omniture

Zoomlion Pamer Inovasi Robotik di Persidangan Robot Dunia, Memacu Masa Depan Pembuatan Pintar

Zoomlion
2025-08-15 22:43 12

BEIJING, 15 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) mempamerkan pencapaiannya yang terkini dalam robotik industri dan humanoid di Persidangan Robot Dunia (WRC) 2025 bertempat di Beijing mulai 8 hingga 12 Ogos. Mempersembahkan peranan gabungannya sebagai pengguna robotik, pengintegrasi sistem dan pembangun, Zoomlion memperkenalkan aplikasi baharu, penemuan teknologi teras dan rancangan berpandangan jauh untuk pembuatan pintar.

Zoomlion's self-developed humanoid robot operating on the assembly line
Zoomlion's self-developed humanoid robot operating on the assembly line

"Robot industri dan humanoid bukanlah pengganti, tetapi rakan kongsi dalam paradigma pembuatan yang baharu. Matlamat kami adalah untuk membolehkan robot mencapai penyesuaian dengan persekitarannya, memajukan pembuatan ke arah kualiti yang lebih tinggi, kecekapan yang lebih tinggi dan kecerdasan yang dipertingkat," kata Zeng Guang, Pengurus Besar Zoomlion's ZValley Technology Co. Ltd.

Perjalanan robotik Zoomlion menjangkau hampir dua dekad lamanya, bermula pada tahun 2006 dengan robot industri boleh atur cara untuk pembuatan produk tunggal yang berskala besar. Mulai tahun 2019, syarikat ini menggunakan robot adaptif dengan penderiaan penglihatan dan daya, disokong oleh seni bina internet industri bagi mencapai pengeluaran berbilang model yang tangkas.

Keupayaan ini ditunjukkan melalui Bandar Industri Pintar Zoomlion di Changsha yang melaluinya lebih 2,000 robot adaptif beroperasi pada 300 talian pintar, menghasilkan kren, mesin pengorek, platform kerja udara dan jentera konkrit. Kemudahan ini boleh bertukar antara model dalam beberapa minit, lalu mencapai pengeluaran campuran tinggi dan volum rendah secara besar-besaran.

Pada tahun 2024, Zoomlion mula meneroka penggunaan robot humanoid bagi memenuhi keperluan automasi di luar jangkauan robot industri. Syarikat ini membangunkan tiga model, dua beroda dan satu bipedal, dengan berdozen-dozen terlibat dalam operasi perintis bagi pemesinan, logistik, pemasangan dan pemeriksaan kualiti.

Robot-robot ini membawakan persepsi berbilang mod latar penuh dan pengecaman niat, penderiaan penglihatan, daya dan taktil bersepadu untuk cengkaman tepat dan perancangan gerakan kolaboratif dwilengan dengan persepsi keselamatan. Bagi mempercepat penggunaan, Zoomlion membina sebuah kemudahan latihan dengan lebih 100 stesen kerja dan melancarkan platform awan natif-AI bagi pemerolehan data dan latihan model berskala besar.

Kemajuan ini dibenamkan dalam ekosistem pembuatan pintar Zoomlion. Platform internet industrinya menghubungkan lebih 1.7 juta unit peralatan di seluruh dunia yang mencakupi 18 kategori dan lebih daripada 600 model selain mengumpul lebih 30,000 parameter data untuk mencipta aset industri skala petabait. Infrastruktur ini memperkasakan evolusi yang berterusan bagi robotik industri dan juga robot humanoid, lalu mengupayakan koordinasi masa nyata serta pengeluaran adaptif.

Memandang ke hadapan, Zoomlion bermatlamat untuk mencipta model pengeluaran baharu melalui evolusi bersama antara perkakasan dan perisian, seterusnya membolehkan kluster robot industri dan humanoid saling bekerjasama serta membina kilang-kilang pintar dengan keupayaan persepsi diri, penyesuaian diri dan pembuatan keputusan sendiri.

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Transportation Trade show news General Manufacturing