omniture

Untuk mereka yang memiliki kulit sensitif: Memahami kulit berasaskan sains dengan Cetaphil dan produk baharunya yang berinovatif

CETAPHIL
2025-08-12 16:25 15

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Cetaphil®, rangkaian penjagaan kulit sensitif terkemuka antarabangsa yang dipercayai dan jenama penjagaan kulit dermatologikal No. 1 di Malaysia*, mengumumkan transformasi penjenamaan semulanya dengan langkah berani menggunakan strategi berasaskan sokongan advokasi. Pendekatan baharu ini telah diperkenalkan semasa pelancaran rasmi Cetaphil SkinLABS dengan kolaborasi bersama pakar-pakar dermatologi, di samping turut menjalinkan kerjasama baharu dengan komuniti pempengaruh. Ini memastikan nasihat dan ilmu daripada mereka yang berpengalaman dapat diakses oleh semua pihak. Tambahan lagi, Cetaphil ingin memperkenalkan rangkaian yang lebih inovatif dengan melancarkan dua produk perintis: rangkaian Gentle Exfoliating Salicylic Acid dan Cetaphil Baby Soothing Moisturising Cream.

Untuk mereka yang memiliki kulit sensitif: Memahami kulit berasaskan sains dengan Cetaphil dan produk baharunya yang berinovatif
Untuk mereka yang memiliki kulit sensitif: Memahami kulit berasaskan sains dengan Cetaphil dan produk baharunya yang berinovatif

Misi bersama: Pakar Dermatologi, Ahli Farmasi, KOL (Pempengaruh) dan Cetaphil

Bertindak di atas penerimaan cadangan dan nasihat yang terlalu banyak berkaitan penjagaan kulit di media sosial, yang sering menimbulkan kekeliruan dan boleh menjejaskan lapisan pelindung kulit, Cetaphil telah melancarkan strategi berasaskan sokongan advokasi, yang mengutamakan pendedahan pengguna kepada kepakaran dermatologi. Kekurangan—pengetahuan dermatologi boleh menyebabkan seseorang mendapat maklumat yang salah dan berkemungkinan terdedah kepada amalan penjagaan yang memudaratkan, Cetaphil menjalinkan kolaborasi dengan pakar dermatologi dan pempengaruh untuk mempelajari dan mendapatkan sokongan berkaitan penjagaan kulit yang berkesan untuk semua.

"Komitmen Cetaphil adalah untuk menghasilkan solusi berpandukan sains yang merangkumi semua keperluan penjagaan kulit, demi memastikan semua orang—tanpa mengira jenis kulit atau masalah mereka—mempunyai akses kepada penjagaan kulit yang berkesan serta telah dibuktikan secara klinikal," kata Cik Cindy Tiu, Pengurus Negara Galderma Malaysia.

Kulit sensitif: Keberkesanan tanpa kompromi

Kulit sensitif menjejaskan hampir 50% orang dewasa di Malaysia. Meskipun perkara ini agak mengejutkan, salah faham sejak sekian lama telah menghalang perkembangan untuk kategori jenis kulit sensitif ini: produk yang direka untuk kulit sensitif sering dilihat sebagai terlalu lembut atau kurang dari segi keberkesanannya.

Cetaphil dengan tegas telah menolak stigma ini, dengan memberikan solusi penjagaan kulit yang berkesan di samping melindungi lapisan pelindung kulit tanpa menjejaskan hasil keseluruhannya.

"Selama lebih 75 tahun, Cetaphil telah berusaha sedaya upaya merentasi sempadan dan mendalami penjagaan kulit berasaskan sains agar semua orang berasa bebas untuk menyerlahkan diri mereka yang paling autentik. Di Cetaphil, kami untuk semua yang berkulit sensitif," kata Cik Cindy Tiu, Pengurus Negara Cetaphil, Malaysia.

Inovasi terkini untuk setiap keperluan kulit sensitif

Dihasilkan untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat, Pembersih dan Losyen Lembut Cetaphil Gentle Exfoliating SA adalah gabungan yang hebat. Ia menggabungkan tiga asid lembut—PHA (Glukonolakton) untuk melembap dan menghidrat, AHA (Asid Mandelik) untuk memperbaiki tona kulit serta penghasilan sel kulit baharu, dan BHA (Asid Salisilik) untuk mengawal minyak dan mengurangkan kemerahan—bagi pengelupasan yang lembut tanpa kerengsaan. Campuran unik ini menggalakkan pembaharuan sel untuk menghasilkan kulit yang lebih lembut dan berseri selepas dengan hanya sekali penggunaan, secara klinikal dapat mengurangkan jeragat sebanyak 28% dan bintik hitam sebanyak 45% pada kulit yang mudah berjerawat. Ia juga meningkatkan kesemua 15 seramida penting untuk memulihkan lapisan pelindung kulit, sementara losyennya memberikan penghidratan selama 48 jam.

  • Gentle Exfoliating SA Cleanser: Pembersih ini berkesan menanggalkan kekotoran dan mengelupas dengan lembut, menjadikan kulit lebih lembut dan halus selepas dengan hanya sekali penggunaan. 90% pengguna bersetuju kulit mereka terasa lebih lembut dan halus selepas satu kali menggunakannya.
  • Gentle Exfoliating SA Lotion: Terbukti secara klinikal mampu memberikan hasil yang pantas dan ketara ke atas tekstur dan tona kulit, losyen ini meningkatkan penghidratan segera sebanyak 83% dan bertahan sehingga 48 jam, di samping mengelupas dengan lembut untuk tona kulit lebih sekata.

Memahami keperluan unik kulit halus bayi yang baru lahir, Cetaphil berasa bangga untuk memperkenalkan Cetaphil Baby Soothing Moisturising Cream BAHARU, formulasi yang telah diuji secara klinikal, bebas pewangi dan bebas jeli petroleum yang direka untuk kulit halus bayi yang baru lahir dengan memberikan tiga manfaat utama:

  • Melegakan: Gabungan Gliserin, Minyak Bunga Matahari dan Minyak Badam dapat segera melegakan kerengsaan dan kekeringan. Ia memelihara lapisan pelindung kulit dan meningkatkan kelembapan.
  • Menghidratkan: Memberikan penghidratan sehingga 48 jam, menjadikan kulit lembut dan licin.
  • Melindungi: Menghasilkan lapisan pelindung untuk perlindungan terhadap 5 tanda kulit sensitif. Terbukti secara klinikal dapat memperbaiki lapisan pelindung kulit daripada aplikasi pertama selama sehingga 8 jam, penghalang terhadap punca luaran kerengsaan.

Pengalaman hebat jenama di Cetaphil SkinLABS

Cetaphil SkinLABS bukan sekadar pameran rangkaian produk; ia merupakan sebuah platform pembelajaran yang direka untuk membina pertalian jenama dengan pengguna di kalangan Gen Z dan Milenium bagi mengukuhkan lagi kedudukan Cetaphil sebagai teman penjagaan kulit seumur hidup. Acara ini menghidupkan etos kempen melalui pengalaman yang mendidik dan menarik, meningkatkan lagi keyakinan dari segi klinikal melalui penceritaan berinteraktif yang berteraskan sokongan advokasi.

Acara ini menampilkan ahli dermatologi terkemuka, pempengaruh KOL kecantikan dan gaya hidup, media dan pengguna jenama lain, di mana kesemua mereka dijemput untuk menerokai pendekatan Cetaphil yang berasaskan sains. Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan termasuklah sesi interaktif, ceramah berinformatif yang diterajui oleh pakar dermatologi, dan demonstrasi inovasi terkini jenama Cetaphil.

Antaranya termasuklah:

  • Sudut pandangan pakar dermatologi terkemuka, pempengaruh KOL, dan ahli farmasi, yang berkongsi pengalaman peribadi mereka dengan Cetaphil di samping meningkatkan kesedaran tentang sensitiviti kulit dan keperluan penjagaan yang lembut kulit berasaskan sains.
  • Panduan untuk pelbagai peringkat zon—Zon Penghidaratan, Pengelupasan, Berseri, dan Penjagaan Lembut—membolehkan pengunjung merasai sendiri bagaimana rangkaian produk Cetaphil menjaga kulit sensitif di setiap peringkat kehidupan.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Pembersih dan Losyen Lembut Pengelupasan Salisilik Asid BAHARU, Krim Pelembap Bayi Cetaphil BAHARU atau Cetaphil SkinLABS, sila layari www.cetaphil.com.my atau temui kami di TikTok, Instagram dan Facebook.

Tentang CETAPHIL®

Selama lebih 75 tahun yang lalu, seorang ahli farmasi bersama seorang ahli dermatologi telah mencipta produk Cetaphil® yang pertama – suatu formulasi yang lembut namun berupaya membersih tanpa menanggalkan kelembapan dan tanpa menyebabkan liang pori tersumbat. Hari ini Cetaphil® adalah jenama penjagaan kulit dermatologikal No. 1 di Malaysia* dan diiktiraf oleh penjagaan kesihatan yang profesional di seluruh dunia. Dengan bantuan pakar-pakar kulit global terkemuka, mereka terus membangunkan teknologi penjagaan kulit yang berinovatif untuk kulit sensitif bagi membantu memulihkan, melindungi dan mengekalkan kesihatan kulit setiap hari. Untuk maklumat lanjut, layari www.CETAPHIL.com.my

*Berdasarkan analisis dalaman oleh Galderma Malaysia Sdn. Bhd. menggunakan data daripada sumber berikut: Audit Jualan Nasional (NSA) IQVIA Malaysia, unit dan nilai jualan masuk, jumlah pasaran ATC2: D02 – EMOLIEN & PERLINDUNGAN dalam semua saluran, untuk tempoh Suku Pertama MAT 2025, menggambarkan anggaran aktiviti dunia yang nyata. Hak Cipta IQVIA. Semua hak terpelihara.

Tentang Galderma

Galderma adalah sebuah syarikat dermatologi persendirian terbesar di dunia, yang terdapat di lebih 100 buah negara. Sejak penubuhannya pada tahun 1981, kami telah didorong oleh dedikasi kami dalam bidang dermatologi. Kami telah membina portfolio yang berinovatif berasaskan sains untuk jenama dan perkhidmatan yang sofistikated menjangkaui Estetik, Penjagaan Pengguna dan Preskripsi Ubat-ubatan. Dengan memfokuskan terhadap keperluan pengguna dan pesakit, kami bekerjasama dengan mereka yang profesional dalam penjagaan kesihatan untuk hasil yang terbaik. Kami amat memahami bahawa terdapat banyak kisah di sebalik setiap jenis kulit yang kita miliki, dan atas sebab itulah kami mencipta kemajuan dalam bidang dermatologi untuk mewakili setiap kisah tersebut. Untuk ketahui lebih lanjut, layari www.galderma.com

Source: CETAPHIL
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics New products/services