omniture

Daripada Data kepada Keputusan: Activeo dan XEBO.ai Takrifkan Semula Pengurusan Pengalaman di APAC

Activeo
2025-08-05 10:00 20

SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Activeo, firma perunding pengalaman pelanggan (CX) dan pengintegrasi sistem yang terkemuka, mengumumkan pada hari ini satu perkongsian yang strategik bersama XEBO.ai, perintis global bagi Pengurusan Pengalaman dikuasakan AI. Perjanjian ini memberi kedudukan kepada Activeo sebagai penjual semula XEBO.ai yang eksklusif di Singapura dan Malaysia, meletakkan asas untuk kitaran maklum-balas-kepada-tindakan yang lebih pintar, lebih pantas dan lebih setempat merentas perusahaan di rantau ini.

(From Left) Jonathan Mondon, Head of Enterprise at Activeo and Yash Sultania, Co-Founder & CEO at XEBO.ai
(From Left) Jonathan Mondon, Head of Enterprise at Activeo and Yash Sultania, Co-Founder & CEO at XEBO.ai

Daripada Kelesuan Maklum Balas kepada Perisikan Pengalaman

Tatkala jangkaan pelanggan melonjak dan ekosistem pengalaman menjadi semakin kompleks, perusahaan memperoleh terlalu banyak data namun amat memerlukan cerapan. Di seluruh APAC, banyak perusahaan yang bergelut untuk menyatukan program Suara Pelanggan (Voice of Customer, VoC) yang berpecah-pecah, menutup gelung maklum balas secara meluas dan bertindak mengikut sentimen pekerja pada masa nyata.

Perkongsian antara Activeo dan XEBO.ai ini secara langsung dapat menangani cabaran berkenaan, lalu menawarkan organisasi-organisasi dengan pendekatan yang lebih pintar dan lebih tangkas terhadap pengurusan pengalaman. Dengan menggabungkan platform AI-diutamakan XEBO.ai dengan penghantaran setempat serta kekuatan perundingan Activeo, akhirnya perusahaan dapat merapatkan jurang antara apa yang dikatakan oleh pelanggan dan apa yang dijalankan oleh perniagaan.

 Kedua-dua syarikat ini akan bersama-sama mengupayakan organisasi-organisasi untuk:

  • Menyerlahkan cerapan generasi akan datang dengan analitis VoC dikuasakan AI, memaparkan trend dan sentimen masa nyata merentas saluran.
  • Mempercepat masa untuk menilai melalui pelaksanaan setempat dan sokongan integrasi yang disampaikan oleh perunding serantau Activeo.
  • Mendorong tindakan secara meluas dengan papan pemuka disatukan yang menggabungkan maklum balas pelanggan dan pekerja menjadi hasil perniagaan yang boleh diukur.
  • Membina kepercayaan melalui penyetempatan dengan menggabungkan teknologi boleh skala XEBO.ai dengan pengetahuan mendalam Activeo berhubung nuansa budaya, kawal selia dan operasi di APAC.

Komitmen Bersama untuk Menukar Cerapan menjadi Impak Seluruh APAC

"Ini bukan sekadar perjanjian penjual semula, ia merupakan penjajaran strategik yang menguatkan visi pengalaman pelanggan kami di seluruh rantau ini," kata Jonathan Mondon, Ketua Perusahaan di Activeo. "Dalam landskap yang melaluinya perusahaan menerima terlalu banyak maklum balas namun kurang lengkap untuk bertindak ke atasnya, kami mengupayakan peralihan daripada pengumpulan data pasif kepada perisikan pengalaman yang proaktif. Dengan menggabungkan kekuatan penghantaran kami dengan platform AI-diutamakan XEBO.ai, kami memperkasakan pelanggan untuk mengoperasikan maklum balas dengan cara yang benar-benar membawa perubahan yang jelas, merentas perjalanan pelanggan dan juga perjalanan pekerja."

"Jalinan kerjasama bersama Activeo menandakan satu langkah yang penting daripada misi kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di Asia Tenggara," kata Yash Sultania, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif di XEBO.ai. "Dengan menggabungkan platform dikuasakan AI kami dengan kepakaran serantau Activeo yang mendalam, kami membolehkan jenama-jenama di Malaysia dan Singapura untuk benar-benar mendengar, memahami dan bertindak dengan empati pada setiap titik sentuhan."

Memandang ke hadapan, kedua-dua syarikat merancang untuk meninjau peluang kolaborasi yang selanjutnya, termasuk liputan geografi yang diperluas dan integrasi teknologi yang lebih mendalam. Tatkala penerimagunaan AI menjadi semakin pantas dan jangkaan pelanggan meningkat, perkongsian ini menjadi asas yang kukuh untuk transformasi perusahaan yang berpaksikan kepercayaan, cerapan tempatan dan hasil perniagaan yang boleh diukur.

Latar Belakang Activeo 

Activeo memperkasakan organisasi-organisasi di seluruh APAC dan di peringkat global untuk mentransformasikan pengalaman pelanggan dan mempercepat inovasi digital. Sebagai pengintegrasi sistem yang saksama dengan kepakaran perundingan mendalam selama lebih 12 tahun serta lebih 300 projek yang berjaya, Activeo menyokong pelanggan perusahaan dan juga pelanggan kerajaan menerusi gabungan penyelesaian yang holistik merentas Pengalaman Pelanggan, Keterlibatan Pelanggan, Tempat Kerja Digital, Perundingan IT dan Data Pelanggan. Kami memilih sendiri teknologi terbaik yang sejajar dengan objektif perniagaan anda, menjamin penyelesaian yang bingkas pada masa depan dengan kekangan vendor yang minimum.

Latar Belakang XEBO.ai 

XEBO.ai menawarkan platform Pengurusan Pengalaman dikuasakan AI yang meningkatkan pengalaman pelanggan dan pekerja merentas setiap titik sentuh. Dipercayai oleh jenama-jenama seperti BMW, Bupa Arabia dan VISA, ia menyatukan maklum balas, mengurangkan pulangan pelanggan dan menyampaikan cerapan melalui penyelidikan digital dan panel audiens global. Menawarkan perkhidmatan kepada industri-industri seperti perbankan, penjagaan kesihatan dan e-dagang, XEBO.ai menukar data menjadi tindakan — dan pengkritik menjadi pendorong.

Source: Activeo
Keywords: Computer/Electronics Contracts Data Analytics Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things