CHONGQING, China, 7 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 4 Ogos, "Majlis Pelancaran Open The Way With AITO" telahpun diadakan secara besar-besaran bertempat di SERES Super Factory di Chongqing. Sebagai jenama kenderaan pintar mewah yang dicipta di Chongqing, perjalanan ASEAN oleh AITO menandakan bukan sahaja usaha mempercepat proses kenderaan buatan Chongqing menuju ke persada global, bahkan turut menunjukkan amalan yang utama sebagai respons kepada Inisiatif Jalur dan Jalan.
Mengimbas kembali tahun lalu, "Eurasian Tour with AITO" telahpun berlangsung selama 38 hari, merentasi 12 negara dan menempuh jarak sejauh 15,000 kilometer, seterusnya memuncak kemunculan sulungnya di Pameran Motor Paris—bagi menunjukkan kekuatan kenderaan mewah tenaga baharu China di pentas global. Tahun ini, kumpulan pengangkutan AITO akan memulakan perjalanan ke arah selatan dari SERES Super Factory di Chongqing, melintasi daratan yang begitu luas di Asia Tenggara.
Tahun 2025 menyaksikan ulang tahun ke-75 penubuhan hubungan diplomatik antara Republik Rakyat China dan Republik Indonesia. Bagi merebut peluang ini, jenama AITO, sebagai penjelajah dalam sektor kenderaan tenaga baharu mewah China menyasarkan untuk menggunakan automobil sebagai medium untuk memulakan dialog yang mendalam dan pertukaran budaya bersama pengguna di negara-negara sepanjang laluan.
Leon He, Presiden SERES Automobile menyatakan bahawa jelajah ASEAN ini penting secara strategik untuk SERES kerana ia meluaskan jejaknya ke seluruh Asia Tenggara. SERES akan terus berhubung dengan ASEAN melalui inovasi teknologi dan pembuatan pintar, seterusnya memaparkan falsafah AITO iaitu kecerdasan mentakrifkan semula kemewahan dan penanda aras baharu untuk pembuatan pintar China yang menuju ke peringkat global.
Bagi menghadapi cabaran jalan raya yang kompleks di Asia Tenggara—bermula daripada kawasan bandar yang sesak, jalan gunung yang berliku-liku dan sempit, hinggalah laluan hutan hujan tropika yang berlumpur dan licin—kenderaan AITO dibina agar dapat mengendalikan senario ini dengan yakin menerusi teknologi pintar dan canggih mereka. Membawakan casis premium yang dilengkapi dengan Kawalan Peredam Berterusan (CDC) yang melaraskan kekukuhan ampaian secara dinamik bagi melicinkan bonggol dengan berkesan, AITO dapat memastikan pemanduan yang stabil dan juga selesa. Sementara itu, dikuasakan oleh teknologi Super Extended-Range Platform, enjinnya dapat mencapai kecekapan haba sebanyak 44.8% dan jarak pemanduan komprehensif melebihi 1,000 km, seterusnya memenuhi keperluan penambahan tenaga jarak jauh dengan mudah.
AITO juga akan mengambil peluang daripada acara ini untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang pasaran luar negara, mendengar suara pengguna tempatan dan mengoptimumkan produk serta perkhidmatan, lalu memastikan teknologi pintar China dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna global. Dalam era baharu yang mengalami transformasi global yang pesat menuju mobiliti pintar dan elektrik, AITO bersedia untuk berkolaborasi dengan rakan kongsi luar negara, dipacu oleh inovasi dan dikuasakan oleh teknologi untuk bersama-sama mempromosikan ekosistem mobiliti pintar yang kian berkembang maju.
Memandang ke hadapan, AITO akan terus memupuk pasaran antarabangsa dengan pendekatan yang terbuka dan turut meneroka model kerjasama dalam bidang tenaga baharu — membawa teknologi pintar China merentas gunung serta lautan dan menjadikan setiap perjalanan lebih pintar, lebih selamat dan lebih mudah.