![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 11 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets dengan bangganya memperkenalkan kempen jenama baharu yang merangkumkan semangat, cita-cita dan usaha bersama dalam mengejar kecemerlangan yang mentakrifkan perkongsian strategiknya bersama Scuderia Ferrari HP. Kempen ini membawakan video menarik yang dicipta untuk memberi inspirasi kepada penonton dan memperkukuh evolusi Vantage sebagai jenama global premium.
Dilancarkan merentas platform-platform digital global, kempen baharu ini menonjolkan penjajaran nilai antara Vantage dan Scuderia Ferrari HP – yang berakar umbi dalam aspek kelajuan, kejituan serta momentum ke hadapan tanpa henti.
Kempen ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Vantage yang lebih luas untuk membina hubungan emosi yang lebih kukuh bersama komuniti globalnya. Melalui penceritaan sinematik dan visual yang halus, video ini menghidupkan falsafah yang memacu Vantage ke hadapan: usaha mengejar kecemerlangan setiap masa.
"Matlamat kami melalui kempen ini adalah untuk melangkaui penjenamaan tradisional," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets. "Kami ingin mencipta kisah visual yang menggambarkan perjalanan dinamik yang dilalui oleh Vantage sebagai sebuah syarikat dan dalam masa yang sama mendapat inspirasi daripada semangat ikonik Scuderia Ferrari HP. Ia merupakan mesej semangat, kejituan dan kuasa perkongsian."
Tatkala perkongsian bersama Scuderia Ferrari HP memasuki fasa baharu, video ini menandakan perayaan cita-cita bersama dan petanda yang jelas berkenaan apa yang akan dicapai seterusnya. Vantage terus memantapkan kedudukannya sebagai jenama yang memperkasakan pelanggan dengan alatan termaju, sekali gus mengekalkan komitmen yang mendalam terhadap visi, integriti dan kecemerlangan.
Tonton kempen video penuh di saluran YouTube Vantage Markets.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan andal, aplikasi perdagangan mudah alih memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.