VANCOUVER, Washington, 6 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Xencelabs, jenama yang mengkhusus untuk memperkasakan artis dengan alatan lukisan digital premium dan terbaik dalam kelasnya, mengumumkan pelancaran Pen Display 24+ Xencelabs pada hari ini. Direka sebagai "Pilihan Baharu untuk Golongan Kreatif Studio," paparan rintis ini mempunyai teknologi penentukuran warna Calman Ready terbina-dalam. Ciri yang pertama dalam industri untuk paparan pen ini akan memberikan ketepatan warna yang tiada tandingan dan penentukuran peringkat perkakasan yang dapat meningkatkan kecekapan aliran kerja dalam industri-industri profesional seperti fotografi, ilustrasi, animasi, kesan visual, penggambaran, permainan, seni reka perindustrian dan bidang-bidang kreatif kritikal-ketepatan warna yang lain.
Pertama dalam Industri daripada Xencelabs
Bagi memenuhi keperluan terhadap ketepatan warna dalam era digital serta permintaan daripada pengguna Xencelabs, Pen Display 24+ mengutamakan pengurusan warna untuk golongan profesional kreatif yang menggunakan paparan lukisan. Dibangunkan melalui kolaborasi bersama Portrait Displays, penyelesaian Calman Ready terbina dalam mengupayakan penentukuran peringkat perkakasan terus pada paparan. Dengan menyimpan data penentukuran (contohnya LUT) pada peranti, artis mencapai fideliti warna gred Hollywood yang konsisten merentas peranti dan aliran kerja sepanjang masa.
Ketepatan Warna Gred-Studio, Dipermudah
Proses penentukuran warna diperkemas dengan ciri-ciri automatik: pengguna menyambungkan Portrait Display C6 HDR5000 atau kolorimeter yang serasi dengan perisian Calman® Professional[1] yang boleh memintas pelarasan peringkat OS yang kompleks dan gangguan perisian, lalu memastikan warna-warna tampak hidup memenuhi standard seperti Adobe RGB, DCI-P3, Rec. 709, Rec. 2020 dan sRGB. Selain daripada sokongan ruang warna yang disebut di atas, Pen Display 24+ turut menyokong palet disahkan Pantone® dan realisme diperakui SkinTone™. Dengan keserasian yang baru dikemas kini ini, Pen Display 24+ Xencelabs mengorak langkah yang kritikal ke hadapan buat pencipta profesional yang bekerja di studio filem, syarikat gergasi penstriman dan firma reka bentuk di seluruh dunia.
Melangkaui Warna: Pengalaman Melukis Premium, Bertaraf Dunia
Siri Pen Display 24 menyediakan reka bentuk dan pengalaman yang difikirkan dengan teliti untuk setiap aspek dalam perjalanan kreatif:
Direkayasa untuk Produktiviti dan Keselesaan
Pen Display 24+ mengutamakan kreativiti tanpa gangguan dengan aliran kerja ergonomik yang berorientasikan perincian:
Segala-gala Yang Anda Perlukan, Disertakan
Setiap Pen Display 24+ menyertakan dua Pen v2, alat kawalan jauh Quick Keys, Penyokong Condong, Sarung Pen, dongel Bluetooth, mata pen, sarung tangan lukisan, kain pembersih dan semua kabel, lalu menghapuskan keperluan untuk membeli aksesori tambahan. Kensington MicroSaver® 2.0 Lock Slot pada Pen Display dan Kensington NANO® Security Slot™ pada alat kawalan jauh Quick Keys bagi tujuan perlindungan tambahan daripada kecurian atau kehilangan.
Harga dan Ketersediaan
Pen Display 24+ Xencelabs tersedia sekarang dengan harga $1,899 USD. Untuk spesifikasi dan pembelian serantau, kunjungi www.xencelabs.com
Latar Belakang Xencelabs
Ditubuhkan pada tahun 2019 oleh veteran industri daripada bidang animasi, ilustrasi dan seni reka perindustrian, Xencelabs mencipta alat lukisan digital premium untuk golongan profesional di seluruh dunia. Dijual di lebih 40 negara, produk-produknya memperkasakan artis untuk "Mencipta Apa Anda Impikan" ("Create What You Dream") melalui inovasi tanpa henti dan reka bentuk yang didorong oleh artis. Langgan akaun sosial Xencelabs di media sosial dan terokai pengalaman termaju yang layak diterima oleh hasil kerja kreatif anda. Kunjungi untuk mengetahui lebih lanjut www.xencelabs.com
|
[1] Pengguna perlu membeli perisian Calman® Professional (Calman Studio dan Calman Ultimate) yang disediakan oleh Portrait Displays. Untuk keserasian dan penggunaan perisian, sila rujuk https://www.portrait.com/calman-ready/, https://www.portrait.com/calman-professional/ dan https://www.portrait.com/resource-center/meter-compatibility-in-calman/ . |
| [2] Semak Laman | HP Anyware Support dan Berhubung dengan Kerja atau Permainan dari Mana-mana Sahaja | Parsec untuk maklumat lanjut mengenai perisian dan keserasian. |