![]() |
SANTA MONICA, California dan SEOUL, Korea Selatan, 7 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, Smilegate mengumumkan bahawa ia telahpun menandatangani satu perjanjian bersama Absurd Ventures milik Dan Houser untuk menerbitkan di peringkat global permainan pengembaraan aksi cereka sains, dunia terbuka, AAA yang akan datang oleh studio ini berlatarkan sejagat A BETTER PARADISE yang membingungkan minda. Perkongsian ini menyusuli pelaburan strategik oleh Smilegate dalam Absurd Ventures yang diumumkan pada tahun lalu.
A BETTER PARADISE ialah sejagat yang begitu besar yang dicipta oleh Absurd Ventures, syarikat yang ditubuhkan oleh pengasas bersama Rockstar Games Dan Houser, iaitu bekas pengarah kreatif dan penulis utama bagi francais GRAND THEFT AUTO dan RED DEAD REDEMPTION, antara lain. Berdasarkan bakat studio ini dalam mencipta dunia dan watak naratif yang cukup luar biasa, A BETTER PARADISE sudahpun melahirkan satu siri fiksyen audio yang popular, A BETTER PARADISE Volume One: An Aftermath yang muncul buat julung kalinya dalam senarai kedudukan tertinggi carta Apple's Fiction serta turut memenangi Signal Award 2024 bagi Episod Terbaik Fiksyen Skrip. Absurd Ventures turut mengeluarkan novelisasi jilid pertama kisah A BETTER PARADISE yang akan dilancarkan pada Oktober 2025.
Ketika ini masih lagi di peringkat awal pembangunan, permainan video ini ditulis dan diarahkan secara kreatif oleh Houser di samping pasukan pembinaan dunia dan kreatifnya yang melibatkan rakan usaha sama sejak sekian lama Lazlow dan juga Michael Unsworth. Pembangunan permainan di Absurd Ventures ini diketuai oleh ketua studio veteran Greg Borrud yang sebelum ini merupakan Pengurus Besar Niantic dan pengasas bersama Pandemic Studios. Houser dan Borrud telah membina sebuah pasukan elit di studio Absurd Ventures dan projek permainan A BETTER PARADISE menawarkan bakat pembangunan permainan senior dengan pengalaman terdahulu daripada Bungie, Treyarch, Respawn, Insomniac, Riot dan ramai lagi, dengan kredit utama untuk permainan aksi dan pengembaraan terbaik dalam kelasnya seperti Call of Duty, Destiny 2, Valorant, Spider-Man 2, Hogwarts Legacy dan banyak lagi.
Bersama pasukan pembangunan terunggul, Absurd secara rasminya terlibat dalam pembangunan permainan AAA baharu ini yang didorong oleh visi kreatif yang bercita-cita tinggi serta mengujakan. Syarikat ini mengharapkan kepakaran dan pengalaman daripada Smilegate seperti yang dibuktikan oleh kejayaannya dalam industri permainan global untuk membawakan sinergi yang kukuh kepada perkongsian penerbitan strategik mereka. Susulan pelaburan ekuitinya dalam Absurd Ventures pada tahun lalu, Smilegate merancang untuk membuat pelaburan secara berskala penuh, termasuk pembiayaan pembangunan ke dalam projek A BETTER PARADISE bagi membantu menjamin kejayaan globalnya.
Sung Joon-ho, Ketua Pegawai Eksekutif Smilegate, berkata:
"Kami berasa teruja untuk menyahut cabaran baharu ini dalam pasaran permainan AAA global di samping Dan Houser dan Absurd. Kami yakin bahawa penceritaan yang kukuh mengenai sejagat ABP digabungkan dengan keupayaan pembangunan daripada pasukan Absurd akan menghasilkan judul yang luar biasa. Kami merupakan sebuah syarikat dengan DNA yang mengutamakan pembangun dan benar-benar memahami apa yang diperlukan oleh studio pembangunan," tegasnya. "Melalui perkongsian kami bersama Absurd, kami akan menyokong sepenuhnya projek permainan A Better Paradise dan melakukan yang terbaik untuk membantu mencipta judul baharu yang akan digemari oleh para pemain di seluruh dunia. Smilegate akan memanfaatkan pengalaman dan kejayaannya yang luas dalam pasaran global bagi memastikan projek ABP menjadi kejayaan yang disanjung di seluruh dunia."
Dan Houser, pengasas Absurd Ventures, menyatakan:
"Absurd Ventures ditubuhkan untuk menceritakan jenis cerita yang baharu serta berbeza dan untuk mencipta pengalaman asal yang menarik dan menambat perhatian seperti yang saya harapkan. Permainan baharu ini merupakan satu peluang untuk mengembara ke suatu tempat yang sama sekali berbeza dan membawa pemain dalam pengembaraan yang sama sekali baharu. Saya teruja untuk mengikuti perjalanan ini bersama pasukan hebat yang kami bina di sini di Absurd Ventures dan saya juga bersyukur kerana kami bekerjasama dengan Smilegate yang benar-benar memahami dan menyokong visi kami."
Kwon Hyuk-bin, Ketua Pegawai Berwawasan Smilegate, menambah:
"Saya dan Dan Houser menjalin persahabatan yang cukup erat melalui minat yang kami kongsi bersama dalam permainan dan masa depan, dan saya mendapati ia merupakan sesuatu yang amat bermakna apabila kini kami dapat berkongsi visi kreatif kami melalui kolaborasi dalam projek A Better Paradise ini," menurutnya. "Kami berasa teruja untuk mempersembahkan sebuah judul yang menggambarkan visi yang sering kami bincangkan—visi yang kami harap akan turut dirasai dengan mendalam oleh para pemain di serata dunia.
Melalui projek bersama ini, Smilegate bermatlamat untuk berkembang di luar Asia dan menjadi penggiat yang utama dalam industri permainan global.
Absurd Ventures mendapat nasihat Grubman Shire Meiselas & Sacks, P.C. dan Fenwick & West LLP berhubung transaksi. Smilegate pula mendapat nasihat DLA Piper.
Butiran lanjut, termasuk jadual pembangunan dan platform akan diumumkan di kemudian hari. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejagat A BETTER PARADISE, kunjungi laman web rasmi dan ikuti bersama-sama dengan kemas kini mutakhir di X, Instagram, Bluesky, YouTube, Threads, Facebook dan TikTok.
Latar Belakang Smilegate
Smilegate ialah syarikat pembangunan dan penerbitan permainan global yang beribu pejabat di Korea Selatan, dengan pejabat-pejabat serantaunya terletak di Amerika Syarikat, China dan Jepun. Francais unggulannya 'CROSSFIRE,' ialah salah satu francais terbesar dan paling berjaya dalam sejarah permainan. Ia mempunyai lebih daripada 1 bilion pemain berdaftar setakat ini pada platform PC dan mudah alih serta lebih 8 juta pemain serentak di peringkat global. Projeknya yang terkini, 'Lost Ark' ialah MMORPG yang dikeluarkan di Korea Selatan pada tahun 2018 dan dilancarkan di Amerika Utara serta Eropah pada Februari 2021. Lost Ark merekodkan bilangan pemain serentak di Steam sebanyak lebih 1.32 juta. Ketahui lebih lanjut dengan mengunjungi Smilegate.com.
Latar Belakang Absurd Ventures
Absurd Ventures ialah sebuah syarikat hiburan yang didorong oleh penceritaan yang mencipta permainan video asli, filem dan siri televisyen aksi langsung dan animasi, fiksyen audio, buku, buku komik dan banyak lagi. Syarikat ini ditubuhkan oleh Dan Houser yang sebelum ini merupakan pengasas bersama Rockstar Games dan penggerak kreatif utama di sebalik beberapa hak milik hiburan yang paling berjaya dalam sejarah. IP asal Absurd Ventures, yang dicipta oleh Houser, termasuk sejagat cereka sains ngeri A Better Paradise, sejagat fiksyen jenayah American Caper dan sejagat satira komedi Absurdaverse. Projek sulungnya, iaitu siri fiksyen audio yang berlatarkan dunia A Better Paradise, membuat kemunculan sulung sebagai audio siar fiksyen #1 di Apple. Pada tahun 2025, Absurd Ventures akan mengeluarkan siri buku komik American Caper, novel A Better Paradise, projek animasi Absurdaverse dan banyak lagi. Absurd Ventures beribu pejabat di Santa Monica, dengan pejabat-pejabat studio tambahan di Marin, California. Storytelling. Philanthropy. Ultraviolence.