![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 2 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Pembangun dan penerbit permainan global Smilegate mengumumkan pelancaran rasmi MMORPG baharunya, "LORDNINE: Infinite Class" (dibangunkan oleh NX3GAMES) di rantau Asia.
Wilayah-wilayah perkhidmatan rasmi termasuk Filipina, Thailand, Indonesia, Malaysia, Jepun, Singapura, Kemboja, Myanmar dan Laos, menyaksikan pengembangan global berskala penuh susulan kejayaan pelancaran pada tahun lalu di Korea dan wilayah Taiwan.
LORDNINE membawakan sistem "Infinite Class" unik yang membolehkan pengguna mencipta watak mereka sendiri dengan menggabungkan lebih 60 kelas dan 52 kebolehan secara bebas. Pengguna boleh menentukan gaya tempur dan laluan kemajuan mereka sendiri, seterusnya menikmati kebebasan tatamain yang luas serta elemen strategik yang mendalam.
Versi mudah alih LORDNINE boleh diakses dengan memuat turun permainan ini melalui App Store atau Google Play dan versi PC melalui platform STOVE. Permainan ini menyokong tatamain rentas platform penuh antara peranti mudah alih dan PC, seterusnya memberikan tatamain yang lancar dan konsisten merentas semua peranti.
Jae Young Han, Pengarah Smilegate Megaport menyatakan, "LORDNINE adalah lebih daripada sekadar permainan yang menyeronokkan — ia merupakan MMORPG yang dipacu oleh pertumbuhan dan ekonomi yang diterajui pemain." Beliau juga berkata, "Berdasarkan tatamain yang terbukti dan kejayaan di Korea serta wilayah Taiwan, kami akan berusaha untuk memberikan pengalaman tatamain yang berkualiti tinggi kepada lebih ramai pemain di serata dunia."
Sejak dilancarkan di Korea dan wilayah Taiwan pada Julai tahun lalu, LORDNINE memberi impak yang ketara dengan mengatasi 4 juta pengguna kumulatif. Khususnya, ia menarik perhatian yang kukuh di Korea, menduduki kedudukan #1 bagi hasil RPG di App Store dan Google Play. Ia juga diiktiraf atas kualiti dan popularitinya dengan dinamakan sebagai 'MMORPG Imersif Terbaik' di SensorTower APAC Awards 2024 yang dihoskan oleh firma analitis data mudah alih global SensorTower.
Smilegate bekerjasama dengan platform perdagangan C2C LINE, Next Market untuk mengintegrasikan sistem pasaran global dalam LORDNINE. Sistem ini membolehkan pengguna di seluruh dunia bertukar-tukar item secara bebas dan terlibat dalam aktiviti ekonomi tanpa mengira pelayan atau wilayah. Sistem pertukaran global berasaskan Next Market ini khususnya merupakan ciri yang jarang ditemui dalam MMORPG semasa dan dijangka akan meningkatkan aspek keselamatan dan kemudahan pertukaran antara pemain merentas sempadan.
Di samping pelancaran ini, Smilegate melantik pelakon popular Thai, Peach Pachara(Pachara Chirathivat), sebagai model rasmi untuk LORDNINE. Peach menggamit perhatian dengan berubah menjadi watak dari dunia LORDNINE dalam kempen aksi langsung. Jangkaan pengguna meningkat apabila Peach mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pelancaran, seperti iklan luar, kandungan video serta acara dalam permainan.
Maklumat lanjut mengenai acara dan permainan boleh ditemui di laman web LORDNINE rasmi (https://l9asia.onstove.com/) dan saluran YouTube (https://www.youtube.com/@LORDNINE_GLOBAL).