FOSHAN, China, 7 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Midea Club Flash Installation Tournament (MCFIT), di bawah tema "Kuasai Kelajuan, Lebih Keuntungan" telahpun dilancarkan dengan jayanya. Menjelang Ogos, pusingan awal pertandingan ini sudahpun selesai di lima negara, dengan lebih 10,000 peserta bersaing untuk meraih anugerah 5 Teratas bagi setiap negara. Pencapaian ini menonjolkan komitmen Midea untuk memajukan industri pemasangan penyamanan udara dan memupuk kolaborasi serantau.

Southeast Asia’s Largest AC Installation Tournament — Midea Club Flash Installation Tournament(MCFIT) Kicks Off with a Grand Prize of $5,000
Sebagai jenama AC penyongsang kediaman No. 1 di dunia dengan kepakaran selama 27 tahun, Midea membina kumpulan pengguna yang luas di seluruh ASEAN. Inisiatif Midea Club ini, dengan lebih 145,700 pemasangan AC telahpun disiapkan setakat ini, lantas menggalakkan kerjasama dengan pemasang profesional. Midea bertujuan untuk menambah baik proses pemasangan melalui amalan terpiawai dan latihan yang berterusan. Pertandingan ini mengetengahkan penghargaan daripada Midea untuk golongan profesional pemasangan, mengiktiraf peranan penting mereka dalam kejayaan serta pembangunan jenama ini.
Pertandingan ini mengikuti tiga peringkat. Di setiap peringkat, para pemenang menerima ganjaran dan sijil, lima juara teratas dari setiap negara akan memperoleh $150–300 dan akan mara ke peringkat kemuncak akhir di ibu pejabat Midea di China pada November ini dan bersaing untuk meraih hadiah utama bernilai $5,000 serta gelaran "Duta Pemasangan Kilat ASEAN Midea". Para peserta yang menunjukkan prestasi tinggi akan memperoleh gelaran "Master of Speed" ("Pakar Kelajuan"), seterusnya mendapat akses kepada rangkaian perkhidmatan elit Midea dan juga akses projek keutamaan.
Midea Memacu Transformasi Perkhidmatan melalui penyeragaman, pendigitalan dan inovasi.
Pertandingan ini mengintegrasikan Midea Club App yang merekodkan data pemasangan bagi memastikan ketelusan serta kecekapan. Pendekatan digital ini menonjolkan kepimpinan Midea dalam inovasi perkhidmatan.
Siri Numen daripada Midea, dengan struktur PULL-DOWN, meningkatkan kecekapan pemasangan, selain mengurangkan masa penyelenggaraan sebanyak 72%. Pemasang boleh menggantikan motor dengan hanya empat langkah yang mengambil masa 3 minit dan 20 saat sahaja.
Pertandingan MCFIT menggambarkan falsafah Midea untuk "meningkatkan kemahiran melalui pertandingan, memacu inovasi melalui acara dan memperkukuh perikatan melalui penyertaan." Dengan membina ekosistem perkhidmatan yang teguh, Midea meningkatkan standard pemasangan AC di seluruh ASEAN, menetapkan penanda aras industri yang baharu dan mencipta peluang pertumbuhan untuk pemasang.
Laman Web Rasmi Midea