SHENZHEN, China, 12 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- TCL, peneraju bertaraf global bagi barangan elektronik pengguna dan jenama TV Mini LED dan Ultra-besar[1] No.1 di dunia, dengan sukacitanya mengumumkan penyertaannya di IFA 2025 yang akan datang mulai 5-9 September di Berlin. Sebagai Rakan Olimpik Seluruh Dunia, TCL akan menyemarakkan semangat Sukan Olimpik di IFA dengan reka bentuk reruai kreatif yang merancakkan adrenalin dan keseronokan sukan serta teknologi bertaraf dunia. Acara ini merupakan yang terkini dalam siri pengaktifan di bawah kempen penajaan Olimpik seluruh dunia TCL sehinggalah berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Milan.
Di IFA 2025, TCL akan memperkenalkan inovasi rintis dan terkini yang mentakrifkan semula kehidupan moden. Pengunjung akan dapat mengalami teknologi canggih termasuk paparan QD-Mini LED ultra-besar yang terkini, teknologi paparan NXTPAPER, Cermin Mata AR, peralatan dikuasakan AI seperti penyaman udara, mesin basuh, peti sejuk dan banyak lagi yang bersama-sama menunjukkan komitmen TCL untuk mencipta penyelesaian kehidupan yang pintar, diperibadikan dan mampan.
Pengunjung juga akan dapat mengalami bagaimana visi TCL untuk kehidupan generasi akan datang melangkaui produk-produk individu melalui satu siri persekitaran imersif yang dikuasakan oleh teknologi TCL yang terkini. Ini termasuk pengenalan sulung di Eropah bagi robot AI TCL di samping teknologi-teknologi lain termasuk penyelesaian tenaga rumah pintar, kokpit pintar dan TCL NXTHOME—yang melaluinya inovasi dan gaya hidup mencipta detik yang bermakna.
Jangan lepaskan peluang untuk menemui bagaimana TCL menyemarakkan masa depan teknologi dan menginspirasikan kehebatan melalui kehidupan pintar di IFA 2025.
Butiran Acara TCL di IFA 2025:
Penampilan Perdana Media Global TCL IFA 2025
Tarikh & Masa: 15:30 (CEST), 4 September 2025 (Daftar-masuk jam 15:00)
Lokasi: Dewan 21A, Messedamm Berlin, Jerman
Reruai TCL IFA 2025
Tarikh: 5–9 September 2025
Lokasi: Dewan 21A, Messedamm Berlin, Jerman
[1] Ultra-besar: TV berukuran 85 inci ke atas |
Latar Belakang TCL
TCL ialah jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan peneraju bertaraf global dalam industri televisyen. Beroperasi di lebih 160 pasaran di seluruh dunia, TCL mengkhusus dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna, termasuk TV, sistem audio, peralatan rumah, peranti mudah alih, cermin mata pintar, paparan komersial dan banyak lagi. Untuk maklumat tambahan, kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.