SHANGHAI, 12 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- WuXi Biologics (2269.HK), sebuah Organisasi Penyelidikan, Pembangunan dan Pembuatan Kontrak (CRDMO) bertaraf global yang terkemuka, mengumumkan pada hari ini pelancaran WuXia293Stable, sebuah platform baharu yang direka bagi tujuan pembangunan dan pembuatan molekul inovatif dan sukar diekspresikan yang dapat diekspresikan secara stabil dalam sel HEK293. Platform ini, yang mendemonstrasikan titer yang tinggi, kestabilan yang teguh dan kualiti yang unggul, meningkatkan dengan ketara kebolehbangunan dan kebolehbuatan molekul ini, seterusnya menawarkan penyelesaian CMC yang amat cekap untuk biologik yang sofistikated dari segi struktur dan juga fungsi.
Secara konvensional, sel CHO digunakan secara meluas untuk ekspresi protein rekombinan dengan rekod prestasi terbukti bagi titer yang tinggi serta kebolehbangunan dan kebolehbuatan yang bagus. Walau bagaimanapun, modaliti kompleks mungkin tidak serasi dengan sistem ekspresi CHO yang mengakibatkan tahap titer yang rendah dan juga isu pemangkasan lantaran impak daripada beberapa protein sel hos khusus-CHO (HCP) yang menjejaskan kualiti serta kefungsian produk protein. Sebaliknya, sel HEK293 boleh menghapuskan atau mengurangkan dengan ketara isu pemangkasan dalam mengekspresikan molekul-molekul kompleks dan dalam masa yang sama mengekalkan tahap titer yang tinggi.
WuXi Biologics membangunkan WuXia293Stable dengan memanfaatkan titisan sel HEK293 proprietarinya. Diperoleh daripada rangkaian platform pembangunan titisan sel mamalia WuXi Biologics yang benar-benar disemak, WuXia™, WuXia293Stable mendemonstrasikan produktiviti, kualiti dan kestabilan yang setanding dengan WuXia™ sekali gus mengekalkan keserasian penuh dengan prosesnya, seperti mana yang ditunjukkan oleh pertumbuhannya yang mantap dan metabolisme yang seimbang.
Platform ini mencapai titer suapan sekelompok sehingga 5.0 g/L untuk antibodi monoklonal dan dalam masa yang sama meningkatkan ketulenan dengan ketara. WuXia293Stable menawarkan kebolehskalaan yang fleksibel dalam skala kultur bagi memenuhi keperluan yang berlainan daripada pelbagai peringkat penyelidikan dan pembangunan praklinikal. Di samping itu, titisan sel WuXia293Stable mengekalkan ekspresi yang stabil dan kualiti yang konsisten semasa laluan sel jangka panjang, lalu mengupayakan pembuatan klinikal dan komersial boleh skala pada skala 2000L untuk suapan sekelompok dan skala 1000L untuk perfusi. Tambahan pula, WuXi Biologics menawarkan rangkaian perkhidmatan yang komprehensif untuk platform WuXia293Stable, termasuk ujian bank sel dan pengesahsahihan klearans virus sebagai sebahagian daripada penyelesaian CMC sehentinya.
Pelancaran platform WuXia293Stable mengukuhkan lagi keupayaan perkhidmatan rangkaian platform WuXia™ daripada WuXi Biologics. Selain daripada WuXia293stable, platform WuXia™ sudahpun memperoleh beberapa platform pembangunan titisan sel, termasuk WuXiaADCC Plus™ dan WuXia RidGS™ bagi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.
Dr. Chris Chen, Ketua Pegawai Eksekutif WuXi Biologics, mengulas, "Kami berasa teruja melancarkan penyelesaian yang utama dalam industri ini yang meningkatkan pembangunan terapeutik termaju dengan ketara. WuXia293Stable menjadi bukti yang hebat terhadap komitmen teguh WuXi Biologics kepada visi kami bahawa setiap biologik boleh dihasilkan dan menggambarkan dedikasi kami terhadap inovasi teknologi yang membolehkan kami menangani dengan cekap keperluan industri biofarmaseutikal yang kian berkembang. Kami sekali lagi mengesahkan dengan bersungguh-sungguh janji kami untuk membolehkan pelanggan kami mempercepat penghantaran biologik yang inovatif kepada para pesakit di seluruh dunia."
Latar Belakang Rangkaian Platform Pembangunan Titisan Sel WuXia™
WuXia™ ialah rangkaian platform titisan sel mamalia (sehingga kira-kira 11 g/L) hasil tinggi dan terbukti yang dibangunkan oleh WuXi Biologics. Diterima oleh agensi-agensi kawal selia di seluruh dunia, rangkaian platform WuXia™ menghasilkan lebih 1000 titisan sel yang mengekspresikan antibodi monoklonal dan bispesifik, protein fusi, enzim dan protein rekombinan lain bagi tujuan pembuatan klinikal dan komersial setakat tahun 2024.
Rangkaian platform WuXia™ melibatkan WuXiaADCC Plus™ untuk membangunkan dan menghasilkan antibodi tidak berfukosilasi bagi mencetuskan tindak balas ADCC yang dipertingkat, WuXia RidGS™ untuk pembangunan titisan sel bukan antibiotik dan WuXia293Stable yang terkini untuk mengekspresikan molekul yang sukar diekspresikan yang dibina berasaskan titisan sel HEK293. Rangkaian platform pembangunan titisan sel WuXia™ terus berkembang bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan global.