WUHU, China, 8 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, L4, model sulung daripada Smart Series di bawah jenama LEPAS Chery Group, membuat penampilan luar negaranya yang pertama di Pameran Motor Antarabangsa Jakarta di Indonesia. Dengan reka bentuk yang bergaya, tangkas, halus dan ekspresif yang begitu unik, L4 membuka gerbang baharu kepada "kehidupan terindah dan perjalanan yang menyenangkan diri" untuk golongan muda di seluruh dunia.
L4 dikeluarkan daripada barisan pengeluaran di kilang China milik Chery pada 16 Julai, lantas memulakan secara rasmi perjalanan globalnya. Dilengkapi dengan teknologi canggih, L4 menawarkan kawalan pusat dan paparan instrumen 13.2-inci, digandingkan dengan cip kokpit Snapdragon 8155 serta pengalaman pemanduan pintar APA + L2 yang eksklusif bagi membawakan teknologi termaju ke dalam setiap perincian.
Bagi tujuan praktikaliti, L4 ialah kenderaan yang fleksibel dan mesra pengguna, menawarkan 31 ruang simpanan (34 dalam versi BEV), tempat duduk belakang boleh lipat, reka letak serba guna dan poket jaring yang elastik bagi memenuhi pelbagai keperluan harian. Kebolehsesuaian senarionya juga sama mengagumkan: dengan kapasiti tunda 750kg, rak bumbung, kamera papan pemuka, lampu perkhemahan boleh tanggal, kebolehlaluan yang sangat baik dan aksesori yang banyak, ia dapat bertukar dengan mudah antara perjalanan ulang-alik bandar dan pengembaraan luar.
Selain daripada konfigurasinya yang mantap, L4 beraspirasi untuk menjadi "teman yang mengikut fesyen" untuk golongan muda meneroka dunia.
Bahagian luarnya menerima pakai "Leopard Aesthetic" ("Estetik Harimau Dahan")—mendapat inspirasi daripada garis otot harimau dahan yang dinamik dan menggandingkannya dengan lampu puncak pupil-menegak, seterusnya mencapai keseimbangan antara kefungsian yang halus dan daya tarikan visual. Bahagian dalamannya menawarkan "ruang ketiga terindah" yang melaluinya palet warna lembut dan bahan mesra kulit dapat berfungsi secara harmoni bagi mewujudkan "kabin penyembuh" untuk pengulang-alik solo dan "zon mesra swafoto" untuk berdarmawisata bersama rakan-rakan. Ciri-ciri pintar seperti pembantu suara pula membawakan ciri kecerdasan tahap tinggi ke arus perdana yang menggabungkan gaya dengan mutunya.
Apa yang memperhebat L4 untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih baik ialah kekuatan sistematik Chery Group. Pada tahun 2025, Chery menduduki tempat ke-233 dalam senarai Fortune Global 500, dengan eksport kumulatif melangkaui 5 juta unit—lalu menjadi jenama auto Cina pertama yang menggapai pencapaian ini.
L4 dicipta agar terkenal di peringkat global menerusi rangkaian pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) global Chery, rantaian bekalan hujung-ke-hujung serta kumpulan pengguna seramai lebih 17 juta di seluruh dunia. Sama ada untuk wanita yang mengamalkan gaya hidup bandar, golongan profesional muda, pasangan pengantin baharu mahupun karyawan bebas, L4 memberikan penyelesaian perjalanan yang menggabungkan antara kualiti dengan keindividuan.