Lebih 13,000 amalan mulia dikumpul melalui jurnal digital dan sumbangan pek bantuan kepada 5,000 keluarga memerlukan di seluruh Malaysia.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Kempen 'Gandakan Kebaikan' anjuran Tropicana Twister yang menginspirasikan rakyat Malaysia untuk mencatat dan berkongsi amalan kebaikan secara digital demi manfaat bersama, telah disempurnakan dengan majlis penyerahan sumbangan yang penuh bermakna. Ia meraikan dua pencapaian penting, iaitu pengagihan pek bantuan bernilai RM200,000 kepada 5,000 keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara, serta pengiktirafan rasmi oleh Malaysia Book of Records bagi kategori "Jumlah Catatan Jurnal Tertinggi Dikumpulkan Menerusi Kempen Digital".

Tropicana Twister’s 'Gandakan Kebaikan' Campaign Transforms Kindness into RM200,000 Aid, Earning National Recognition
Berinspirasikan semangat Ramadan dan Raya yang penuh dengan nilai keprihatinan dan kebersamaan, kempen 'Gandakan Kebaikan' oleh Tropicana Twister menggalak rakyat Malaysia untuk menggandakan kebaikan, di mana setiap tindakan kecil, seperti berkongsi makanan atau minuman, mampu memberi kesan yang positif. Majlis ini bukan sekadar meraikan kejayaan kempen tersebut, tetapi juga penghargaan kepada nilai kebersamaan dan keprihatinan rakyat Malaysia. Setiap catatan yang dikongsi melalui jurnal digital telah dipadankan dengan sumbangan sebenar oleh Tropicana Twister.
Aditya Sheoran, Pengarah Kanan bagi Francais PepsiCo, berkata, "Kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk meluangkan masa untuk berkongsi kebaikan dengan cara yang mudah dan penuh bermakna. Kami faham bukan semua individu mempunyai masa atau berkemampuan untuk menyumbang secara peribadi, dan di sinilah kami mengambil langkah untuk membantu. Setiap kebaikan yang dikongsi menjadi pencetus bantuan kepada mereka yang memerlukan.."
"Begitulah tercetusnya kempen 'Gandakan Kebaikan', satu gerakan yang lahir daripada kepercayaan bahawa kebaikan, apabila dikongsi, akan terus berganda. Sebagai jenama yang menghargai detik-detik penuh nilai, kami yakin bahawa kebaikan boleh dimulakan di mana-mana. Kami berbangga kerana berjaya mencetuskan gerakan yang memberi impak positif dan mengeratkan hubungan sesama komuniti," tambah Aditya.
Dengan kerjasama The Lost Food Project dan Kechara Soup Kitchen, kempen ini memastikan bantuan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan. Sebanyak 50,000 sajian makanan telah diagihkan kepada 5,000 rumah tangga yang berpendapatan rendah di seluruh negara, dan dapat meringankan beban ketua keluarga yang berusaha menyediakan makanan seharian untuk orang tersayang.
Di sebalik tekanan kehidupan seharian, inisiatif ini menunjukkan keprihatinan masyarakat terhadap penerima, memberikan sokongan yang dapat meringankan beban mereka.
Jennifer Lee, Pengarah Pemasaran PepsiCo, ketika mengulas maksud yang lebih mendalam di sebalik kempen ini berkata, "Sambutan yang diterima sangat menyentuh hati, penuh makna, dan ikhlas. Setiap amal kebaikan yang dicatatkan, membantu membina sesuatu yang bermakna. Kami dapat melihat impaknya sendiri apabila senyuman penuh kesyukuran jelas terpancar pada wajah penerima bantuan. Ini membuktikan bahawa nilai kebersamaan dan empati masih kekal dalam kalangan rakyat kita."
Selaras dengan kejayaan usaha murni ini, pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records menjadi simbol kejayaan pendekatan digital yang berinovatif, serta kekuatan kerjasama masyarakat di sepanjang musim perayaan. Pencapaian ini melambangkan komitmen berterusan kami dalam meringankan beban komuniti yang memerlukan, sejajar dengan aspirasi PepsiCo untuk mencetuskan perubahan bermakna menerusi penglibatan yang dekat di hati masyarakat.
"Pengiktirafan yang diberikan oleh Malaysia Book of Records adalah satu penghormatan besar bagi kami. Selain itu, kami juga terharu kerana dapat membantu keluarga yang kurang bernasib baik dan menceriakan hari mereka. Ia mencerminkan semangat rakyat Malaysia yang prihatin dan komited untuk membuat perubahan positif. Kempen ini tidak akan berjaya tanpa sokongan rakan kami, badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan peruncit. Kita telah membuktikan bahawa setiap amal kebaikan walaupun kecil mampu memberikan impak sebenar dalam kehidupan," tambah Jennifer.
Seiring itu, Gayathri Liew, Pengurus PR & Komunikasi The Lost Food Project turut berkongsi, "Bagi kebanyakan penerima bantuan kami yang berdepan dengan kekurangan bekalan makanan, bantuan ini dapat memberikan kelegaan kepada mereka. Dengan sumbangan daripada Tropicana Twister, kami dapat mengurangkan tekanan kewangan memastikan lebih ramai individu mendapat nutrisi yang sepatutnya. Lebih daripada sekadar sumbangan, kerjasama ini menunjukkan bagaimana nilai kebaikan dan kemampanan yang dikongsi bersama mampu meperkukuh komuniti yang sedang berdepan dengan kesukaran."
Kempen ini membuktikan bahawa jenama dapat memimpin dengan tujuan dan mencetuskan perubahan yang bermakna dengan amalan kebaikan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ikuti Facebook Tropicana Twister (@https://www.facebook.com/mytropicana).