omniture

Galaxy Data Center Umum Pengembangan Thailand dalam Mesyuarat Penting Bersama Pemangku Perdana Menteri, Buka Jalan untuk Hab Digital Hijau

Galaxy Data Center (GDC)
2025-08-08 10:00 13

BANGKOK, 8 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Bangkok, Thailand – 6 Ogos 2025 – Galaxy Data Center (GDC), penyedia infrastruktur digital global yang mampan, dengan bangganya mengumumkan pengembangan rasminya ke Thailand menerusi pelaburan terancang sebanyak USD 2 bilion. Inisiatif yang penting ini akan mewujudkan kluster kuasa pengkomputeran hiper-skala dan sinergi tenaga hijau yang canggih di Rayong yang terletak dalam Koridor Ekonomi Timur (EEC) Thailand. Projek ini sejajar dengan Strategi Thailand 4.0 yang bertujuan untuk memangkinkan pelaburan dalam infrastruktur digital serta industri-industri berkaitan AI, lantas memupuk pertumbuhan teknologi dan ekonomi dalam tempoh jangka panjang.


Tanggal 6 Ogos 2025, bertempat di Bangunan Keamanan dan Persahabatan Rumah Kerajaan, En. Phumtham Wechayachai, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, mempengerusikan forum berprofil tinggi iaitu "Perdana Menteri Bertemu Pelabur: Keyakinan terhadap Masa Depan Thailand." Acara ini menghimpunkan pemimpin kerajaan dan eksekutif kanan daripada syarikat-syarikat global dengan pelaburan yang besar di Thailand. Galaxy Data Center diberi penghormatan untuk menjadi salah satu daripada 30 syarikat global terkemuka yang diundang untuk menghadiri dialog ini.


Sebelum berlangsungnya forum ini, En. Feng Hui, Pengasas Galaxy Data Center, diberi penghormatan untuk bertemu Pemangku Perdana Menteri Wechayachai bagi mengadakan perbualan yang mendalam. En. Feng Hui menghuraikan tentang visi GDC untuk memberi kedudukan kepada Thailand sebagai hab industri digital hijau yang bertaraf dunia yang memiliki pengaruh global:


"Sebagai penyedia IDC bertaraf global yang komited terhadap pembangunan mampan, pelaburan kami di Thailand merupakan satu pencapaian yang strategik dalam mengembangkan ekosistem tenaga digital hijau kami. Dengan menggunakan teknologi pusat data AI (AIDC) hijau skala-GW, mengintegrasikan sumber tenaga hijau antarabangsa serta memupuk perkongsian, GDC akan menggiatkan pembangunan ekosistem digital yang teguh di Rayong. Inisiatif kami melibatkan pemindahan ilmu pengetahuan, pembangunan bakat tempatan dan pengukuhan kedudukan Rayong sebagai hab digital hijau terulung—lantas mencipta peluang transformatif untuk rakyat Thailand, EEC dan juga aspirasi ekonomi negara yang lebih luas."

En. Phumtham Wechayachai memuji model mampan yang terbukti dan kepakaran termaju GDC, selain menekankan penjajarannya dengan matlamat ekonomi digital Thailand dan juga Strategi Thailand 4.0. Beliau memberi jaminan mengenai sokongan penuh kerajaan untuk projek ini dan menyatakan keyakinan yang tinggi terhadap peranan GDC dalam memajukan keupayaan AI dan digital Thailand.

Keterlibatan yang bersejarah ini memperkukuh komitmen GDC untuk berkolaborasi bersama rakan kongsi Thailand dalam memacu era inovasi hijau dan digital yang baharu. GDC dan rakan kongsi Thailand bersama-sama bersedia untuk mencapai pertumbuhan yang mampan serta masa depan yang makmur.

Source: Galaxy Data Center (GDC)
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Corporate Expansion Data Analytics Artificial Intelligence