kewangan yang sentiasa berkembang.

"Kemenangan Platform Perdagangan Terkawal Terbaik di Wealth Expo Ecuador 2025 merupakan satu pengiktirafan yang bermakna terhadap usaha kami untuk menggalakkan kepercayaan, keselamatan dan inovasi pelanggan di peringkat global," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets. "Kami tetap memberi tumpuan untuk menyediakan pedagang dengan alatan, pendidikan dan ketelusan bagi menyokong keputusan perdagangan termaklum."

Dengan momentum daripada Wealth Expo Ecuador 2025, Vantage terus meningkatkan kesedaran jenama, menyokong inisiatif pendidikan kewangan dan terlibat dengan komuniti perdagangan jika dibenarkan.

* Anugerah ini tidak membayangkan kelulusan kawal selia tempatan di Ecuador.

Latar Belakang Vantage 

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan yang andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.

berdagang lebih bijak @vantage 

AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards Trade show news Financial Technology