omniture

Noah Holdings dan ARK Wealth Anjur Sidang Kemuncak Pengurusan Kekayaan dan Pewarisan China Global Sulung di Singapura

Noah Holdings Limited
2025-08-02 23:35 64

—— Membentuk Strategi Peruntukan Bingkas dan Inovatif demi Masa Depan 

SINGAPURA, 2 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Platform pengurusan kekayaan global Noah Holdings Limited ("Noah" atau "Syarikat") (NYSE: NOAH, HKEX: 6686) untuk pelabur Cina global, ARK Wealth Management ("ARK Wealth") mengadakan Sidang Kemuncak Pengurusan Kekayaan dan Pewarisan China Global ARK ("Sidang Kemuncak") pada 1 Ogos 2025 di Ritz-Carlton, Singapura.


Acara ini merupakan acara antarabangsa besar pertama Syarikat ini sejak menubuhkan ibu pejabat luar negaranya untuk ARK Wealth di Singapura awal tahun ini dan membawa erti yang istimewa kerana ia bertepatan dengan ulang tahun ke-60 kemerdekaan Singapura. Bagi memperingati peristiwa penting ini, Noah Philharmonic Orchestra mengadakan konsert amal di pusat seni persembahan Esplanade – Theatres on the Bay bagi memberi penghormatan budaya kepada negara kota ini serta mencerminkan komitmen jangka panjang Noah dan juga ARK Wealth terhadap wilayah ini.

Dihadiri oleh kira-kira 500 pelabur, eksekutif, ahli akademik dan ahli profesional pengurusan kekayaan dari seluruh dunia, Sidang Kemuncak ini menampilkan hampir 30 penceramah yang menumpukan pada tema-tema utama yang membentuk landskap kewangan hari ini, termasuk arah aliran makroekonomi, strategi pelaburan sewaktu keadaan bergolak, pemindahan kekayaan berbilang generasi dan anjakan struktur yang dipacu inovasi yang memberi impak terhadap pasaran modal.

Jingbo Wang, Pengasas Bersama dan Pengerusi Noah Holdings, mengulas: "Selama 20 tahun, Noah tetap menyokong pelanggan kami dalam menempuh perubahan global. Penganjuran Sidang Kemuncak sulung ini di Singapura semasa sambutan ulang tahunnya yang ke-60 bukan sahaja merupakan satu penghormatan kepada peranan unik negara kota ini sebagai hab kewangan global, tetapi juga penegasan semula komitmen jangka panjang kami untuk membina kepercayaan dan kebingkasan buat pelabur Cina global."


Zander Yin, Ketua Pegawai Eksekutif Noah Holdings Limited, menambah, "Ini bukan sekadar sebuah perhimpunan; ia merupakan petanda yang strategik. Singapura bukan sahaja merupakan ibu pejabat luar negara baharu kami, tetapi juga hab yang penting untuk memupuk perbincangan rentas sempadan mengenai kekayaan, kepercayaan dan kebingkasan. Tatkala pelabur Cina global menghadapi ketakpastian yang semakin meningkat, kami percaya peruntukan aset strategik, penjajaran teknologi dan penerimaan pandangan jangka panjang akan mentakrifkan babak yang seterusnya dalam pengurusan kekayaan yang bertanggungjawab."

Perspektif Global: Kebingkasan dalam Era Pergolakan Ekonomi

Para penceramah global yang terkemuka memulakan sidang kemuncak ini dengan berkongsi pandangan mereka mengenai bagaimana pelabur boleh mengemudi ekonomi global yang pelbagai kutub dan retak.

Jim Rogers, pelabur, pengulas kewangan dan Pengasas Bersama Quantum Fund meneliti tentang corak berulang dalam sejarah dan kepentingan pempelbagaian geografi serta pelaburan bercanggah dengan menegaskan, "Sejarah tidak mengulangi perkataan demi perkataan namun kisahnya sudah tidak asing lagi. Perhatikan ke mana arah tuju wang itu dan jangan bimbang menanti saat yang tepat."

Profesor Danny Quah, Profesor Li Ka Shing dalam Ekonomi di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, National University of Singapore, meneroka peranan Asia yang semakin meningkat dalam tatanan global, dengan menyatakan, "Pusat graviti global bergerak ke arah timur, bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga dalam hal penggubalan dasar serta inovasi. Multilateralisme tidaklah lenyap; ia ditakrifkan semula. Ini memberikan peluang dan juga tanggungjawab kepada pemegang kekayaan di rantau ini."

Dalam satu sesi perbualan santai yang dirakamkan terlebih dahulu bersama Zander Yin, Pengarang The Black Swan dan Antifragile, Nassim Nicholas Taleb meneroka bagaimana pelabur boleh berkembang maju dalam keadaan yang kelam-kabut. Berdasarkan pengalamannya menjalani kehidupan pada zaman perang saudara Lubnan pada tahun 70-an, Taleb menyatakan bahawa krisis sering kali tidak dapat diramalkan, bukan kerana tiada tanda-tanda amaran, tetapi lantaran kerentanan yang diabaikan. Beliau menggalakkan pelabur Cina untuk mengguna pakai strategi barbel—menggabungkan aset ultra-selamat dengan pertaruhan asimetri, berisiko tinggi yang mendapat manfaat daripada ketaktentuan. Bagi membina kebingkasan dalam struktur kekayaan, beliau menekankan kepentingan desentralisasi, leveraj rendah dan opsyenaliti yang tinggi—prinsip-prinsip yang kritikal untuk mengemudi dunia yang semakin kompleks dan rapuh.

Laporan CIO: Lindung Nilai Terhadap Inflasi hinggalah Deflasi Dipacu Teknologi

Semasa berlangsungnya sidang kemuncak ini, ARK Wealth mengeluarkan Laporan CIO H2 2025 yang menggariskan anjakan asas daripada peruntukan aset terlindung nilai inflasi kepada paradigma deflasi teknologi. Laporan ini membincangkan bahawa walaupun dua dekad yang lalu memfokuskan pada perlindungan nilai terhadap inflasi dan peruntukan kepada aset terlindung nilai inflasi, tempoh dua puluh tahun akan datang dapat ditakrifkan dengan memahami, menerima dan memanfaatkan deflasi yang didorong oleh kemajuan teknologi.

Panel Tematik: Mengemudi Inovasi, Transformasi Digital dan Pengembangan Global

Satu siri perbincangan panel yang mendalam menghimpunkan pakar-pakar terkemuka bagi meneroka bagaimana teknologi memuncul, geopolitik yang berubah-ubah, tenaga boleh baharu dan aset alternatif membentuk semula portfolio serta peruntukan modal. Perbincangan mencakupi kebingkasan kredit swasta, kualiti infrastruktur lindung nilai-inflasi, peluang tenaga bersih, evolusi aset digital dan tokenisasi, kerangka untuk peruntukan aset alternatif dan peranan pengupaya Singapura sebagai landasan pelancaran untuk strategi global Noah. Sesi-sesi interaktif mencetuskan pertukaran yang berharga, dengan para audiens memperoleh pemahaman yang boleh diambil tindakan untuk mengemudi cabaran serta peluang di hadapan.

Memandang ke Hadapan 

Kejayaan Sidang Kemuncak sulung ini menggambarkan perspektif global Syarikat, pendekatan berpandangan jauh terhadap pengurusan kekayaan strategik dan komitmennya untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelabur Cina global merentas geografi dengan kepercayaan, kecanggihan dan perkongsian jangka panjang.

- Tamat -

Latar Belakang Noah Holdings Limited dan ARK Wealth Management 

Noah Holdings Limited (NYSE: NOAH dan HKEX: 6686) ialah penyedia perkhidmatan pengurusan kekayaan yang terkemuka dan perintis yang menawarkan perkhidmatan nasihat sehenti yang komprehensif mengenai pelaburan global dan peruntukan aset terutamanya untuk pelabur bernilai bersih tinggi Cina global. Saham simpanan Amerika Noah, atau ADS, disenaraikan di Bursa Saham New York di bawah simbol "NOAH" dan sahamnya disenaraikan di papan utama Bursa Saham Hong Kong di bawah kod saham "6686." Satu ADS mewakili lima syer biasa, dengan nilai tara $0.00005 sesaham.

ARK Wealth Management, subsidiari teras di bawah Noah Holdings Limited ialah penyedia yang terkemuka bagi perkhidmatan pengurusan kekayaan global, menawarkan penyelesaian kewangan sehenti untuk keluarga dan institusi Cina global bernilai bersih tinggi. Dengan falsafah berpusatkan pelanggan yang menekankan kebebasan serta profesionalisme, ARK tekal menginovasi tawaran produk dan perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan pelanggannya yang semakin berkembang, menyampaikan strategi pengurusan kekayaan yang sofistikated dengan matlamat untuk menjadi platform pengurusan kekayaan pilihan untuk pelabur Cina global.

Pada masa ini, ARK Wealth Management memiliki aset di bawah nasihat (AUA) bernilai lebih USD 8.7 bilion. Dengan pusat perkhidmatan di pelbagai negara dan wilayah, pasukan ARK yang terdiri daripada lebih 140 penasihat pelaburan global memfokuskan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan setempat yang disesuaikan untuk pelanggan.

Source: Noah Holdings Limited
Related Stocks:
NYSE:NOAH
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Trade show news Financial Technology