Pemimpin rantaian bekalan berhimpun untuk merasai pengalaman teknologi pintar dan membayangkan rantaian bekalan yang bingkas.
SINGAPURA, 12 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Bilamana logistik global diuji dengan kerumitan dan ketaktentuan, GoComet membawa pencerahan menerusi kejayaan penutupan Odyssey 2025, iaitu edisi ke-7 bagi sidang kemuncak inovasi rantaian bekalan unggulannya yang diadakan pada 31 Julai di Shangri-La Singapore.
Acara yang hanya berdasarkan jemputan ini menjadi tuan rumah kepada lebih 100 pemimpin rantaian bekalan daripada syarikat-syarikat gergasi bertaraf global seperti Schneider Electric, Intel, Sanofi, Kenvue dan Yokohama. Para hadirin ini dapat menyaksikan pelancaran Agentic AI -- kopilot AI pintar daripada GoComet dan langkah yang penting menuju rantaian bekalan berautonomi.
Berhubung dengan Tujuan. Berkembang dengan AI
Sorotan utama pada malam tersebut ialah ucaptama oleh Dany Krivoshey, Ketua Transformasi Digital di Unilever yang naik ke pentas sempena detik yang paling dinanti-nantikan pada malam itu: perbualan mengenai Agentic AI yang menandakan ketibaan era baharu.
Dany memfokuskan pada transformasi melalui reka bentuk bertujuan, kepimpinan yang diterajui oleh rasa empati dan juga masa depan rantaian bekalan pintar.
"Kami memilih GoComet bukan semata-mata kerana cabaran pada hari ini, tetapi untuk skala pada masa depan. Ia merupakan satu perkongsian yang dibina untuk berkembang bersama-sama kami," kongsi Dany yang menekankan fokus Unilever terhadap penyelesaian boleh suai yang dapat mendepani masa depan sejajar dengan cita-cita global mereka.
Teknologi Dipercepat: Kemestian Automasi bagi Kargo Udara
Dalam ucaptamanya, Milan Dhingra, iaitu Ketua Pegawai Produk & Teknologi di Teleport, berkongsi pandangan mengenai keperluan yang mendesak terhadap automasi bagi mendayakan keupayaan e-Dagang rentas sempadan yang lebih pantas dan lebih baik dalam industri kargo udara, terutamanya dalam ekonomi yang bernilai $3 trilion di Asia Tenggara.
"Cabaran pada hari ini bukanlah capaian kepada data – ia menjadikannya boleh diambil tindakan. Platform logistik generasi akan datang bukan sahaja wajib pantas; ia juga haruslah pintar," kata Milan.
Beliau mengakhiri ucaptama dengan pesanan yang cukup mengesankan: "Masa Depan ialah Masa Nyata, Individu dan Pintar."
Dalam sesi penutup yang hebat, Chitransh Sahai, Ketua Pegawai Eksekutif GoComet, mendemonstrasikan bagaimana Agentic AI beroperasi - memproses permintaan penghantaran dunia sebenar, mengendalikan interaksi vendor serta memberi respons kepada gangguan tanpa campur tangan manual.
"Dengan Agentic AI, kami menunjukkan kepada dunia bagaimana logistik autonomi boleh menjadi sesuatu yang praktikal, boleh skala dan transformatif – pada hari ini, bukan lima tahun dari sekarang."
Beliau turut memperkenalkan Incident Lens, iaitu enjin kecerdasan ramalan dan juga GoVista, pembantu bersepadu-Outlook pintar yang meringkaskan kemas kini penghantaran.
Odyssey 2025 maju melangkaui gembar-gembur AI menuju impak dunia sebenar - menunjukkan sejauh mana organisasi-organisasi boleh menggunakannya untuk meramalkan gangguan, meningkatkan prestasi OTIF, mengautomasikan komunikasi dan memendekkan masa pendahuluan.
Latar Belakang GoComet
GoComet ialah TMS dikuasakan AI yang paling intuitif di dunia dan dipercayai oleh lebih 500 jenama global merentas lebih 70 negara.