omniture

DXC Membuka Pejabat Baharu di Buenos Aires, Memperkukuh Komitmen terhadap Pertumbuhan di Amerika Latin

DXC Technology Services, LLC
2025-08-09 04:33 113

ASHBURN, Va., 9 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- DXC Technology (NYSE: DXC), penyedia perkhidmatan teknologi global Fortune 500 yang terkemuka, pada hari ini mengumumkan pembukaan rasmi pejabat baharu di Buenos Aires, Argentina, mengembangkan lagi jejak syarikat di Amerika Latin. Terletak di Ibu Kota Persekutuan, kemudahan moden ini direka bentuk untuk meningkatkan kerjasama, menyokong inovasi dan mempercepat strategi pertumbuhan serantau DXC. 

DXC Opens New Office in Buenos Aires, Reinforces Commitment to Growth in Latin America
DXC Opens New Office in Buenos Aires, Reinforces Commitment to Growth in Latin America

DXC telah mengekalkan kehadiran yang kukuh di Argentina selama beberapa dekad, membantu pelanggan merentasi industri utama seperti perbankan, peruncitan, makanan segera, pembuatan, serta perjalanan dan pengangkutan. Tapak baharu ini akan berfungsi sebagai hab strategik untuk pasukan Pergi ke Pasaran (Go-to-Market) DXC dan pemimpin dari Perkhidmatan Proses Perniagaan, Awan, ITO, Aplikasi dan Tempat Kerja Moden. Selain itu, pejabat baharu ini akan berfungsi sebagai hab keterlibatan dan penyampaian pelanggan, membolehkan DXC memperdalam perkongsian dengan pelanggan serantau dan mempercepat penyampaian projek. 

"Argentina ialah tuan rumah kepada pasukan yang sangat berbakat yang kepakaran mereka terus memacu inovasi dan menyampaikan pencapaian cemerlang.  Ditempatkan sebagai hab serantau dan global utama, Buenos Aires meningkatkan keupayaan kami menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan merentasi pasaran dengan ketepatan, ketangkasan dan teknologi terkini. Perkara ini membuktikan komitmen jangka panjang kami terhadap kecemerlangan." kata Ricardo Ferreira, Pengurus Besar, DXC Amerika Latin.  

Menurut IDC, pasaran perkhidmatan IT Argentina bersedia untuk momentum yang diperbaharui, menandakan gelombang transformasi digital yang lebih luas dan memperkukuh peranan negara sebagai hab inovasi di Amerika Latin. Pelaburan DXC di rantau ini, termasuk pembukaan kehadiran baharu dan berkembang di Buenos Aires, mencerminkan komitmen jangka panjang untuk membantu pelanggan dan bakat di Argentina.   

"Pejabat baharu kami di Buenos Aires bukan sekadar ruang fizikal; tetapi lokasi ini merupakan pelaburan strategik dalam warga kerja, pelanggan dan masa depan kami," kata Vanina Zanaboni, Ketua Negara DXC Argentina. "Pengembangan ini mencerminkan satu daripada kepercayaan teras kami: menyampaikan kecemerlangan dalam semua yang kami lakukan."  

Pembukaan pejabat Buenos Aires mengikuti pembukaan pejabat baru-baru ini di Farnborough, lokasi yang menempatkan Hab Aeroangkasa dan Pertahanan DXC di UK, serta pejabat baharu di Toronto. Bersama-sama, pelaburan ini mencerminkan komitmen DXC terhadap bakat, inovasi dan kejayaan pelanggan. 

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dxc.com 

Maklumat Tentang DXC Technology 

DXC Technology (NYSE: DXC) ialah penyedia perkhidmatan teknologi maklumat terkemuka di dunia. Kami ialah rakan operasi yang dipercayai kepada banyak organisasi paling berinovatif di dunia, membina penyelesaian yang memajukan industri dan syarikat ke hadapan. Pakar kejuruteraan, perundingan dan teknologi kami membantu pelanggan memudahkan, mengoptimumkan dan memodenkan sistem serta proses masing-masing, menguruskan beban kerja paling kritikal, mengintegrasikan risikan dikuasakan AI ke dalam operasi, serta mengutamakan keselamatan dan kepercayaan. Ketahui lebih lanjut di dxc.com. 

Hubungan Media: Angelena Abate, Perhubungan Media, +1-646-234-8060, angelena.abate@dxc.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2746827/DXC_Technology_Services__LLC_DXC_Opens_New_Office_in_Buenos_Aire.jpg?p=medium600 

 

Source: DXC Technology Services, LLC
Related Stocks:
NYSE:DXC
Keywords: Computer/Electronics Corporate Expansion