SHANGHAI, 6 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau mengumumkan satu kemajuan penting dalam inovasi kuasa angin: prototaip turbin pintar dalam pesisir dua bilah generasi akan datang telahpun mencapai operasi yang stabil selama lebih 500 hari, dengan kadar kebolehsediaan 99.3% yang luar biasa, MTBT selama 2,444 jam dan jam beban penuh setara mencecah 3,048 jam setahun. Prestasi lapangan mengesahkan bahawa turbin dua bilah ini setanding dengan mesin tiga bilah tradisional yang beroperasi di tapak yang sama.
Turbin ini dibina berdasarkan platform dalam pesisir Model X daripada Envision yang membawakan reka bentuk modular serta teknologi DFIG (Penjana Aruhan Dua Suapan) berkelajuan tinggi dengan kestabilan yang dipertingkat. Direka bagi tujuan prestasi yang tinggi, pembinaan yang ringan serta kecekapan peringkat sistem, ia menawarkan penyelesaian tenaga bersepadu yang kompetitif untuk aplikasi kuasa hijau terpelbagai.
"Dengan mengatasi cabaran teknikal yang utama seperti getaran sistem yang berlebihan dan ketakseimbangan beban - halangan yang sudah sekian lama menghambat reka bentuk dua bilah, Envision sekali lagi mentakrifkan semula inovasi kuasa angin dengan menjadi yang pertama dalam industri ini yang menunjukkan penentusahan operasi dalam tempoh jangka panjang bagi turbin dua bilah generasi akan datang," kata En. Lou Yimin, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Produk di Envision Energy.
Perjalanan Envision bersama teknologi turbin dua bilah bermula sejak lebih sedekad yang lalu. Pada tahun 2012, Pusat Inovasi Global (GIC) syarikat ini di Denmark membangunkan dengan jayanya "Game Changer" - turbin dua bilah luar pesisir 3.6 MW - menjadi salah satu penginovasi global pertama yang merintis reka bentuk tak lazim ini dalam nusa teras industri angin. Sejak prototaip ini dipasang pada tahun 2013, Envision mengumpul pengetahuan mengenai pembangunan produk dan operasi yang penting, seterusnya meletakkan asas untuk turbin dua bilah generasi baharunya.
Bagi membawakan teknologi baharu bermula daripada konsep hinggalah pengkomersialan, pengesahan yang meluas merupakan perkara yang amat penting. Turbin dua bilah Envision menjalani ujian yang ketat selama berbulan-bulan dan operasi lapangan dunia sebenar selama hampir dua tahun di pusat penentusahan kuasa angin pintarnya yang disokong oleh sistem pengesahan berbilang peringkat, proses penuh dan untuk semua keadaan. Khususnya, dengan menggunakan salah satu rig ujian muatan sistem penuh berbilang darjah kebebasan yang pertama dalam industri ini, Envision mentakrifkan berpuluh-puluh keadaan kendalian dua bilah yang unik, selain memfokuskan pada metrik prestasi yang kritikal. Semua parameter dirancang, diuji dan disahkan secara sistematik bagi memastikan kematangan teknologi serta kesediaan untuk pasang atur komersial.
Turbin dua bilah generasi baharu daripada Envision menawarkan alternatif baharu kepada model tiga bilah konvensional, terutamanya dalam senario yang melaluinya kecekapan kos, kebolehangkutan dan pasang atur modular menjadi aspek yang paling utama. Kemajuan ini mengesahkan sekali lagi kepimpinan Envision dalam inovasi angin global serta komitmennya untuk mempercepat peralihan kepada sifar bersih melalui teknologi tenaga bersih generasi akan datang.