omniture

Huion Lancar Tawaran Kembali-ke-Sekolah 2025: Promosi Alatan Kreatif untuk Pelajar & Guru

Huion
2025-08-15 16:00 10

LOS ANGELES, 15 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Dengan bulan Ogos yang telahpun tiba, musim Kembali-ke-Sekolah berlangsung secara rasminya. Para pelajar, ibu bapa dan guru berkemungkinan akan bersiap sedia untuk membeli alat tulis atau bekalan seni digital wajib ada untuk tahun persekolahan yang akan datang. Kini, Huion memulakan jualan Kembali-ke-Sekolah dengan diskaun sehingga 47%! Promosi ini berlangsung selama sebulan iaitu mulai 15 Ogos hingga 15 September, lantas memberi banyak masa kepada semua orang untuk membeli-belah sebelum sesi persekolahan bermula.


Guru-guru dan para pelajar seni yang mengambil jurusan animasi, reka bentuk watak dan pemodelan 3D akan mendapat manfaat daripada tablet skrin gred-profesional seperti Kamvas Pro 19 dan Kamvas Pro 24 (4K). Mulai 15-17 Ogos, Kamvas Pro 19 boleh didapati pada harga tempahan awal $929. Selepas itu, harganya akan meningkat kepada $949. Jadi, rebutlah lebih awal untuk mendapatkan penjimatan! Kamvas Pro 24 (4K) boleh didapati pada harga $1,049, memberi penjimatan secara langsung sebanyak $250! Selain itu, anda akan mendapat Keydial mini secara percuma bagi membantu meningkatkan kecekapan anda.


Sedang mencari hadiah terbaik untuk pelajar seni? Kamvas 16 (Gen 3), Kamvas 13 (Gen 3), Inspiroy 2 S/M/L dan Inspiroy Frego S/M amat sesuai untuk ilustrasi, reka bentuk grafik, pemodelan 3D atau pembelajaran dalam talian, dengan harga bermula daripada $44.99 hingga $459 dan turut menawarkan ciri-ciri berkualiti tinggi serta canggih.

Bagi para pelajar kolej atau sekolah menengah yang hanya memerlukan alat mudah alih untuk mencatat nota ringkas di dalam kelas atau melaksanakan projek dan tugasan berpasukan, Huion Note digital, Kamvas Slate 10, Kamvas Slate 11 dan Kamvas Slate 13 merupakan pilihan yang tepat.

Di manakah tempatnya untuk mendapatkan tablet Huion pada harga yang hebat? Kunjungi kedai rasmi kami di store.huion.com. Pastikan anda mengesahkan maklumat pelajar atau ahli fakulti anda melalui Student Beans bagi menikmati diskaun pelajar eksklusif 10% tambahan pada harga promosi!

Sertai Kami untuk Hadiah Percuma Menarik!

Sekiranya anda tidak bercadang untuk melabur, mengapa tidak mencuba nasib anda dengan hadiah percuma kami? Sahut #Huion1strokeChallenge di media sosial kami agar berpeluang untuk memenangi tablet Kamvas Slate 13 Android! Di samping itu, akaun Twitter rasmi kami merentas pelbagai wilayah turut menganjurkan tiga pusingan pemberian hadiah percuma semasa musim kembali-ke-sekolah, dengan 12 unit tablet lukisan Inspiroy H580X untuk dimenangi!

Dalam komuniti rasmi kami, kami mempunyai topik perbincangan yang menyeronokkan; anda hanya perlu meninggalkan jawapan anda dalam bahagian komen dan anda akan boleh turut serta untuk berpeluang memenangi Huion Note. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen yang hebat ini dan selamat maju jaya untuk sesi baharu anda!

 

Source: Huion
Keywords: Art Computer/Electronics Consumer Electronics Education Multimedia/Online/Internet Retail New products/services