![]() |
Dengan Output Tenaga Bersih 1.5 bilion kWj Setiap Tahun, Projek Mengurangkan Emisi CO₂ sebanyak 780,000 Tan dan Menetapkan Pencapaian Baharu untuk Projek Tenaga Boleh Baharu di Timur Tengah dengan Pematuhan Prestasi 100%
MANAH, Oman, 16 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Loji janakuasa solar pertama Shanghai Electric (SEHK: 2727, SSE: 601727) di Oman, Projek IPP Solar Manah-1 Oman 500MW ("Projek"), telahpun menyelesaikan operasi yang lancar selama sebulan setelah lulus semua penilaian dan penyerahan akhir. Projek utama di bawah rangka tindakan nasional Wawasan Oman 2040 untuk alam sekitar yang lestari dan tenaga bersih akan menjana tenaga elektrik sebanyak 1.5 bilion kWj setiap tahun, mengurangkan emisi CO₂ sebanyak 780,000 tan setahun yang bersamaan dengan menyingkirkan 170,000 kereta berkuasa gasolin dari jalan raya Oman.
Shanghai Electric menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung untuk Projek ini—bermula daripada reka bentuk dan perancangan, perolehan dan pembinaan hinggalah operasi dan penyelenggaraan dalam tempoh jangka panjang. Strategi bersepadu menyampaikan sistem tenaga yang cekap dan mampan sekali gus memajukan inovasi teknologi solar global.
Bagi mengatasi cabaran dasar dan teknikal, Shanghai Electric bekerjasama dengan EDF Perancis di bawah perjanjian dwilandasan yang unik bagi memenuhi keperluan teknikal Oman yang ketat, menerima pakai pendekatan "pasukan berpecah" dengan jurutera Cina mengendalikan reka bentuk medan solar, manakala pasukan Oman mengetuai pembinaan pencawang. Pendekatan ini dapat menyelesaikan konflik antara piawaian antarabangsa serta peraturan tempatan.
Pengurusan projek yang inovatif membahagikan pembinaan kepada 11 bahagian yang diurus secara langsung yang seterusnya mengurangkan garis masa sebanyak 22 peratus. Aplikasi pelaporan keselamatan masa nyata menyelesaikan 924 risiko keselamatan dan mencapai 4 juta jam kerja tanpa kemalangan. Penjadualan yang dinamik pula memastikan penggunaan peralatan besar pada kecekapan 90 peratus, sementara pekerja terlatih silang meningkatkan mobiliti tapak-ke-tapak.
Perancangan ini turut menerima pakai strategi pengambilan pekerja pasukan bersaing dengan pemeriksaan guling di 59 zon projek. Pereka bentuk bekerja di tapak semasa pembinaan pencawang dan meningkatkan kecekapan pengawasan sebanyak 30%, manakala pasukan mahir yang terdiri daripada 20 ahli menyelesaikan kerja-kerja pendawaian dan terminal hanya dalam tempoh 72 jam bagi mempercepat kemajuan pemasangan kabel voltan sederhana.
Koordinasi yang sangat cekap ini mencipta rekod baharu bagi sambungan grid, dengan pengujian serentak, syif siang-malam dan kolaborasi pasukan China-Oman memastikan kemajuan yang lancar. Pasukan Projek menyelesaikan kerja-kerja di 59 zon dalam tempoh sembilan hari, iaitu 21 hari lebih awal daripada yang dijadualkan dengan kejayaan grid 100 peratus, kerosakan peralatan sifar dan tiada kecederaan pekerja.
"Penyelesaian daripada Shanghai Electric benar-benar mengubah seberapa pantas kami rasakan projek solar dapat disambungkan ke grid," kata Hamood Al Shuaili, pengarah Projek. "Pasukan menunjukkan kepakaran dan juga kerja berpasukan yang tiada tandingan, mereka merupakan jurutera bertaraf dunia yang menetapkan standard global yang baharu."
Dengan teknologi kabel voltan tinggi China dan reka bentuk sokongan cerucuk yang dinaik taraf, beban kerja penyediaan meratakan tapak dikurangkan sebanyak 80 peratus, yang seterusnya mengurangkan garis masa pembinaan sebanyak 60 hari. Rantaian bekalan yang diperkemas dan perancangan perolehan yang tepat menjamin penyerahan tepat pada masanya, dengan kesemua prestasi peralatan melangkaui sasaran.
Di samping itu, Projek ini turut meningkatkan guna tenaga tempatan, memperkukuh sekuriti tenaga dan mencipta nilai sosial yang berkekalan. Menerusi pendekatan berfokuskan komuniti, 90 peratus kakitangan operasi dan penyelenggaraan merupakan pekerja tempatan dan program latihan teknikal teras diintegrasikan ke dalam sistem pendidikan vokasional Oman dengan tujuan untuk membina kemahiran demi masa depan.