omniture

SEG Solar dan PT ATW Modul Manufaktur Tandatangani Perjanjian Pengedaran Eksklusif Percepat Penggunaan PV Solar di Indonesia

SEG Solar
2025-08-13 10:08 13

BATANG, Indonesia, 13 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- SEG Solar Inc., pengilang modul solar Tahap 1 terkemuka yang beribu pejabat di A.S., telahpun menandatangani satu perjanjian pengedaran eksklusif bersama PT ATW Modul Manufaktur (AMM) untuk memasarkan dan menjual modul serta sel solar berjenama SEG di seluruh Indonesia.

SEG Solar’s Exclusive distribution agreement signing ceremony in Batang, Central Java.
SEG Solar’s Exclusive distribution agreement signing ceremony in Batang, Central Java.

Perkongsian ini menyaksikan satu peristiwa penting dalam perjalanan Indonesia ke arah tenaga bersih yang turut menunjukkan langkah yang penting dalam pengembangan strategik SEG ke Indonesia dan juga Asia Tenggara. Menerusi rekod prestasi global SEG Solar yang terbukti dan jangkauan pasaran AMM, kolaborasi ini bertujuan untuk menyampaikan penyelesaian solar yang berkualiti tinggi dan dikilangkan di kawasan setempat bagi menawarkan perkhidmatan kepada projek-projek skala utiliti domestik dan rentas sempadan yang memerlukan produk-produk diperakui TKDN.

"Dengan Fasa 1 kemudahan pembuatan Batang kami—yang menawarkan kapasiti kendalian 2GW—yang kini sudahpun siap, SEG Solar berbangga dapat memasuki Fasa 2 dalam strategi pelaburan dan penyetempatan kami di Indonesia," kata Jun Zhuge, Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi SEG Solar. "Perkongsian kami bersama AMM memperkukuh komitmen kami bagi mengupayakan penyelesaian solar berjenama A.S. yang andal dalam salah satu pasaran tenaga yang paling dinamik di Asia Tenggara."

"Perjanjian yang eksklusif ini menggambarkan visi bersama kami untuk menyokong peralihan tenaga Indonesia dengan teknologi yang dipercayai dan keupayaan tempatan," kata Joseph Juan, Presiden Pengarah PT ATW Modul Manufaktur. Kami bersama-sama bermatlamat untuk memperkasakan masa depan tenaga hijau Indonesia dengan modul PV solar A.S. yang dibuat di Batang."

Majlis penandatanganan, yang diadakan di kemudahan Batang di Jawa Tengah, menyaksikan pelancaran rasmi operasi komersial SEG Solar di Indonesia dan permulaan pelancaran yang bercita-cita tinggi untuk mempercepat penggunaan PV solar di rantau ini.

Latar Belakang SEG Solar
Ditubuhkan pada tahun 2016, SEG ialah pengilang PV bersepadu menegak terkemuka yang beribu pejabat di Houston, Texas, A.S. dan berdedikasi untuk menyampaikan modul solar yang andal dan berkesan kos kepada pasaran utiliti, komersial dan kediaman. Menjelang akhir tahun 2024, SEG telahpun menghantar lebih 6 GW modul solar ke seluruh dunia dan mencapai kapasiti pengeluaran modul sebanyak 6 GW.

Latar Belakang PT ATW Modul Manufaktur (AMM)
AMM ialah pengilang dan pengedar modul PV solar yang berpangkalan di Indonesia, memfokuskan pada penyampaian produk solar yang mematuhi TKDN untuk projek-projek tenaga boleh baharu yang berskala utiliti serta rentas sempadan.

Source: SEG Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts