omniture

Groq dan HUMAIN Lancarkan Open Models Day Zero, Sebuah Inisiatif Terbaharu OpenAI

Groq
2025-08-06 15:27 61

Tersedia di seluruh dunia dengan prestasi masa nyata, kos rendah dan sokongan tempatan di Arab Saudi.

PALO ALTO, Calif. dan RIYADH, Arab Saudi, 6 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Groq, peneraju dalam inferens pantas, dan HUMAIN, syarikat milik PIF serta penyedia perkhidmatan AI terkemuka di Arab Saudi, hari ini mengumumkan ketersediaan segera dua model terbuka OpenAI di GroqCloud. Pelancaran ini menyampaikan gpt-oss-120B dan gpt-oss-20B dengan konteks penuh 128K, respons masa nyata, dan alat pelayan terbina yang berfungsi secara langsung di platform inferens yang dioptimumkan oleh Groq sejak hari pertama.

Groq is the AI inference platform designed so customers can build fast, with the unmatched capacity and low cost to scale.
Groq is the AI inference platform designed so customers can build fast, with the unmatched capacity and low cost to scale.

Groq telah lama menyokong usaha sumber terbuka OpenAI, termasuk pelaksanaan skala besar Whisper. Pelancaran ini membina atas asas tersebut, membawa model terbaru mereka ke peringkat produksi dengan akses global dan sokongan tempatan melalui HUMAIN.

"OpenAI sedang menetapkan piawaian prestasi baharu dalam model sumber terbuka," kata Jonathan Ross, Ketua Pegawai Eksekutif Groq. "Groq dibina untuk menjalankan model seperti ini dengan pantas dan pada kos yang berpatutan, supaya pembangun di seluruh dunia boleh menggunakannya sejak hari pertama. Bekerjasama dengan HUMAIN memperkukuh akses dan sokongan tempatan di Kerajaan Arab Saudi, memperkasakan pembangun di rantau ini untuk membina dengan lebih bijak dan pantas."

"Groq memberikan kelajuan inferens yang tiada tandingan, kebolehskalaan, dan kecekapan kos yang kami perlukan untuk membawa AI termaju ke Kerajaan," kata Tareq Amin, Ketua Pegawai Eksekutif HUMAIN. "Bersama-sama, kami memacu gelombang baharu inovasi Saudi yang dikuasakan oleh model sumber terbuka terbaik dan infrastruktur untuk menskalakannya ke peringkat global. Kami berasa berbesar hati kerana dapat menyokong kepimpinan OpenAI dalam AI sumber terbuka."

Dibina untuk keupayaan model penuh

Untuk memanfaatkan sepenuhnya model baharu OpenAI, Groq menyediakan konteks lanjutan dan alat terbina seperti pelaksanaan kod dan carian web. Carian web membantu menyediakan maklumat relevan secara masa nyata, manakala pelaksanaan kod membolehkan penaakulan dan aliran kerja yang kompleks. Platform Groq menyediakan keupayaan ini sejak hari pertama dengan panjang konteks penuh 128k token.

Prestasi harga yang tidak tiada tandingan

Timbunan khusus Groq menyediakan kos per token terendah untuk model baharu OpenAI sambil mengekalkan kelajuan dan ketepatan.

gpt-oss-120B kini berjalan pada 500+ t/s dan gpt-oss-20B kini berjalan pada 1000+ t/s di GroqCloud

Groq menawarkan model sumber terbuka terbaru OpenAI pada harga berikut:

  • gpt-oss-120B: $0.15 / sejuta token input dan $0.75 / sejuta token output
  • gpt-oss-20B: $0.10 / sejuta token input dan $0.50 / sejuta token output

Nota: Untuk masa terhad, penggunaan alat bersama model sumber terbuka OpenAI tidak akan dikenakan caj. Ketahui lebih lanjut di groq.com/pricing.

Global sejak hari pertama

Jejak pusat data global Groq merangkumi Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah, memastikan inferens AI yang boleh dipercayai dan berprestasi tinggi di mana sahaja pembangun beroperasi. Melalui GroqCloud, model sumber terbuka OpenAI kini tersedia di seluruh dunia dengan kependaman minimum.

Maklumat tentang Groq

Groq ialah platform inferens AI yang mentakrifkan semula prestasi berbanding harga. LPU dan awan yang dibina khas oleh Groq direka khusus untuk menjalankan model berkuasa secara serta-merta, boleh dipercayai dan pada kos per token terendah, tanpa sebarang kompromi. Lebih 1.9 juta pemaju mempercayai Groq untuk membina dengan pantas dan lebih bijak.

Butiran Hubungan: pr-media@groq.com

Maklumat tetang HUMAIN

HUMAIN, sebuah syarikat di bawah PIF, ialah syarikat kecerdasan buatan global yang menyediakan keupayaan AI penuh merentas empat bidang teras – pusat data generasi baharu, infrastruktur berprestasi tinggi & platform awan, model AI termaju termasuk LLM multimodal bahasa Arab paling canggih di dunia, serta penyelesaian AI transformatif yang menggabungkan pemahaman mendalam sektor dengan pelaksanaan dunia sebenar.

Model hujung ke hujung HUMAIN berkhidmat untuk organisasi sektor awam dan swasta, membuka nilai eksponen merentas semua industri, memacu transformasi dan memperkukuh keupayaan melalui sinergi manusia-AI. Dengan portfolio produk AI khusus sektor yang semakin berkembang dan misi teras untuk menerajui kepimpinan harta intelek serta kecemerlangan bakat di peringkat global, HUMAIN direka untuk daya saing global dan keunggulan nasional.

www.humain.ai

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2725167/Groq_Logo_No_Trademark.jpg?p=medium600

Source: Groq
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things