SHANGHAI, 9 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- UnionPay International ("UPI" atau "Syarikat"), peneraju bertaraf global bagi penyelesaian pembayaran, mengumumkan satu promosi eksklusif melalui perkongsian bersama InterContinental Hotels Group (IHG) yang menawarkan diskaun segera sehingga 15% di China untuk pemegang kad kredit UnionPay global. Sejumlah lebih 500 hotel terpilih di tanah besar China yang menyokong pembayaran dalam talian UnionPay dimasukkan ke dalam tawaran ini yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pembayaran perjalanan untuk pemegang kad UnionPay antarabangsa.
InterContinental Hotels Group (IHG) ialah sebuah syarikat pengurusan hotel antarabangsa yang terkemuka di peringkat global dengan lebih 20 jenama hotel. Jenama-jenama hotel mewah dan gaya hidupnya yang mengambil bahagian dalam promosi ini termasuk Six Senses Hotels, Resorts & Spas, Regent Hotels & Resorts, Kimpton Hotels & Restaurants, InterContinental Hotels & Resorts, Vignette Collection dan juga Hotel Indigo. Jenama-jenama hotel premium melibatkan Crowne Plaza Hotels & Resorts, HUALUXE Hotels & Resorts, EVEN Hotels dan voco hotels. Jenama-jenama kelas pertengahan hingga kelas tinggi pula termasuk Holiday Inn dan juga Holiday Inn Express. Di tanah besar China, IHG mengendalikan lebih 800 hotel, dengan lebih 530 hotel kini menyokong pembayaran dalam talian UnionPay dan turut mengambil bahagian dalam promosi ini.
Antara 10 Jun dan 31 Oktober 2025, pemegang kad yang menggunakan kad kredit UnionPay yang dikeluarkan di luar tanah besar China boleh menikmati diskaun hotel segera apabila menempah hartanah yang layak di tanah besar China melalui laman web InterContinental Hotels rasmi atau IHG One Rewards Mobile App, yang melaluinya pembayaran dalam talian UnionPay diterima semasa pembayaran dibuat. Pelanggan yang menggunakan kad kredit UnionPay yang dikeluarkan di Korea Selatan atau UnionPay SplendorPlus Credit Cards akan menerima potongan sebanyak 15%, iaitu sehingga 400 RMB. Mereka yang menggunakan kad kredit UnionPay lain yang dikeluarkan di luar negara akan menerima potongan sebanyak 10%, iaitu sehingga 200 RMB.
Rangkaian UnionPay yang ekstensif memastikan liputan yang luas di China, dengan penerimaan hampir-sejagat di ATM dan peniaga arus perdana. Lebih daripada 200 juta kad UnionPay dikeluarkan di 83 negara dan wilayah di luar tanah besar China, lalu membolehkan pelawat antarabangsa mendapat manfaat daripada penukaran mata wang pada masa nyata tanpa bayaran berlebihan. Banyak dompet mudah alih yang popular di luar negara menyokong kod QR UnionPay, lantas mengupayakan pembayaran dalam kedai yang mudah—tiada aplikasi tambahan diperlukan. Pengembara juga boleh memautkan kad UnionPay keluaran luar negara mereka kepada Alipay atau WeChat Pay bagi menikmati diskaun promosi tanpa bayaran tambahan.
Sebagai sebahagian daripada pembangunannya yang berterusan, UnionPay memperkenalkan SplendorPlus, produk kad baharu yang disesuaikan untuk pelawat antarabangsa ke China tahun lalu. Kad SplendorPlus dilengkapi dengan rangkaian faedah teras, termasuk keistimewaan lapangan terbang domestik, capaian kepada tempat tarikan pelancong yang popular, pengalaman budaya dan seni, faedah masak-memasak tempatan dan pulangan tunai 1% untuk perbelanjaan di tanah besar China. Setakat ini, UnionPay International telahpun bekerjasama dengan 56 institusi merentas 20 pasaran luar negara bagi melancarkan atau menandatangani perjanjian untuk program SplendorPlus yang meliputi lebih 10 juta kad.
Latar Belakang InterContinental Hotels Group
InterContinental Hotels Group (IHG) ialah syarikat pengurusan hotel antarabangsa yang terkemuka di peringkat global dengan lebih 20 jenama hotel, mengendalikan lebih daripada 6,000 hotel di 110 negara dan wilayah. Jenama-jenama hotel mewah dan gaya hidupnya melibatkan Six Senses Hotels, Resorts & Spas, Regent Hotels & Resorts, Kimpton Hotels & Restaurants, InterContinental Hotels & Resorts, Vignette Collection dan Hotel Indigo. Jenama-jenama hotel premium pula termasuk Crowne Plaza Hotels & Resorts, HUALUXE Hotels & Resorts, EVEN Hotels dan voco hotels. Jenama-jenama kelas pertengahan hingga kelas tinggi termasuklah Holiday Inn dan juga Holiday Inn Express. Di tanah besar China, IHG mengendalikan lebih 800 hotel, dengan lebih 500 hotel kini menyokong pembayaran dalam talian UnionPay serta mengambil bahagian dalam promosi yang disebut di atas.
Latar Belakang UnionPay International
UnionPay International (UPI) memfokuskan pada pertumbuhan dan sokongan perniagaan global UnionPay. Menjalin kerjasama dengan lebih 2,600 rakan kongsi di seluruh dunia, UPI mengupayakan penerimaan kad di 183 negara dan wilayah dengan pengeluaran di 84 negara dan wilayah. UnionPay International menyediakan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan yang berkualiti tinggi, berkesan kos dan selamat kepada kumpulan pemegang kad terbesar di dunia dan memastikan perkhidmatan tempatan yang mudah kepada pemegang kad dan peniaga UnionPay global yang semakin bertambah.