omniture

Temui Pasukan Elit Global----Pandangan Marco mengenai Kejuruteraan Casis & Falsafah Piza

GAC
2025-08-12 10:38 11

GUANGZHOU, China, 12 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- GAC mencipta teknologi casis yang bertaraf dunia dengan mensinergikan kepakaran kejuruteraan antarabangsa tahap tertinggi dengan kelajuan inovasi unggulan China, lalu mewujudkan asas kukuh bagi tujuan pengembangan globalnya. Pendekatan yang strategik ini menunjukkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) global GAC dalam komponen automotif teras serta menggambarkan peralihan penting oleh industri auto Cina daripada kelebihan skala kepada kepimpinan teknologi.

 
Meet the Global Elite Team——Marco's Insights on Chassis Engineering & Pizza Philosophy

Globalisasi GAC bukan sekadar mengenai kelajuan, tetapi pertumbuhan yang mampan. Dalam wawancara yang eksklusif ini, Marco, Ketua Jurutera Casis Itali daripada GAC, membandingkan casis automotif dengan kerak piza – "kedua-duanya memerlukan asas yang sempurna bagi mencipta kecemerlangan." Dengan pengalaman multinasional yang berdekad-dekad lamanya, pasukannya membangunkan sistem casis modular yang menyampaikan tiga serangkai emas iaitu keselamatan, keselesaan dan keresponsifan sekali gus mengupayakan penyesuaian serantau yang tepat: konfigurasi tahan haba untuk pasaran Timur Tengah dan versi kendalian teroptimum untuk Eropah – kesemuanya mengekalkan standard kualiti GAC tanpa kompromi.

Memandang ke hadapan, Marco menggariskan pelan hala tuju teknologi dua fasa: pembangunan semasa yang memfokuskan pada seni bina sedia-elektrifikasi dan sistem casis pintar, manakala inisiatif masa depan akan mempelopori penyelesaian mobiliti bagi generasi akan datang. Strategi dwilandasan ini memberi kedudukan di barisan hadapan kepada GAC bagi inovasi casis tatkala ia mempercepat penembusan pasaran global.

Source: GAC
Keywords: Auto Transportation