![]() |
CAMBRIDGE, England, 12 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Tatkala dunia mengemudi arus kemajuan teknologi yang pesat, mengurus impak daripada perubahan iklim yang semakin meningkat dan berdepan dengan anjakan geopolitik, semakin ramai pelajar dan juga keluarga di Asia Tenggara dan Pasifik (SEAP) beralih kepada pendidikan antarabangsa sebagai satu cara untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi kerumitan pada masa depan. Pada hari ini, Cambridge International Education (Cambridge) mula mengeluarkan keputusan siri peperiksaan Jun 2025 kepada lebih 680,000 orang pelajar di seluruh dunia, peningkatan sebanyak 9% berbanding tahun lalu, lantas menggambarkan arah aliran pendidikan yang semakin pantas ini menuju kesediaan global.
Di rantau SEAP, lebih daripada 165,000 penyertaan dibuat untuk kelayakan Cambridge pada Jun ini, peningkatan sebanyak hampir 4% berbanding Jun 2024. Pertumbuhan ini menggambarkan permintaan yang semakin bertambah dalam pasaran-pasaran utama:
Dikaitkan dengan peningkatan bilangan pelajar, bilangan penyertaan peperiksaan turut meningkat sekali lagi pada Jun ini kepada hampir 1.7 juta – peningkatan sebanyak 7% berbanding tahun lalu. Pertumbuhan ini bukan sahaja menjadi bukti kepada kualiti akademik dalam program-program Cambridge tetapi juga kepada anjakan yang lebih luas dalam hal yang diutamakan oleh keluarga dan pendidik: pendidikan yang dapat membina kemahiran untuk bekerja dan melanjutkan pengajian di peringkat global, memupuk kebolehsesuaian serta menggalakkan keterlibatan yang kritikal dengan isu-isu dunia sebenar.
Di seluruh SEAP, keputusan Cambridge International AS & A Level telahpun dikeluarkan hari ini, membuka peluang kepada universiti-universiti ternama dan kerjaya-kerjaya berfokuskan masa depan. Keputusan daripada tinjauan Destinasi Pelajar Cambridge 2024 menunjukkan bahawa di peringkat global, 89% daripada kohort pelajar Cambridge International AS & A Level 2024 melanjutkan pengajian terus ke peringkat universiti selepas tamat sekolah, 47% di negara mereka sendiri dan 42% di luar negara.
Cambridge ialah penyedia yang terbesar bagi pendidikan antarabangsa untuk para pelajar berusia 14 hingga 16 tahun dan akan mengeluarkan keputusan IGCSE dan O Level Cambridge kepada lebih 30,000 orang pelajar di rantau SEAP pada 19 Ogos.
"Semasa berlakunya ketidakpastian dan transformasi, pandangan yang diberikan oleh pendidikan antarabangsa bukan sekadar kelebihan, malah ia merupakan satu keperluan," kata Rod Smith, Pengarah Urusan Kumpulan untuk Pendidikan Antarabangsa di Cambridge. "Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menerima keputusan Cambridge pada Ogos ini. Kami berasa bangga dapat menyokong sebuah komuniti pelajar global yang mempersiapkan diri bukan sahaja untuk universiti dan kerjaya, bahkan untuk kehidupan dalam dunia yang berubah-ubah dengan pantas."
Kemahiran sedia mendepani masa depan mendapat permintaan tinggi
Meskipun bahasa Inggeris, matematik dan sains kekal menjadi mata pelajaran yang paling popular bagi Cambridge International AS & A Level dan juga Cambridge IGCSE, salah satu penunjuk yang paling jelas terhadap keutamaan pendidikan yang berubah-ubah ialah lonjakan penyertaan untuk Cambridge International AS & A Level Global Perspectives — meningkat 17% pada tahun ini. Mata pelajaran ini, yang menggalakkan para pelajar berfikir secara kritis mengenai cabaran global, menjalankan penyelidikan bebas dan mengutarakan dengan jelas hujah berasaskan bukti, menyaksikan penerimaan yang semakin meningkat pada semua peringkat Cambridge Pathway. "Memandangkan AI mentransformasikan pasaran kerja dan tatkala isu-isu iklim dan global menuntut penyelesaian kolaboratif, tidak hairanlah apabila semakin banyak sekolah mencari mata pelajaran yang dapat memperlengkap diri pelajar mereka untuk berfikir melangkaui sempadan," kata Kanjna Paranthaman, Pengarah Serantau untuk SEAP. "Cambridge Global Perspectives menunjukkan contoh kemahiran yang diperlukan oleh para pelajar hari ini, sifat ingin tahu, ketegasan dan keupayaan untuk memahami isu-isu dari perspektif pihak-pihak lain."
Permintaan terhadap pendidikan antarabangsa semakin meningkat di peringkat global
Bilangan sekolah di seluruh dunia yang menduduki peperiksaan dalam siri Jun telahpun meningkat sebanyak 38% berbanding lima tahun yang lalu, dengan pertumbuhan penyertaan sebanyak 74% yang berkaitan. Secara keseluruhan, sebanyak 5507 Cambridge International School di 149 negara menduduki peperiksaan untuk siri Jun 2025.
Cambridge, dengan pengalaman dalam penilaian antarabangsa selama lebih 160 tahun, kini menyediakan perkhidmatan kepada hampir dua juta orang pelajar setiap tahun. Penilaiannya, termasuk Cambridge Checkpoint untuk pelajar yang lebih muda serta Cambridge IGCSE, O Level, International AS & A Level dan juga International Project Qualification, diutamakan oleh sekolah-sekolah dan juga universiti-universiti di seluruh dunia.
Latar Belakang Cambridge
Cambridge International Education ialah badan penganugerahan daripada kumpulan Pendidikan Antarabangsa di Cambridge University Press & Assessment yang merupakan sebahagian daripada University of Cambridge. Kumpulan Pendidikan Antarabangsa kami bekerjasama dengan sekolah-sekolah di seluruh dunia untuk membina pendidikan yang membentuk ilmu pengetahuan, pemahaman dan kemahiran. Kami bersama-sama memberi keyakinan yang diperlukan oleh para pelajar untuk berkembang maju dan memberi impak positif dalam dunia yang berubah-ubah.
Kami menawarkan kerangka yang dipercayai dan fleksibel di peringkat global untuk pendidikan bermula daripada usia 3 hingga 19 tahun (Cambridge Pathway) yang dimaklumkan melalui penyelidikan, pengalaman dan mendengar luahan pendidik.
Menerusi kelayakan-kelayakan yang diiktiraf (seperti Cambridge IGCSE and International AS & A Level), sumber berkualiti tinggi, sokongan komprehensif dan pandangan berharga, kami membantu sekolah-sekolah membuat persediaan untuk setiap pelajar dalam menghadapi peluang dan cabaran yang mendatang. Kami juga bersama-sama membantu para pelajar Cambridge bersedia mendepani dunia.
Ketahui lebih lanjut! Kunjungi www.cambridgeinternational.org