omniture

IBTE 2025: Ekspo Utama Asia Tenggara untuk Industri Bayi & Mainan

Chaoyu Expo
2025-08-08 10:14 9

Temui pembekal secara langsung di ekspo ulung ini!

JAKARTA, Indonesia, 8 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Kembali ke Jakarta mulai 20–22 Ogos 2025, Ekspo Produk Bayi dan Mainan Antarabangsa Indonesia (IBTE) yang dianjurkan oleh Chaoyu Expo akan mengumpulkan lebih 1,000 reruai merentas keluasan hampir 20,000 meter persegi di Jakarta International Expo (JIEXPO), Kemayoran, Indonesia yang membawakan peserta pameran dari Indonesia, Tanah Besar China, Korea Selatan, Singapura, Malaysia, Hong Kong dan negara-negara lain. Acara ini akan menonjolkan beraneka jenis kategori termasuk Kotak Buta, Mainan Lembut, Bongkah Binaan, Mainan Pendidikan, Mainan AI, produk bersalin dan bayi serta barangan Berlesen IP.

 

Mendapat sokongan padu daripada persatuan-persatuan industri yang utama seperti AMI, P4B, ASENSI, AIMI, ATPA, ATAA dan APMI, IBTE 2025 diiktiraf sebagai platform B2B yang paling berprestij di Asia Tenggara untuk sektor bayi dan mainan.


Sorotan Utama: 

  1. Beribu-ribu Produk Inovatif:
    Temui inovasi yang eksklusif, unik dan berasaskan penyelesaian daripada pembekal global, di samping jenama-jenama sohor kini seperti Baby Three, Blokee, Kimmon, MLBB, Mr. Pa, Wakuku dan Kayou.

  2. Program Pemadanan Perniagaan:
    Jadualkan pertemuan dengan bakal rakan kongsi sebelum, semasa dan selepas acara bagi meninjau peluang baharu.

  3. Seminar dan Bengkel:

    Terlibat dalam satu siri program bermaklumat dan berunsur pendidikan untuk menyelami arah aliran pasaran serta strategi perniagaan. Sorotan utama ialah seminar oleh TikTok by Tokopedia Indonesia berkaitan aspek memaksimumkan jualan pasaran dalam talian, khususnya untuk produk bayi dan mainan.

    Persidangan Pelesenan IP khusus (anjuran Persatuan Lesen Indonesia & Chaoyu Expo) membawakan pakar-pakar daripada Licensing International dan The Walt Disney Company bagi membincangkan arah aliran pelesenan global, kolaborasi dan pengembangan IP.

  4. Pertandingan
    Menangi hadiah di acara-acara bertema: MLBB (Mobile Legends: Bang Bang) Cosplay tajaan Manyc (*Hari 1), Tamiya Race (*Hari 2) dan Beyblade Battle (*Hari 3) tajaan Hayidai.

En. Suijiadi Lukas-Pengerusi Persatuan Mainan Indonesia menekankan peranan IBTE sebagai sebuah platform strategik untuk meneroka peluang, bertukar pandangan, memupuk kolaborasi dan mengakses produk berkualiti secara kompetitif melalui interaksi pembekal secara langsung.

En. Nelson Hou-Pengurus Besar IBTE, menjangkakan 40,000 pelawat (pembeli, peruncit, kedai konsep, penggiat industri, pengguna), memupuk perniagaan baharu, pertukaran idea dan mengukuhkan rantaian bekalan serantau.

Jangan ketinggalan pameran B2B yang terbesar di Asia Tenggara. Daftar dan ketahui lebih lanjut secara percuma di https://regis.whome.ata-system.com/registrasi_ibte_D

Untuk Maklumat Lanjut:
Chaoyu Expo
Springhill Office Tower Suite 12G-H,
Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Indonesia
Web: https://ibte.co.id/
Tel: +62-22604789 (hunting)
Emel: info@peragaexpo.com 

 

Source: Chaoyu Expo
Keywords: Education Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Toys Children-related news Trade show news