omniture

Envision Energy Sertai 2% Teratas Global dengan Penarafan A Perubahan Iklim CDP, Terajui Antara Syarikat-syarikat Tenaga Boleh Baharu

Envision Energy
2025-08-08 00:33 24

SHANGHAI, 8 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau, dinamakan dalam Senarai A Perubahan Iklim CDP (CDP Climate Change A List) 2024, lantas menjadi syarikat tenaga boleh baharu Cina pertama yang memperoleh penghormatan yang berprestij ini dan merupakan satu-satunya pengilang peralatan boleh baharu terkadar-A. CDP (Carbon Disclosure Project), iaitu platform pendedahan alam sekitar yang terkemuka di dunia, mengumumkan keputusan pada tahun ini selepas menilai lebih 24,800 syarikat global. Envision Energy muncul antara 2% syarikat teratas di seluruh dunia dan diiktiraf atas ketelusannya dalam data alam sekitar, tadbir urus iklim yang boleh menjadi contoh dan amalan lestari perintis.

Sebagai standard emas untuk pendedahan iklim global, pemarkahan CDP diterima pakai secara meluas dalam pelaburan ESG, penilaian rantaian bekalan dan ulasan pematuhan pelanggan. Pencapaian ini mengesahkan kepimpinan Envision Energy dalam tadbir urus dan kelestarian iklim global, sekali gus menetapkan penanda aras yang baharu untuk daya saing dan kebingkasan industri tenaga boleh baharu global di persada antarabangsa.

Memacu Rantaian Bekalan Sifar Bersih dan Kepimpinan Jejak Karbon

Sejak tahun 2022, Envision mencapai keneutralan karbon operasi selama tiga tahun berturut-turut, mencapai penggunaan elektrik boleh baharu sebanyak 100% pada tahun 2024 - setahun lebih awal daripada komitmen RE100. Dibandingkan dengan tahun asasnya, emisi karbon Skop 1 dan Skop 2 syarikat ini sudahpun dikurangkan sebanyak 91% yang berjumlah hanya 7,089 tan CO2 pada tahun 2024, hasil daripada kecekapan tenaga yang dipertingkat dan penerimagunaan tenaga boleh baharu yang meluas. Produk-produk Envision khususnya membantu mengelakkan kira-kira 2.35 bilion tan emisi karbon global, seterusnya memajukan matlamat kelestarian global dengan ketara.

Envision turut mengutamakan transformasi rantaian bekalan lestari melalui pendigitalan dan teknologi sifar bersih. Dengan memanfaatkan Sistem Pengurusan Karbon berasaskan AIoT, syarikat ini menjalankan penilaian karbon yang komprehensif untuk pembekal-pembekal yang utama serta menyediakan strategi untuk pengurangan karbon dan pengoptimuman penggunaan tenaga. Envision menyokong selanjutnya pihak pembekal dengan penyelesaian tenaga hijau berbilang dimensi yang berkesan kos, mengintegrasikan sistem storan tenaga, skim fotovolta teragih, perdagangan kuasa hijau, pembelian sijil hijau dan perkhidmatan pensijilan karbon. Sehingga tahun 2024, kesemua pembekal utama disambungkan ke Sistem Pengurusan Karbon berasaskan AIoT, dengan 18% mencapai 100% penggunaan kuasa boleh baharu bagi membekalkan produk Envision, lantas mengurangkan kira-kira 19,000 tan emisi Skop 3. Syarikat ini menyasarkan 100% penggunaan elektrik hijau merentas rantaian bekalan terasnya menjelang tahun 2028.

Menggalakkan Transformasi Strategi Perniagaan Iklim

Memandangkan pengurusan jejak karbon menjadi sesuatu yang kritikal untuk membentuk semula pengaruh karbon industri, Envision berkolaborasi dengan pihak berkuasa antarabangsa untuk membina pangkalan data dan standard jejak karbon produk yang mantap. Syarikat ini memulakan Rangkaian Data Kitaran Hayat ILCD Antarabangsa, bekerjasama dengan rakan kongsi industri untuk membina pangkalan data jejak karbon produk terpiawai antarabangsa. Inisiatif ini membantu merapatkan jurang data yang kritikal dan memperkasakan lebih banyak syarikat untuk membentuk semula rantaian nilai mereka serta meningkatkan daya saing global.

Dari darat ke segara, Envision terus menerobos sempadan tenaga rendah karbon. Pelancaran turbin angin Model T Pro dan Model Z Pro pada tahun 2024 membawakan kebolehsesuaian senario penuh dan ujian keadaan ekstrem bagi meningkatkan kecekapan penjanaan kuasa sekali gus mengurangkan intensiti karbon setiap unit. Dengan kecekapan yang tinggi, hingar yang rendah dan prestasi pembentukan grid yang mantap, EN 5 Pro dan EN ACSkid-10000 Envision memberikan penyelesaian storan tenaga andal yang menyokong sistem kuasa yang stabil, bingkas dan lestari - walaupun dalam persekitaran yang mencabar. Di samping itu, produk ammonia hijau Envision daripada projek hidrogen-ammonia hijau terbesar dunia di Chifeng telahpun diperakui oleh Bureau Veritas yang menandakan ammonia boleh baharu yang pertama di dunia menerusi penghormatan ini. Bahan api ammonia hijau yang dihasilkan daripada kilang ini berjaya membekalkan kuasa kepada operasi pengisian bahan api ammonia marin hijau pertama di dunia pada 25 Julai 2025.

Menskalakan Model Taman Perindustrian Sifar Bersih Di Seluruh Dunia

Envision mempelopori model taman perindustrian Sifar Bersih yang ditunjukkan contohnya oleh yang pertama di dunia di Ordos, Mongolia Dalam. Dikuasakan oleh sistem tenaga boleh baharu luar grid terbesar, taman ini mengintegrasikan tenaga boleh baharu, sistem pengendalian digital sifar bersih dan kluster industri hijau bagi menyerlahkan potensi penuh tenaga boleh baharu tanpa kekangan grid. Ia juga menjadi tuan rumah bagi kemudahan hidrogen dan ammonia hijau didayakan AI terbesar di dunia yang mengoptimumkan pengeluaran pada masa nyata dan memperoleh pensijilan ISCC Plus pertama di dunia untuk ammonia hijau dengan jejak GHG yang disahkan. Model ini diiktiraf oleh World Economic Forum, Harvard Business School dan COP28 UAE Energy Transition Changemaker Award.

Menyumbang dengan aktif kepada piawaian antarabangsa, Envision bekerjasama dengan Bureau Veritas untuk mempromosikan pensijilan dan garis panduan antarabangsa untuk taman perindustrian sifar bersih. Dari Ordos ke Chifeng, dari China ke Sepanyol dan hinggalah ke serata dunia, Taman Perindustrian Sifar Bersih Envision menawarkan model yang boleh diulang demi masa depan yang lebih lestari dan makmur. Usaha ini mempercepat pembuatan hijau global, kebebasan tenaga dan transformasi hijau ekonomi serantau, seterusnya menjana peluang baharu dan kemakmuran di seluruh dunia.

Source: Envision Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities